𝓬𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 6

614 45 0
                                    


Pagi itu, Aisyah menerima notification bahawa dia telah di removed dari group WhatsApp Emperiors secara sahnya. Malahan, Aisyah juga telah diblock oleh Qairil dan kelima member yang lain. Aisyah tahu ini strategi Qairil kalau-kalau Aisyah dan Noah dah rapat nanti, takkanlah Aisyah masih simpan nombor 'kawan lama.'

Seperti biasa, nanti Noah tak percayakan Aisyah.

Aisyah mengeluh panjang dan mula bersiap. Hari ini, hari pertama dia tidak akan bertegur sapa dengan abang-abangnya. Hari ini, hari pertama dia takkan terjebak dengan prank mereka. Hari ini, hari pertama misinya.

Hari ini, hari pertama Fayyana Aisyah sebagai bekas ahli Emperiors.

***

"Harith ngan Haq mane? Tak datang ke?" tanya Qairil sejurus sahaja bersapa dengan member yang lain di port mereka, kafeteria kampus.

"Dia text aku tadi cakap kereta rosak. Pastu Haq yang pegang fon aku tadi, dia terus gerak ah, pergi tolong Harith." cerita Faid lalu meneguk air milo aisnya. Qairil mengangguk kepala tanda memahami.

"Kalau camtu, ada sesiapa nak suggest idea untuk prank harini? Aku-"

"Aku tau aku tau!" celah Darius. Qairil, Faid dan Iyad serta Darius mula berbincang sambil menunggu dua member yang lain. Qairil tersenyum.

Nampaknya tanpa kehadian Aisyah, mereka mampu meneruskan kegiatan sebelum ni. Inilah yang Qairil banggakan. Member-membernya semua sangat setia dan berazam tinggi. Kepercayaan mereka kepada Aisyah dan Qairil tidak mampu dihitung jari.

Dan itu, buatkan Qairil sangat bangga.

***

Aisyah melangkah keluar dari kereta lalu menggalas beg. Entah apalah tuahnya pagi itu, kelihatan Noah dengan muka serius mengalahkan harimau melintas di laluan berdekatan. Mata Aisyah terus membulat dan dia mempercepatkan langkahnya untuk mengejar Noah.

Misi Fayyana Aisyah kini bermula, saat ini.

"Noah! Noah!" panggil Aisyah. Langkah Noah terus terhenti. Lelaki itu menoleh, kemudian mendapati Aisyah yang memanggilnya, dia terus meneruskan langkah.

"Noah, tunggu saya!" panggil Aisyah lagi. Nasib baik dia pemakai sneakers, kalau pakai heels, dah lama rabak sebab lariannya.

"Apa lagi kau nak, perempuan?" tanya Noah dengan kasar. Dia memandang Aisyah seperti harimau memandang mangsanya.

"Kereta awak okey ke?" tanya Aisyah di sebalik tercungap-cungap dia berlari itu. Noah tidak menjawab dan meneruskan langkah. Kali ini, dia memakai headphone.

"Noah, hey wait for me! Hey!" cuba Aisyah sekali lagi. Langkahnya yang pendek itu memang tiada harapan untuk mengejar langkah panjang seribu si Noah.

Namun, ketekadan Aisyah membuatkan dia terus menerus mengejar Noah. Malahan, dia juga membuka dan merampas headphone Noah. Noah yang mula hilang sabar akhirnya berhadapan dengan Aisyah.

"Apa?" bentak Noah garang.

Aisyah tersentak sedikit. Dahlah Noah ni kembar Qairil, muka marah memang sebijik muka Qairil. Aisyah rasa seperti dia dimarahi oleh Qairil pula. Namun, Aisyah berjaya menghadapi tu dan mendapat semula keyakinannya.

"Saya minta maaf." ujar Aisyah ringkas. Noah roll eyes. Malas nak melayan.

"Bagi headphone aku, perempuan." arah Noah lagi dengan wajah serius dan garang nak mampus. Kalau beginilah muka Qairil ketika marah, Aisyah memang dah lama takut dengan Qairil.

"Jawab soalan saya dulu. Awak maafkan saya atau tak?" tanya Aisyah. Dia cuba menyembunyikan headphone itu di belakangnya. Namun, apalah sangat kudrat Aisyah.

Noah mencapai headphone itu dengan sangat mudah, kemudian menghiraukan soalan Aisyah.

"Noah, tolong.. Saya minta maaf. Tolonglah Noah!" panggil Aisyah lagi. Aisyah tahu jika berterusan begini, misinya takkan ada harapan. Oleh itu, suaranya bertukar serak sedikit kerana tangisannya hanpir keluar.

Noah perasan akan pertukaran suara itu dan berhenti tiba-tiba.

DUP!

Disebabkan Aisyah mengejar langkah Noah dengan berlari, dia tidak sempat memproses yang Noah sudah berhenti berjalan dan terlanggar belakang Noah dengan kuatnya. Sudah tentulah, Aisyah jatuh.

***

"Woi, tengok tu!" bisik Harith secara kasar kepada Qairil. Qairil, Faid, Darius, Iyad dan Haq menoleh ke arah tempat yang Harith tunjukkan.

Kelihatan Aisyah cuba menarik beg Noah dan Noah terus menerus ignore Aisyah. Qairil dan yang lain duduk di sisi yang hanpir tidak kelihatan untuk bersembunyi dan meneliti misi Aisyah dengan lebih baik.

"Woi, dia ignore Aisyah do. Tak leh jadi ni Qhai." ujar Darius. Qairil hanya membalas dengan 'hmm' sahaja. Harith pula mula gelisah.

"Noah, tolong.. Saya minta maaf. Tolonglah Noah!" panggil Aisyah.

Qairil dan Harith saling berpandangan, mereka perasan akan perubahan suara Aisyah. "Nevin.. kalau Aisyah nangis, aku terus lari keluar." bisik Harith kepada Qairil.

"Kalau Aisyah nangis, aku akan berlumba dengan kau Rith, untuk tenangkan dia. Buat masa ni, sabar dulu bro." ujar Qairil semula.

DUP!

Aisyah terjatuh dengan agak kuat ke lantai kampus itu.

Saat itu, ketika itu Harith sudah tidak mampu lagi bertahan, dia terus berlari keluar kawasan persembunyian mereka. Qairil terkejut namun tidak sempat menghentikan lelaki itu.

Namun, larian Harith terhenti di tengah jalan kerana ternampak sesuatu yang hampir mustahil di hadapan matanya. Qairil, Darius, Faid, Iyad dan Haq turut berdiri. Semua member terkejut dengan apa yang mereka saksikan.

"Hey, are you okay? Come on, get up!" kata Noah. Kelihatan Syed Qairul Noah dengan muka yang hampir sama gelisahnya dengan Harith sedang membantu Aisyah yang terjatuh tadi.

Dia mengangkat beg Aisyah dan membantu Aisyah bangun semula. Aisyah juga kelihatan agak terkejut namun menyambut bantuan Noah dengan rela hatinya.

"Kau ni, kot ya pun kejar aku, tengoklah orang depan dah berhenti ke belum. Kan dah jatuh." ujar Noah lalu menghulurkan beg Aisyah kepada perempuan itu semula.

"Saya.."

Belum sempat Aisyah berkata apa-apa, Noah terus berlalu pergi. Kali ini, langkah Aisyah terhenti, tidak mampu mengejar lagi. Tidak mahu.

Sesiapa pun yang melihat akan berkata yang adegan itu hanya adegan biasa. Mereka tidak tahu bahawa itu satu pencapaian besar buat Aisyah dan buat Emperiors.

Senyuman Qairil Nevin perlahan-lahan melebar.

"This will work." bisik Qairil perlahan.

The Syed's TwinWhere stories live. Discover now