𝓬𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 16

565 48 0
                                    


Noah keluar dewan kuliah dengan muka yang masam mencuka. Selepas kejadian kejar-mengejar tadi, peranan bertukar pulak! Aisyah tiba-tiba kejar dia balik, yang Noah pulak dengan bongoknya lari balik.

"Eh masamnya mukaaa. Mengada betul." usik Aisyah lalu ketawa.

"Kau ah, kau pergi cubit aku pahal?" rungut Noah sambil mengusap lengannya yang menjadi mangsa si ketam Aisyah.

"Ha, ajaklah saya main kejar-kejar lagi. Rasakan!" balas Aisyah pula lalu senyum mengusik. Noah roll eyes.

Dek kerana leka merungut, Noah terlanggar seseorang dengan agak kuat. Buku Aisyah terjatuh dek impak perlanggarannya dengan bahu Noah. Noah mengaduh kesakitan, bersedia mencemuh sesiapa pun itu. Namun, langkahnya terhenti. Gerak mulutnya juga turut berhenti.

Malahan, Aisyah juga begitu.

Berdiri di hadapan Noah ialah Harith. Di belakang Harith pula tidak lain tidak bukan, siapa lagi?  Qairil, Haq, Darius, Iyad dan Faid berdiri di belakang lelaki itu dengan tegak dan bersedia. Riak wajah mereka semua separa terkejut, dan kebanyakannya tiada perasaan.

Acah le tu. Bisik Aisyah.

Noah memandang Aisyah dan serentak itu beralih posisi untuk berdiri di hadapan Aisyah, melindunginya. Aisyah sempat lihat senyum sinis Qairil yang agaknya bangga. Aisyah memandang Noah dan Noah hanya menguntum senyuman kecil yang cepat untuk Aisyah tangkap. Mata Aisyah membulat, terkejut, namun terharu.

Aisyah tunduk, untuk mengutip buku, namun ada satu tangan yang mengutip buku itu sebelumnya.

Aisyah memandang empunya tangan itu.

Harith.

Harith berdiri tegak semula, begitu juga Aisyah. Noah sudah menelengkan kepalanya, darahnya mendadak naik melihatkan perbuatan Harith. Noah sangka Harith akan buang buku itu jauh-jauh, atau mungkin simpan ke atau koyak ke apa ke.

Namun, apa yang Harith buat menghairankan lagi Noah. Dengan tenang dan berwajah biasa, tiada senyum, tiada apa, Harith memberi buku itu kepada Aisyah dan berlalu pergi. Geraknya diikuti member Emperiors yang lain. Qairil yang terakhir bergerak menatap mata Noah lama, dengan riak wajah mencemuh.

Pasangan kembar itu berlawan mata lama, keduanya diliputi perasaan benci dan herdikan senyap.

Noah, hampir menerkam Qairil kalau tiada Aisyah yang sempat menahannya. Noah berhenti dan hanya memandang Emperiors berlalu pergi sehinggalah hilang dari pandangan.

Fuh, krisis tanpa bunyi dan berakhir.

Noah memandang Aisyah, mukanya kembali lembut dan tenang. Aisyah menguntum senyuman kelat dan merangkul lengan Noah dan berlalu pergi.

Noah secara tidak langsung mengikuti langkah Aisyah, dan tidak berani mengutarakan pendapatnya tentang lengannya yang dirangkul Aisyah.

Senyuman Noah perlahan-lahan lebar. Moodnya terus naik mendadak. Melihat Aisyah dari pandangan tepi sahaja sudah cukup sebagai mood booster dan penenang hati gituuuww.

Entah kenapa ya?

***

Aisyah menyuap satu suapan besar aiskrim ke dalam mulutnya. Noah pula sibuk menekan pad kekunci telefonnya. Aisyah yang sudah menghabiskan aiskrimnya berkerut.

"Text sapa tu?" tanya Aisyah mendatar tanpa emosi. Padahal hatinya panas melihatkan ada emoji love di akhir nama contact yang Noah text itu.

Noah mengangkat kening, bertanya secara tidak verbal.

"Am I hearing a jealous tone there?" tanya Noah berunsur mengusik. Aisyah roll eyes dan memandang tempat lain. Pura-pura merajuk. Noah ketawa kecil dan menunjukkan telefonnya kepada Aisyah.

Ayah

Wajah Aisyah yang masam mencuka bertukar manis semula. Senyumannya kian terukir luas. Ingatkan perempuan manalah tadi kan!

"Jarang lelaki letak emoji dekat contact tau. Kalau kat ibu logik lagi, tapi ni Ayah. Wow. Just WOW." ujar Aisyah dengan senyuman ikhlas dituju kepada Noah. Noah pula ketawa sebagai balasan.

"Ayahlah yang selalu ada dengan aku. Even though dia selalu outstation dan travel, dia sentiasa adakan masa untuk family. Mama dah lama takda, jadi ayahlah jadi keduanya. Tiap-tiap hari dia update aku tentang hal dia, and so am I. Bagi aku, orang yang special je aku letak emoji, tambah-tambah emoji love." cerita Noah panjang lebar lalu menghirup air orennya yang lama terbiar.

Mulut Aisyah membentuk huruf 'O' dan kemudian mengangguk faham. Mata Aisyah mencuri pandang satu lagi nama di bawah nama 'Ayah ❤️'. Aisyah dapati ada satu lagi nama yang tertera emoji di belakang. Bukan love, tapi bulan putih dan bintang.

"Tu yang ada F tu ada emoji bulan, siap dengan bintang lagi." ujar Aisyah selamba.

Noah terus menutuo telefonnya dan menyembunyikan dari Aisyah. "Hoi!" tegur Noah membuatkan Aisyah ketawa akan kekalutan Noah.

Tanpa Aisyah sedari, contact itu tertera nama 'F. Aisyah 🌕✨' Noah menghembus nafas lega. Sib baik perempuan tu tak tengok betul-betul, kalau tak..

"Pernah ada ex ke?" tanya Aisyah tiba-tiba. Hampir tersedak Noah mendengar soalan sebegitu tiba-tiba. Setelah habis batuk, Noah menjawab dengan senyuman lebar di wajah.

"Mestilah. Aku laku tau." ujarnya seraya memuji diri sendiri. Aisyah roll eyes.

"Kau? Mesti banyak en? Kau cantik." tanya Noah. Serentak itu, dia terus kelihatan terkejut dengan kata-katanya sendiri. Secara tak sengajanya, dia cakap AISYAH CANTIK! OMAIGOSH MALU SIAAA.

Aisyah ketawa melihatkan Noah yang mukanya bertukar merah padam dek terluah isi hati tadi.

"Thank you. Yee, saya ada ex, tapi tak ramai. 2 orang je." jawab Aisyah setelah Noah bertenang.

"Siapa?" tanya Noah terlalu laju. Nampak sangat nak tahu!

"First, sekolah menengah Form 3 sampai Form 5. Second, about 2 years ago. Dengan salah satu member Emperiors. Tu pun tak lama, 2 bulan camtu je sebab dia mainkan saya." cerita Aisyah. Noah yang kelihatan ingin tahu terus menerus mendesak Aisyah memberitahu details.

"TEKALAH! Semua benda nak kena bagitahu ke?" kata Aisyah. Noah mendengus marah.

"Harith kan?" teka Noah.

Aisyah geleng kepala.

"Err.. Qhai?" teka Noah lagi.

Aisyah geleng kepala laju.

"Hmm... Sape ek name lagi.. Er.. yang tinggi muka jambu-jambu selalu pakai baju kolar puma tu ke?" teka Noah kali ini.

Aisyah berfikir sebentar dan mengangguk.

"Macam tu ke taste kau? EEEEE." usik Noah. Aisyah menjelingnya tajam.

"He played me tau. Time kitorang couple tu, dia pasang belakang saya. Buka dua, bukaan tiga, tapi ENAM! Haih." keluh Aisyah mengingat kembali kisah itu.

"Mesti teruk dia kena bantai kan? Padan muka." agak Noah lalu ketawa besar. Aisyah mengangguk dan turut ketawa.

"Aah, first lepas we fought, keesokan harinya mata dia biru, bibir lebam-lebam pastu asyik jalan sebelah Darius je! Tu pun sebab Darius yang paling 'kurang marah' dekat dia." cerita Aisyah lagi.

Noah terus ketawa besar, menggelakkan situasi awkward yang berlaku dalam cerita Aisyah. Tanpa mereka berdua sedari, 3 jam berlalu dalam mereka berbual dan saling mengenali satu sama lain.

Noah tanya Aisyah, Aisyah jawab. Aisyah tanya, Noah jawab. Dan kitaran itu pun berulang berkali-kali. Berbekas-bekas aiskrim Aisyah dan Noah kongsi dan habiskan.

"Favourite icecream flavour?" tanya Noah.

"Choc. pepermint." jawab Aisyah.

Noah ketawa dan high-five Aisyah kerana itu kegemarannya juga. Kitaran itu juga berulang.

Tanpa mereka berdua sangka, banyak benda sama yang mereka berdua kongsi.

Dari perisa aiskrim kegemaran, genre movie kesukaan, warna kegemaran, sehinggalah.. perasaan.



The Syed's TwinOnde as histórias ganham vida. Descobre agora