𝓬𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 9

577 41 0
                                    


Aisyah terus duduk di kerusi berhadapan dengan perpustakaan kampus ternama itu. Dia mengeluh pendek. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 3 suku namun bayang Noah masih tidak kelihatan juga.

Sudah 3 minggu sejak misinya bermula. Ya, memang ada banyak perubahan dan penambahbaikan. Namun, kadang-kadang Aisyah ada juga merasakan yang dia dipergunakan oleh Noah. Yelah, asal Noah tanya apa-apa berkaitan Emperiors, tentu Aisyah dedahkan. Sampaikan satu saat, Aisyah terpaksa tahan diri dari menjawab.

Aisyah mengeluarkan telefon bimbitnya, sedia untuk menghubungi Noah.

"Oiiii!" sapa Noah dari jauh. Kelihatan lelaki itu berlari ke arah Aisyah. Aisyah roll eyes dan mengangkat sebelah keningnya.

Sorry, aku ada hal sikit tadi. Jom." ajak Noah.

"Jom?" tanya Aisyah.

"Ingat tak kau janji nak spon aku minum masa tu? Jom ah, bawak aku pergi Starbucks. Nilah masa aku nak kikis duit kau." sindir Noah. Aisyah mengangguk dan bersabar dengan nada yang Noah gunakan.

Mission, Syah, mission. Kalau ni bukan mission, dah lama Aisyah cekik jugak budak Noah ni kang. Kalau tak menyindir, tak lengkap hari dia!

Noah memasuki kereta dan menunggu Aisyah duduk. Aisyah, yang sudah terbiasa duduk di bahagian belakang dek kerana layanan istimewa semua member Emperiors, dengan selambanya mengambil tempat duduk di belakang sedangkan tempat duduk hadapan kosong.

Noah mengerutkan mukanya.

"Kau ingat kau ni boss syarikat besar ke? Duduk ah depan! Kau ingat aku ni driver kau ye?" sindir Noah lagi. Kali ini, Aisyah hanpir meletup. Aisyah menarik nafas panjang dah keluar semula dari kereta dan masuk untuk duduk di kerusi hadapan, di sebelah Syed Qairul Noah.

Inilah kereta Porsche yang mengakibatkan misinya dahulu! Inilah kereta yang mereka jadikan sebagai bahan prank dulu. Kalau tak sebab prank bodoh tu, tentu sahaja Aisyah sedang selamat bergembira dengan Emperiors, bukan dengan lelaki ni!

"Woi khayal ke tu?" tanya Noah seraya membelok ke sebelah kiri, mengakibatkan Aisyah yang belum memakai seatbelt terhantuk dengan cermin.

"AUCH!" rengek Aisyah. Noah senyum sinis.

Lelaki-lelaki dalam group bodoh kau tu takde en nak hentikan aku dari buli kau. Kesian kau, kena tinggal." kata Noah sinis. Aisyah sedaya upaya menahan air matanya.

"Emperiors bukan 'group bodoh'." ujar Aisyah selepas beberapa saat bertenang. Noah memandang Aisyah dan menyengetkan kepalanya serta mengangkat sebelah keningnya.

"Apa guna group bodoh korang tu?" tanya lagi.

"Emperiors ditubuhkan pada tahun pertama diorang kat universiti, 2 tahun lepas. Their purpose is to prank the whole campus and to hate our leader's twin brother, you, Syed Qairul Noah. Arwah abang saya dan salah seorang member Emperiors kawan rapat, sebab tu saya masuk setahun lepas. Saya dah kenal semua ahli tu dah setahun lebih. Dah rapat dan anggap diorang macam abang saya sendiri." terang Aisyah panjang lebar.

Noah sudah mengagak jawapan itu dan mengangguk. "Apahal kau tak dengan diorang dah? Kena tinggal ek?" tanya Noah berunsur sindiran, tidak mengagak yang Aisyah akan berani menjawab soalan kontroversi seperti itu.

"Yes, ak- saya, kena buang." ujar Aisyah, separa menipu. Noah terkejut dan memandang Aisyah berkali-kali, mencari sebarang clue bahawa samada Aisyah berkata benar atau menipu.

Namun, Noah percaya dengan kata-kata Aisyah dan mengangguk.

"Tulah, lain kali kawan lagi dengan budak-budak bodoh jahanam macam adik aku tu. Kena buanglah jawabnya. Pahal? Kau dah tak boleh pakai ke? Rosak? Kena tebuk?" tanya Noah terus.

The Syed's TwinWhere stories live. Discover now