𝓬𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 37

640 37 2
                                    


Dua hari sudah berlalu sejak pertemuan Qhai dan Aisyah. Dan sejak itu, tiada apa-apa berita tentang Qhai sama ada dari bekas ahli Emperiors atau Aisyah sendiri.

Namun, di sebalik semua perbalahan dan pertanyaan ini, ada seorang lelaki yang tersangatlah gementar.

"Hari ni peluang terakhir aku nak buat dia suka aku. Macam mana kalau dia tak suka?" tanya Riyadh Hadiff yang sudah menggeletar dek rasa nervous.

"Apa yang kau dah buat setakat ni? Yakinlah sikit, Yad." kata Aisyah cuba memberi semangat. Iyad berfikir sebentar.

"Hari pertama, aku buat buku nota istimewa. Hari kedua, aku masak kek coklat dan adalah berkenalan sikit. Hari ketiga, aku lukiskan dia sesuatu yang special. Hari keempat, semalam, aku keluar jalan-jalan dengan dia. Tiba-tiba dia ajak, aku apa lagi, happy lah." jawab Iyad dengan senyuman lebar yang langsung tak pudar dari wajahnya bila bercerita tentang dia dan Nass.

Aisyah tersenyum.

"Kalau macamtu, tak payah risau dan nikmatilah hari terakhir kau untuk pikat dia. Kalau dia masih tak terima, kau tahu apa kau patut buat, Yad." kata Aisyah sambil menepuk lembut bahu Iyad.

"Aku tahu kau tak percayakan aku, tapi rasanya aku dah jatuh cinta dengan dia." luah Iyad lagi. Aisyah terdiam dan mengangguk faham.

"Aku percaya kau. Tapi, ini semua bergantung pada keputusan Nass sendiri. Kalau lepas ni dia tak cari kau, kau tahulah kan Yad?" tanya Aisyah. Iyad mengangguk lemah.

"Dah, pergilah jumpa dia. Aku tinggalkan dia kat kafe tadi. Manfaatkan harini, Yad. Ini peluang terakhir kau." kata Aisyah lalu bangun dari kerusinya. Iyad mengangguk dan berjalan menuju ke arah kafe yang dikatakan.

***

Nass mengacau airnya dengan sudu kecil. Meskipun buku terbuka, namun mindanya langsung tidak terfikirkan buku di hadapannya. Aisyah dah balik ke kampus, nak jumpa Noah katanya.

Dan selalunya kalau hal ni jadi, Nass patutnya rasa lebih tenang nak buat kerja, tapi entah kenapa dia macam perlukan sesuatu.

Atau, seseorang.

"Hai." sapa seseorang dari belakang.

"Hai." sapa Nass balik. Iyad tersenyum ke arahnya dan duduk di kerusi Aisyah tadi. Nass membalas senyumannya.

"Dah agak dah kau akan datang." luah Nass jujur. Iyad ketawa kecil.

"Maaf, saya ganggu ke?" tanya Iyad berasa agak serba salah. Dahlah dia gementar, campur rasa bersalah pulak dah ni ha.

Surprisingly, Nass menggeleng kepala dengan senyuman. Buku di hadapannya dia tutup rapat. Perhatiannya ditumpukan pada Iyad.

"Taklah." balas Nass ringkas.  Iyad mengangguk.

"Saya tahu mungkin selama beberapa hari ni saya asyik kacau awak, saya minta maaf. Cumanya, saya nak.. kenal awak ja." luah Iyad dengan jujur.

"Bukan ke sebelum ni kau memang selalu kacau aku pun?" tanya Nass pula. Iyad senyum kelat dan mengangguk malu.

"Maaf, saya memang tak hormat awak mula-mula dulu. Saya mengaku saya buat macam tu dengan semua perempuan. Tapi, saya nak awak ingat apa yang saya buat selama empat hari lepas dan hari ni. Sebab, saya tak pernah lakukan apa-apa macam ni dengan mana-mana orang lain." jujur Iyad. Nass memandang Iyad hairan.

"Kenapa?" tanya Nass ingin tahu.

"Sebelum ni, saya tak pernah kenal apa itu perasaan. Saya marah, ya. Saya kecewa, ya. Saya sayang, ya. Tapi, saya selalu mainkan orang lain dengan pangkat dan duit keluarga saya. Saya tak kisahkan perasaan orang. Tapi saat awak tegur saya, saya terkejut sebab tak sangka akan ada orang berani tegur dan nasihatkan saya. Saya.. sukakan awak. Tentu awak dah tahu tu.. tapi kali ni, inilah kali pertama saya ada rasa macam ni. Maaf kalau ada apa-apa yang saya buat tersalah atau apa. Saya, tak pernah rasa macam ni." jelas Iyad panjang lebar.

Nass perlahan-lahan mengukir senyuman.

"Terima kasih." ujar Nass lembut. Iyad senyum.

"Kasih diterima." jawab Iyad mengusik. Nass ketawa.

"Err.. hari ni saya ada buat plan sikit. Mungkin sampai petang sikit.. awak free ke?" tanya Iyad.

"Saya free." jawab Nass. Iyad tersentak dek penggunaan istilah 'saya' keluar dari mulut Nass. Kalau boleh dia nak menjerit je, tapi mengenangkan air muka dan maruah, dia tolak idea tu jauh-jauh.

"Baguslah." balas Iyad dengan senyuman yang lebar.

***

Faid, Darius, Haq dan Harith berdiri bersebelahan Noah. Kesemuanya memandang Aisyah dengan wajah berupa kanak-kanak yang inginkan gula-gula.

"Aku dah cakap tak nak kan? Korang jangan macam-macam eh. Sayang, awak pun dah side diorang sekarang ya?" kata Aisyah sambil memandang kelima-lima lelaki itu.

"Saya rasa idea diorang ada baiknya. Lagipun, tak salah. Kan?" tanya Noah pula. Faid dan Darius saling mengangguk. Mereka berdua telah berjumpa dan meminta maaf pada Aisyah beberapa hari lepas.

"Noah, seriously?" tanya Aisyah seakan tidak percaya dengan apa yang dia dengari. Noah mengangkat bahu.

"Aisyah, ada baiknya cadangan diorang tu." kata celah Harith pula. Aisyah menjeling Harith dan Haq yang menunjukkan isyarat 'thumbs-up' di sebelahnya.

"Kenapa korang nak aku tubuhkan EMPERIORS semula?" tanya Aisyah membahaskan cadangan kesemua rakannya tadi. Noah pun bersetuju.

"Syah, satu kali kita dah cemarkan nama baik Emperiors. Kita buat group tu sebagai aras untuk kita balas dendam atas nama Qhai. Kita lupakan asas sebenar, untuk teruskan prank Aisy. Untuk buat orang lain berseronok dan ingat sampai bila-bila. Aisy tentu setuju." jelas Harith pula sambil menyilangkan tangan. Acah boss pulak dah.

"Rith, bukan aku tak nak tebus semua tu. Cuma, kalau boleh, aku tak nak ingat dah Emperiors." kata Aisyah.

"Kau nak nama kumpulan baru?" tanya Faid pula dengan kening yang terangkat. Kelihatan Aisyah mengangguk. Haq dan Harith saling berpandangan.

Semua orang memandang Aisyah.

***

"Terima kasih belanja coffee tadi." kata Nass dengan senyuman. Iyad tersenyum.

"Mungkin awak tak suka, tapi saya takda pilihan lain. Untuk plan saya yang terakhi- err... maksud saya, plan saya nanti, saya gunakan banyak usaha. Tapi, untuk beli semua barang, adalah guna duit sikit." jelas Iyad agak takut-takut.

"Terakhir? Maksud awak?" tanya Nass keliru.

Iyad menggelengkan kepalanya tanda menyangkal kata-kata Nass itu.

"Jom, ikut saya." ajak Iyad. Nass mengeluh namun tetap beralah dan mengikuti langkah Iyad. Beberapa minit selepas berjalan sambil bersembang, mereka sampai di tepi sebuah sungai. Nass diam tak terkata.

Di hadapan sungai itu, iaitu sebuah tanah berpasir putih, lengkap diletakkan sebuah pentas kecil tempat meja makan yang comel dan kerusi duduk. Di sekeliling tempat itu tergantung lampu bercahaya kecil yang berkelip. Cun dengan suasana di petang hari itu, memang agak romantik.

"Maaf, saya sendiri yang susun semua ni jadi buruk sikit." kata Iyad rasa serba salahm Nass memandang Iyad.

"Awak cakap ni buruk? Hei, gila ke? Cantik niii. Awak, tolong tangkapkan gambar saya jap depan tu." kata Nass sambil memberikan telefonnya kepada Iyad lalu berlari ke tempat yang bercahaya lampu kecil itu.

Iyad tersentak dan ketawa. Dia mengangguk dan segera mengambil angle yang sesuai untuk gambar. Walaupun melalui skrin telefon, dia cukup bersyukur dapat melihat Nass tersenyum begitu lebar ke arahnya.

"Jom, ambil gambar sama." ajak Nass tiba-tiba. Iyad terdiam sambil memandang Nass. Dia kaku.

"Tak nak? Tak nak takpe-" kata Nass lalu dipotong oleh Iyad sepantas mungkin.

"NAK! JOM!" kata Iyad berupa hampir menjerit. Nass ketawa. Mereka berdua bergambar. Senyuman dan riak tawa menghiasi segenap tempat itu. Orang ramai yang lalu lalang tidak mereka pedulikan.

Kerana saat itu, amatlah berharga kerana buat pertama kalinya, mereka berdua saling menerima kehadiran satu sama lain.

The Syed's TwinWhere stories live. Discover now