𝓬𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 38

658 40 0
                                    


"Pahal sedih semacam. Kenapa ni?" tanya Haq kepada Iyad yang dari tadi asyik termenung sahaja. Mendengar pertanyaan Haq, Iyad tersenyum kelat.

"Takde apelah.." balas Iyad kemudian sambung termenung. Haq memandang Iyad pelik kemudian memandang tempat lain. Tak kuasa dia nak layan perangai Iyad serupa angau ni.

"So, kau dah fikir belum nama baru? Aku tahu kau dah tak nak nama Emperiors tu lagi dan aku faham kenapa." celah Harith tiba-tiba. Harith, Haq, Faid, Iyad dan Darius duduk bersebelahan. Noah dan Aisyah juga duduk bersebelahan. Kedengaran keluhan lemah Aisyah.

"Bagi aku masa nak fikir, boleh?" tanya Aisyah. Harith mengangguk.

"Aku suruh kita kumpul harini sebab ada sesuatu yang aku rasa perlu aku bagitahu dan selesaikan." terang Aisyah. Kesemua mata memandang Aisyah, termasuklah Noah yang juga tidak mengetahui apa-apa.

"Kenapa? Awak ada masalah?" tanya Noah risau. Aisyah menganggukkan kepalanya. Harith memandang Aisyah dengan wajah berkerut kerisauan.

"Korang semua ni, korang tak sedar ke pura-pura tak sedar pasal sesuatu?" tanya Aisyah. Kesemua yang lain memandang Aisyah kehairanan dan penuh tanda tanya. Tiada siapa berkata apa-apa.

"Faid, Darius, Haq, Harith, Iyad, korang ni kawan rapat Qhai. Korang tinggalkan dia pada masa dia perlukan korang. Aku terima korang, aku maafkan korang, tapi tu tak bermakna korang bebas hang out dengan aku dan Noah. Korang masih KAWAN kepada Qhai. Takkan korang nak biarkan dia sensorang?" tanya Aisyah tegas.

Harith dan Haq saling berpandangan. Iyad, Darius dan Faid pula menunduk diam.

"Buatlah apa yang patut. Korang dah tahu yang dia salah, tapi takkan korang nak biarkan dia tenggelam dalam lubuk kesalahan dia macam tu je? Takut nanti kalau terlambat, Qhai takkan keluar lagi dari tempat seteruk tu." tambah Aisyah.

"Sayang, mungkin diorang belum sedia." celah Noah. Aisyah berpaling ke arah Noah, matanya tegas.

"Awak pun sama, Noah. Dia adik awak, kembar awak. Takkan sampai bila-bila korang berdua nak saling membenci macam ni? Sampai bila nak sedia untuk berbaik? HM?" tanya Aisyah.

Noah terdiam.

Aisyah bangun. Bunyi kasut tumit tingginya bergema di ruang itu. Keenam-enam lelaki itu terdiam.

"Iyad, ikut aku." kata Aisyah lalu berlalu pergi selepas mengambil begnya. Tanpa berhenti walau sesaat, Iyad lantas bangun dan berlari mengikuti Aisyah.

Noah menggaru kepalanya.

"Mak aih, garangnya." bisik Noah.

"Baru tahu ke?" tanya Darius.

Noah menghela nafas panjang.

***

"K-kenapa kau suruh aku ikut kau?" tanya Iyad. Aisyah terus berjalan di sisi Iyad tanpa menjawabnya.

"Berapa hari dah kau tak contact Nass?" tanya Aisyah. Iyad terus terdiam. Riak wajahnya bertukar sedih dan murung sedikit berbanding sebelumnya.

"Seminggu. Dia.. tak cari aku." luah Iyad jujur. Aisyah terdiam.

"Seminggu." ulang Aisyah semula. Iyad mengangguk lemah. Sudah seminggu berlalu sejak hari terakhir dia bertemu Nass. Jujurnya, dia rindukan wanita itu lebih dari segalanya. Setiap kali datang ke kampus, wajah itulah yang dia cari, namun sekarang, wajah itulah yang dia elak.

"Kenapa kau tak cari dia?" tanya Aisyah.

"Kitakan dah janji. Aku takkan kacau dia lepas 5 hari terakhir aku cuba untuk buat dia suka aku. Aku tepati janji aku. Mungkin lebih baik aku lepaskan dia dari terus kacau hidup dia. Dia takkan sukakan aku pun." cerita Iyad. Aisyah mengeluh panjang.

"Tentu susah, kan? Terpaksa elak orang yang kau sayang.. demi kebaikan dia." celah Aisyah. Aisyah mengenang semula bagaimana dia terpaksa hindarkan diri dan elak Noah selama beberapa bulan sebab konflik pasal misi dia tu. Peritnya, hanya Tuhan je tahu.

"Sakit." ujar Iyad ringkas, namun Aisyah dapat faham dengan mendalam.

Kedua gerangan itu saling berdiam. Aisyah, tidak tahu mahu berkata apa. Iyad, tidak tahu mahu menambah apa lagi.

"Aku pergi kampus jap, aku rasa Qhai ada kelas petang ni. Aku nak cari dia." kata Iyad memecah sunyi itu. Mata Aisyah tertarik dan memandang Iyad dengan ceria semula.

"Iya ke?" tanya Aisyah. Iyad tersenyum dan mengangguk.

"Aku dah kena tumbuk sebab keluar dari Emperiors, aku tak kisah pun kalau nak terima beberapa tumbukan lagi untuk berbaik semula dengan Qhai." jelas Iyad. Aisyah menepuk bangga bahu Iyad dengan senyuman lebar.

"Iyad yang kebudak-budakan dulu dah jadi lelaki macho yang matang lahhh. Aku bangga lahhh." usik Aisyah dengan ceria. Iyad tersenyum.

"Diam ah budak." kata Iyad lalu menyiku lengan Aisyah dan berlari pergi.

Aisyah melihat bayang Iyad sehinggalah hilang. Perlahan-lahan, senyumannya terukir semula. Kali ini, bukan senyuman mengusik, namun senyuman bangga. Senyum ikhlas, buat rakan yang kini sudah tahu apa yang perlu dibuat di masa yang betul.

***

Nass berjalan sambil kedua tangannya dipenuhi dengan buku dan kertas-kertas bertulis. Satu tangannya juga memegang setin kopi. Nass mengeluh panjang.

Seminggu. SEMINGGU dah berlalu sejak lelaki tu datang berjumpa malah beri dia surprise. Lepas tu, Nass langsung tak nampak lagi batang hidung dia kat mana-mana.

"Aku dah dipermainkan. Bodohnya aku." bisik Nass sendirian. Setitis air mata mengalir tanpa dia sedari. Dek sibuk mengangkut barang tanpa sedikit pun memandang hadapan, Nass terjatuh apabila terpijak tempat yang tidak sepatutnya dia pijak.

Semua barangnya jatuh. Kopinya jatuh dan tumpah. Namun peliknya, Nass tidak rasa dia terjatuh.

Nass hampir terhenti bernafas bila dia tahu apahal dia tak jatuh. Ada seseorang yang menyambutnya. Nass melihat wajah orang yang menyambutnya.

Riyadh Hadiff memandang Nass dengan wajah risau separuh mati. Nass, yang sudah tersedar sepenuhnya, terus menolak Iyad dan terduduk. Dia mengutip semula kertas dan bukunya pantas.

"HAISH DAH KENA KOPI DAH." marah Nass sendirian.

"Awak nak saya tolong?" tanya Iyad.

Nass menjeling Iyad tajam. "TAK PAYAH." kata Nass. Iyad mengangguk kekok dan mengatur langkahnya yang berat untuk berlalu pergi.

Dia mesti pergi, jauh. Nass tak sukakan dia. Nass bencikan dia. Nass takkan sukakan dia. Nass tak ingin pun kat di-

"Seronok permainkan perasaan orang?" tanya Nass tiba-tiba. Iyad terhenti dari langkahnya dan berpaling ke arah Nass. Kelihatan Nass terduduk dengan kepala yang menunduk lemah.

Iyad terdiam.

"Awak kacau saya, awak buat macam-macam untuk buat saya suka awak. Tapi.. tapi kenapa bila saya dah buka hati saya untuk awak.. kenapa.. kenapa awak pergi? Awak tinggalkan saya." ujar Nass dalam suara serupa bisikan, namun kedengaran sangat jelas di telinga Iyad.

Nass.. sukakan dia?

Realiti menampar Iyad.

"S-saya.." Iyad tergagap mencari ayat.

"Sudahlah. Siapa je saya ni, dipermainkan macam barang. Takde erti, harga. Itu yang awak nak kan?" balas Nass.

"SAYA CINTAKAN AWAK! SAYA YANG TAK LAYAK UNTUK DEKAT DENGAN AWAK. SAYA TINGGALKAN AWAK SEBAB TAK NAK PAKSA AWAK LAGI UNTUK SUKAKAN SAYA!" jerit Iyad meluahkan segala isi hatinya.

Nass terdiam. Matanya membulat memandang Iyad. Iyad dan Nass saling berpandangan. Keduanya masih merungkai isi hati masing-masing.

"S-saya akan beri peluang untuk kita saling berkenalan. Tapi.." ujar Nass setelah beberapa saat berdiam diri. Iyad memandang Nass, espresi mukanya bercampur ceria dan ingin tahu.

"Tapi?" tanya Iyad.

"Jangan tinggalkan saya lagi!" kata Nass seraya memukul Iyad di kepala dengan baki kertas yang dia kutip tadi. Iyad mengaduh dan mengusap kepalanya.

Dia mengukir senyuman lebar ke arah Nass.

"Saya janji." ujarnya ringkas namun cukup bermakna. Nass tersenyum, lega.

The Syed's TwinWhere stories live. Discover now