𝓬𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 2

830 48 2
                                    


"Hai, cik adik. Sudi ke temankan abang-abang makan?" tanya seorang lelaki yang tiba-tiba approach Aisyah. Aisyah yang baru sahaja habis kelas itu terpinga-pinga.

"Saya Adh, ni Ekal dan Daus. Kitorang single lagi tau." perkenal lelaki yang bernama Adh itu. Aisyah masih berdiam diri, cuba mencari jalan keluar dari kepungan mereka.

"Tak nak, bagi saya ruang, ada hallah." ujar Aisyah lalu cuba menyisip keluar. Namun, Daus cepat menghalangnya dan memegang bahu Aisyah. Aisyah terus menjerit namun Adh itu segera menekup mulut Aisyah.

"HOIIIIII!" jerit seorang lelaki dari jauh. Aisyah terus memijak kaki Adh sekuat hatinya dan berlari dari situ.

Kelihatan Noah sedang berlawan dengan ketiga-tiga lelaki yang cuba mengacau Aisyah tadi. 3 lawan 1. Apalah sangat. Mulut Aisyah ternganga. Dia cuba membantu Noah walaupun Noah berkali-kali menyuruhnya pergi.

Melalui cerita Qairil, Noah ni langsung tak pandai berlawan. Kalau Aisyah tak tolong,  memang nayalah jawabnya si Noah ni. Aisyah memukul lelaki kedua dan ketiga itu dengan sekuat hatinya. Mata Noah membulat dan terus melindungi Aisyah semula apabila lelaki bernama Adh hampir menumbuknya.

"HEIIII!" jerit seseorang lalu kelihatan kelibat Harith, Darius dan Faid membantu Aisyah dan Noah yang sudah tentunya tak berupaya lagi. Sebelum apa-apa, Noah terus menolak Aisyah keluar dari bulatan itu. Melihat sahaja wajah Harith, Darius dan Faid, ketiga-tiga lelaki itu tadi terus berlari tanpa memandang ke belakang sekali pun.

Harith, Darius dan Faid saling berpandangan. Kelihatan Noah tercungap-cungap terduduk di atas lantai. Tanpa menunggu lagi, Haq yang dari tadi memerhati terus menghulur tangan ke arah Noah. Qairil diam membisu. Aisyah selamat di belakangnya.

Aisyah terkejut melihat wajah Noah. Penuh lebam dan matanya asyik berkelip dengan penuh kesakitan. Noah mencapai beg galasnya dan tanpa mengutarakan apa-apa, Noah terus berlalu pergi dari situ.

Darius dan Faid berpandangan manakala Harith terus berlari ke arah Aisyah.

"Kau okey ke? Ade kena mana-mana?" tanya Harith, wajahnya berunsur risau dan takut. Aisyah menggeleng laju, pandangannya tetap pada belakang badan Noah yang kini semakin jauh dari pandangan.

"Baru sahaja Aisyah hendak menurut langkah Noah, Qairil bersuara.

"Aisyah."

"WHAT? HE LITERALLY SAVED ME JUST NOW! BAYANGKAN IF NOAH TAKDE! WAKE UP QHAIIII!" bentak Aisyah. Harith memandang Qairil, mempertimbangkan kata-kata Aisyah.

"Relax, sister. Now you're fine and thank God for that, not that stupid guy. He saved you because he saw you. Sesiapa yang nampak pun akan tolong." ujar Qairil dengan nada mendatar.

"Aisyah, at least kau selamat sekarang. Dah, jom makan." pujuk Harith pula. Aisyah menghela nafas panjang dan matanya memujuk Qairil secara senyap.

Seperti biasa, Qairil menggeleng kepala.

Aisyah redha. Sepanjang perjalanan ke restoran, Aisyah asyik terkenangkan bakti Noah yang dipandang sebelah mata sahaja oleh rakan-rakannya. Mulai saat itu juga, Aisyah terus dilindungi dengan sangat ketat oleh Emperiors.

Sampaikan Aisyah nak pegang kucing pun, Harith mesti pegang dulu untuk tahu selamat ke tak.

Haih.

***

"Tak makan apesal? Teringat boyfriend ke?" usik Faid. Aisyah memandang Faid tajam.

"Haah, kalau selalunya, kau yang paling laju habiskan nasik. Melantak memanjang." tambah Iyad pula. Aisyah terus mencubit Iyad. Iyad mengaduh kesakitan.

Qairil dan Harith pula sibuk berbual di penghujung meja. Aisyah asyik cuba mendapatkan perhatian Qairil, manalah tahu dia dapat kebenaran untuk jumpa Noah. Cakap terima kasih pun jadilah.

Kalau tak, memang rasa bersalah je!

Namun, Qairil cuba tidak menghiraukan Aisyah setiap masa. Setiap kali Aisyah cuba berdehem, Qairil memanjangkan lagi ceritanya dengan Harith meskipun Harith sudah menunjuk yang Aisyah memanggilnya.

"Kau kenal budak-budak jahanam tadi?" tanya Darius kepada Aisyah yang termenung. Aisyah menggeleng kepalanya.

"Tapi diorang ada bagitahu nama, seingat aku, Adh, Ekal dan Daus. Daus tu yang pegang aku mula-mula tadi." cerita Aisyah. Serentak itu, perbualan antara Harith dan Qairil terhenti serta merta.

"Daus buat apa?" tanya Qairil. Mukanya berubah menjadi merah padam. Yang lain menjadi senyap. Even Harith pun mula menggeleng kepala.

"Pe-pegang?" jawab Aisyah separa berbisik.

Qairil terus bangun dari meja dan mencapai kunci Lambo nya. Meskipun rakan-rakan yang lain cuba meredakan Qairil, mereka tidak dapat menghentikannya.

"Dia boleh ludah muka aku, dia boleh sepak terajang pukul tumbuk aku, tapi dia pegang kau. Tu dah lebih. Kau takkan nampak lagi diorang tiga dekat kampus. Itu, aku janji." kata Qairil kepada Aisyah yang cuba menghentikannya.

Selepas sahaja kereta Lamborghini itu meluncur pergi sepantas kilat, Aisyah terus hilang mood untuk makan. Yang lain pula senyap sahaja. Habislah si Daus tu nanti.

"Are you okay?" tanya Harith selepas memerhati Aisyah lama. Aisyah memandang Harith dan menggeleng.

"Kau nak jumpa budak tu kan? Noah." teka Harith.

Mata Aisyah terbuka luas oenuh sinaran harapan. Dia mengangguk selajunya, mengiyakan.

"Jom, aku bawak kau. Korang, lepak ah dulu. Kalau Qhai dah balik sini balik, korang cakap aku hantar Aisyah balik rumah." ujar Harith. Darius mengangguk.

"Jom." ajak Harith. Aisyah tersenyum lebar dan segera berlari mengikuti langkah Harith yang pantas itu.

***

Kereta yang dinaiki Harith dan Aisyah itu memasuki sebuah perkarangan rumah agam yang moden seni binanya, dan memang sangat gah kecantikannya. Aisyah mengerutkan wajahnya.

"Ni rumah keluarga diorang. Qairil kan tinggal dengan kitorang, dia tak tinggal sini. Abang dengan bapak dia tinggal sini. Qhai pernah bawak aku banyak kali dulu gi sini nak lepak, sebab tu security semua tahu aku." jelas Harith lalu memarkir keretanya di sebelah sebuah kereta BMW hitam, yang Aisyah sangka mungkin kereta Noah.

"Jom ah masuk." ajak Harith. Setelah menutup pintu kereta. Aisyah mengangguk dan mengikut.

Harith sampai ke pintu hadapan yang tersergam indah itu. "ASSALAMUALAIKUM." jeritnya lalu menekan bell.

Kedengaran bunyi tapak kaki berjalan ke arah pintu utama itu.

"Waalaikumussalam!"

Harith dan Aisyah saling berpandangan.




The Syed's TwinWhere stories live. Discover now