𝓬𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 32

586 39 0
                                    


"We were stupid and we realize it. We're sorry." ujar Haq setelah Aisyah selesai mengerjakan mereka berdua sepuas hatinya. Harith asyik mengusap lengannya yang berbekas dek Aisyah.

"I know." balas Aisyah akhirnya. Keempat-empat gerangan itu kembali duduk di tempat masing-masing. Chik Yah masuk untuk menghidangkan air.

Haq dan Harith menyambut dengan mesra dan berterima kasih. Aisyah tersenyum. Dua budak ni memang nakal, tapi sentiasa hormat orang yang lebih tua.

"Bila korang dua jumpa Noah and minta maaf tu?" tanya Aisyah kepada Harith dan Haq.

"Aku tahu Noah memang kaki basketball so aku cari ah dia kat court. Mula-mula tu dia memang terus nak cau nampak muka kitorang. Tapi aku sempat tahan dia. Kitorang pun bincang dan aku dan Haq mintak maaf kat dia. Pastu dia cakapla yang petang ni kau nak jumpa ayah dia. So dia ajak kitorang dua sekalilah sebab kitorang dah macam abang kau. Tu je." cerita Harith panjang lebar. Noah dan Haq saling mengangguk.

Aisyah turut mengangguk, faham.

"Korang dua ada apa-apa nak tanya pasal aku ke?" tanya Noah. Sesi soal jawab bagi pihak arwah Aisy perlu dijalankan. Yelah, Aisyah dan Noah sendiri dan nyatakan hubungan mereka serius. So, tak guna lambatkan perbincangan ni.

"Aku rasa, better kau keluar Aisyah. Lepak tempat lain ke apa ke. Biar aku ngan Haq duk sini." ujar Harith dengan kedua keningnya terangkat. Aisyah membuka mulutnya menentang plan itu.

"Chik Yah, bawak Aisyah jalan-jalan keliling rumah jap. Kitorang ada nak bincang." jerit Noah. Aisyah memandang Noah tidak percaya dan menggeleng kepala penuh bantahan. Noah senyum mengusik.

"Enjoy the second tour, sayang." ujar Noah. Harith berdehem kuat dan memandang Noah tajam. Noah tersentak dan mengangguk kekok. Chik Yah datang dan segera menarik Aisyah pergi, cukup faham dengan situasi sekarang.

Aisyah, yang tidan mahu menentang Chik Yah, menurut langkah wanita tua itu.

"Okay. Let's start." mula Haq. Noah menelan air liurnya.

"To start with, aku bukan abang kandung Aisyah, neither is Haq. Tapi, aku menggalas tanggungjawab tu atas arahan arwah Aisy sendiri. So, aku nak kau jujur. Kalau aku dapati kau menipu, siap kau." kata Harith.

Noah mengangguk.

"Firstly, kenapa Aisyah? Kau tahu dia pernah tipu kau semata-mata nak pedajal kau. Tapi kenapa balik semula kat dia? Kau tak takut dia ada plan yang lebih besar untuk hancurkan kau ke?" tanya Harith. Fuhhhh, pedasssss pedasss.

"Dia lain dari yang lain. Jujur aku cakap, aku pernah bercinta tapi tulah, cinta monyet. Bila aku jumpa Aisyah, hati aku rasa tenang, bila aku dengar cerita Aisyah, aku nak lindungi dia. Bila aku bersama Aisyah, aku langsung tak nak bersama orang lain. Dan pada masa aku yang paling gelap, dia datang bawa cahaya paling terang. Dia tak tinggalkan aku dan berusaha untuk buat aku jatuh cinta semula walau lepas dia khianat aku kaw-kaw. Dan, dia berjaya." jawab Noah. Haq dan Harith berpandangan.

"Kau tahu Aisyah banyak kekurangan, dia perlukan kasih sayang seorang abang. Kau tak kisah walau kitorang dua sentiasa ada sebelah Aisyah walaupun kitorang lelaki? Kau akan control dia?" tanya Haq pula. Harith mengangguk, mengagumi  kepedasan soalan itu.

"Tipulah aku kata aku tak cemburu. Tapi aku percayakan Aisyah. Aku mungkin belum kenal korang berdua, tapi aku percaya yang korang takkan buat perkara macam-macam kat Aisyah untuk sakitkan dia dan putuskan dia dan aku. So.. aku takkan control dan halang dia kalau dia lepak ngan korang. Tapi itulah, kalau boleh janganlah kerap sangat." jawab Noah lagi.

Harith menghela nafas.

"Ini soalan terakhir. Boleh kau bagitahu aku, apa yang Aisyah perlukan lepas kahwin? Kalau jawapan kau salah, aku takkan restu hubungan kau berdua." ujar Harith. Haq dan Noah tersentak. Namun, mereka berdua tahu, Harith sangat sangat serius.

***

"Chik, dah berapa lama dah kita jalan ni. Saya nak balik ke ruang tamu semula, please Chik." kata Aisyah. Chik Yah tidak menghiraukannya.

Kemudian, langkah Chik Yah terhenti di sebuah pintu bilik. Aisyah memandang Chik Yah penuh hairan.

"Chik?" tanya Aisyah.

"Aisyah perasan tak sepanjang Aisyah ada dan berjalan dalam rumah ni, Aisyah langsung tak nampak sebarang gambar family mereka, sama ada bertiga atau berempat?" tanya Chik Yah.

Aisyah ditampar kesedaran. Betul, dia langsung tak pernah nampak gambar keluarga yang proper. Jadi, dia tak pernah pun nampak wajah arwah bonda kedua kembar itu malahan gambar si kembar semasa kecil. Yang ada hanyalah gambar pemandangan, gambar Syed Nash di luar negara dan adalah gambar Noah dan Qhai berasingan di beberapa tempat.

Aisyah menggeleng kepalanya.

Chik Yah membuka pintu bilik itu, dan lampunya terbuka automatik mengesan kehadiran kedua gerangan itu. Aisyah melangkah masuk perlahan.

Bilik itu seperti bilik stor tetapi agak luas dan kemas. Chik Yah menunjuk ke arah suatu kotak kepada Aisyah. Kotak itu tertulis The Syed's Family.

Aisyah membuka kotak itu dengan bantuan Chik Yah. Alangkah sebaknya Aisyah apabila mendapati kotak itu dipenuhi gambar-gambar kedua kembar Syed semasa masih kecil dan bersama seorang wanita cantik.

"Itulah Cik Puan. Bonda Noah dan Qhai. Semua gambar ni diturunkan dari dinding rumah ni atas arahan Qhai sendiri. Syed Nash dan Noah pun menurut sahaja. Mulanya Qhai nak bakar semua ni, tapi lepas Chik pujuk, dia setuju untuk simpan di sini dan menghalang sesiapa membukanya. Kuncinya hanya ada pada Chik sahaja." terang Chik Yah.

Air mata Aisyah berguguran melihat gambar-gambar itu. Agaknya keluarga ini mengambil gambar keluarga setiap setahun nampaknya.

Sebab, ada gambar dari baby, sampailah ke remaja.

Ada juga gambar-gambar Noah dan Qhai yang saling berpelukan selepas perlawan bola. Gambar arwah Bonda mereka bersama Syed Nash.

Dan gambar terakhir keluarga mereka berempat, kedua Qhai dan Noah sudah hanpir dewasa dan lebih tinggi dari ayah dan bonda mereka. Senyuman mereka berdua lebar dan bersinar penuh ceria.

Yang paling menyentuh hati, gambar Qhai dan Noah saling berpandangan sambil tersenyum di sebuah kawasan pelancongan. Kedua lelaki itu seperti saling mengagumi salingnya. Menyayangi salingnya.

Aisyah tidak dapat menghentikan tangisan yang yang berjuraian. Hanya kerana satu kematian yang tidak tersangka, kedua beradik ini saling membenci dan menghina. Chik Yah mengusap belakang Aisyah lembut.

"Mari, kita ke ruang tamu semula." ajak Chik Yah.

***

Aisyah dan Chik Yah berjalan ke ruang tamu. Sedikit sebanyak perbualan mereka dapat Aisyah tangkap dan dengari walau samar-samar.

Namun, ada satu soalan yang cukup jelas kedengaran olehnya, begitu juga Chik Yah. Langkah kedua wanita itu terus terhenti mendengar soalan Harith Zaeem yang mampu mengejutkan sesiapa sahaja.

"Ini soalan terakhir. Boleh kau bagitahu aku, apa yang Aisyah perlukan lepas kahwin? Kalau jawapan kau salah, aku takkan restu hubungan kau berdua." ujar Harith.

Aisyah dan Chik Yah saling berpandangan, bersedia mendengar jawapan Noah.

The Syed's TwinWhere stories live. Discover now