𝓬𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 8

603 37 0
                                    


Aisyah mengambil tempatnya selalu, iaitu di meja paling tepi dan belakang, berdekatan rak buku yang bukunya hampir habis dibacanya. Itulah tempat kegemarannya untuk belajar. Selalunya dengan Harith atau Haq. Inilah kali pertama dia berseorangan. Atau mungkin..

"Lama kau tunggu?" tanya lelaki itu. Aisyah menggeleng kepalanya dan menjemput Noah duduk.

"Aku cari tempat kau duduk, punyalah ke dalam." ngomel Noah usai duduk.

"Saya suka suasana sini, sunyi, tenang, selesa nak belajar." cerita Aisyah lalu tersenyum ke arah Noah. Kening Noah terangkat sebelah, matanya bertatapan dengan mata hazel Aisyah. Akhirnya, Noah menjawab dengan 'hmm' sahaja.

Mereka berdua memulakan perbincangan tentang topik itu dengan serius. Dan Noah perlu akui yang Aisyah memang bijak dan professional. Sesudah habis, Aisyah terus mengemas barang.

Aisyah yang terlalu fokus akan kerja dan assignment terlupa sepenuhnya tentang misinya. Aisyah perlu akui yang Noah sangat berbakat dan bijak walaupun misinya bertentangan dengan itu.

Tapi, buat masa ini, mereka hanyalah seorang lelaki dan seorang perempuan. Bukan musuh, bukan insan yang mempunyai pengalaman buruk bersama.

Aisyah terus mencapai buku di rak berdekatan dan memulakan bacaan. Meskipun sudah 1 jam dia dan Noah berbincang, Aisyah masih ada masa untuk membaca. Noah yang hendak bangun hairan dan ragu-ragu untuk bertanya Aisyah.

Yelah, kejap Aisyah ni macam tergilakan dia, kejap pulak Aisyah ni macam tak kesah pun hidup mati dan kewujudan dia. Pelik, tapi menarik.

"Kau tak balik ke?" tanya Noah yang sudah menggalas begnya. Ramai pelajar lain sudah balik memandangkan hampir pukul 5 petang.

"Tak." jawab Aisyah ringkas lalu mengabaikan Noah sepenuhnya kerana terlalu khusyuk membaca. Noah mengeluh panjang dan mengambil tempat duduk semula.

Aisyah diam, sibuk dengan buku. Noah mula hilang sabar.

"Baliklah cepat oi perempuan!" ngomel Noah lagi. Bukan apa, dahlah dia partner dengan Aisyah untuk task ni, nanti Aisyah hilang ke ape ke, sape yang susah?

"Nama saya Aisyah, untuk pengetahuan awak." sindir Aisyah. Buku di tangannya digenggam erat. Noah terus merampas serentak itu membawa Aisyah kembali ke realiti.

"Balik woi. Dah kul berapa ni." bebel Noah lagi. Aisyah yang baru menyedari yang dia telah mensiakan peluangnya terus mulakan lakonan.

"Ha, okey." ujarnya tanpa bertelingkah lagi. Noah hairan namun bersyukur. Noah hanya berjalan di hadapan Aisyah dan sesekali memeriksa sekiranya Aisyah ada di belakangnya.

"Noah, boleh saya cakap sikit tak?" tanya Aisyah sesudah Noah dan dirinya keluar dari Library. Noah kelihatan ragu-ragu namun akhirnya mengiyakan.

"Awak dah maafkan saya ke?" tanya Aisyah. Noah mengeluh.

"Apa yang korang buat tu bodoh dan tak matang langsung. Jawapan aku, entah." jawab Noah acuh tak acuh. Noah kemudian terus berlalu pergi ke arah parking lot. Aisyah pula memandang belakang Noah yang semakin hilang dari pandangan.

"Haih, susah aku camni." bisik Aisyah sendirian.

***

"Woi, kau dah siapkan ke apa yang aku tinggalkan semalam?" tanya Noah kepada Aisyah. Semenjak dua menjak ni, Noah dan Aisyah selalu luangkan masa bersama. Yes, mereka makin rapat dan banyak bercakap malah selalu bergaduh, tapi, nampaknya Noah masih belum maafkan Aisyah.

"Dah, semua dah siap. Saya ada tanya Prof., pastu kerja kita top katanya. Sikit gi nak siap." terang Aisyah panjang lebar.

Buat pertama kalinya, Noah tersenyum kecil, bangga agaknya. Yelah, baru 2 minggu mereka dah nak siapkan task yang due nya sebulan lagi. Siapalah tak bangga, kan?

"Bagus ah. Pasni kau boleh ah lepak ngan geng kau tu." sindir Noah pula. Aisyah menjeling Noah.

"Mereka bukan geng saya lagi." jawab Aisyah dengan riak wajah sedih. Lakonannya bermula. Noah senyum sinis.

"Ye lah tu."

"Ye." balas Aisyah.

"Kenapa lak?" tanya Noah sambil membelek hasil kerja mereka. Aisyah mengeluh panjang.

"Personal issue. I'm done with them." jawab Aisyah lagi. Noah kelihatan puas hati dengan jawapan Aisyah dan mengangguk.

"Aku maafkan kau." celah Noah tiba-tiba. Aisyah memandangnya dengan riak wajah terkejut.

"Ulang." arah Aisyah. Noah menggekeng kepalanya.

"Aku cakap sekali ja. Kalau kau tak dengar, kau memang malang. Tulah, lain kali fokus, ni termenung je manjang." sindir Noah lagi. Aisyah memukul lembut lengannya lalu membuatkan Noah tersenyum.

"Kenapa tiba-tiba maafkan saya?" tanya Aisyah pura-pura.

"Kau dah takde apa-apa dengan budak bodoh sekalian alam tu. Tu je sebabnya. Aku benci diorang, benci adik aku. Menuduh je kerjanya. Tak faham aku." ujar Noah kemudian dia roll eyes.

Aisyah ketawa kecil. Mungkin untuk dia lebih dapatkan kepercayaan Noah, dia perlu mengutuk member Emperiors. Tapi sejujurnya, dia tak pernah mengutuk walau seorang pun, sebab Aisyah ni memang bukan jenis perempuan begitu. Namun, kes ini lain. Dia perlu, dan dia wajib.

"Haah, nak tahu tak si Qairil tu pengotor nak mampos. Dahlah kereta tak cuci, pastu dia boleh upah si Darius yang tengah kempis nak cuci kereta dia!" cerita Aisyah. Noah kelihatan berpuas hati dan tersenyum sinis.

Apa-apa hak yang melibatkan aib adiknya, tentu sahaja membuatkan mood dia cukup baik.

"Kawan dia yang tinggi-tinggi tu?" tanya Noah, berminat.

"Harith? Harith tu pulak memang-"

***

Puas Aisyah dan Noah saling mengumpat dan membawang semua member Emperiors. Noah sangat gembira dan puas dengan maklumat dari Aisyah yang sangat berguna.

Aisyah rasa sangat bersalah, namun apakan daya.

"Esok tunggu aku kat tempat biasa, masa biasa k." pesan Noah setelah bangkit dari tempat duduknya. Aisyah memandangnya dengan riak wajah hairan. Task dah siap kot, nak buat apa lagi?

"Untuk ape? Kerja dah siap en?" tanya Aisyah.

"Adalah." balas Noah lalu berlalu pergi.

Aisyah memandang Noah sehinggalah hilang dari pandangan. Ada sesuatu tentang Noah yang membuatkan Aisyah rindu akan Qairil. Wajah yang tak tumpah? Mungkin. Oh, rindunya dengan keenam-enam lelaki itu.

Apalah khabar mereka agaknya?

"Rith.. aku rindu korang." bisik Aisyah sendirian. Air matanya gugur perlahan.

The Syed's TwinWhere stories live. Discover now