𝓬𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 10

610 42 0
                                    


Gelap.

Semuanya gelap. Aisyah cuma menggapai apa-apa namun tiada satu pun objek ti tempat itu. Aisyah pula menjerit meminta pertolongan. Kemudian, satu suara mula berdengung di tempat luas dan gelap itu.

"Kau kecewakan aku, Aisyah. Kau bukan adik aku. Kau bukan ahli kami." ujar suara itu. Jantung Aisyah hampir berhenti. Suara itu, sangat dia kenali. Malahan, dia rindui.

Syed Qairil Nevin. Qhai, abangnya. Qhai, ketuanya.

"Aku minta maaf- aku mintak maaf!" jerit Aisyah sendirian, berkali-kali. Tanpa henti.

***

"Heii, bangun, bangun!" ujar suara itu lalu membangunkan Aisyah sekelip mata. Mata Aisyah membulat melihat gerangan lelaki di hadapannya. Hampir tercabut jantungnya kerana ingatkan lelaki itu Qhai, namun tiada parut di bahagian kening, rambutnya juga tersusun kemas, sah inilah Syed Qairul Noah.

Aisyah yang masih mamai hampir menjerit. Yelah, tadi masa dia pengsan dia elok-elok baring dekat bus stop bocor siap pakej dengan hujan dan guruh lagi. Drama siot. Ni, tiba-tiba pulak dia bangun atas katil, dalam bilik yang entah kat mana. Lagi satu yang paling ngeri, baju dan tudungnya pun dah ditukar.

"Saya kat mana? Kenapa saya kat sini? Apa kau dah buat?!" tanya Aisyah, perasaan marahnya semakin menaik dari setiap perkataan mengenangkan apa yang Noah baru sahaja buat.

Noah yang tinggalkan Aisyah kat tepi jalan. Noah yang tanya soalan bangang dekat Aisyah. Noah yang letak Aisyah dekat situasi yang hampir gila macam ni. Lelaki ni, yang buat seluruh misinya hampir gagal. Hampir.

"First, kau kat rumah aku. Second, sejurus lepas aku sampai rumah, hujan terus turun lebat. Aku.. rasa bersalah.. pastu aku terus patah balik ambik kau. Pastu aku nampak kau pengsan, cun-cun masa kau tengah nak pengsan. Aku terus angkut kau masuk kereta dan ke sini. Baju kau basah, tudung kau basah. Dahi kau panas. Aku mintak tolong bibik tukarkan baju dengan tudung. Tudung ngan baju kau tu.. arwah Bonda yang punya.. so tolong jangan kotorkan ya." pesan Noah setelah bercerita panjang lebar.

Bagai api disiram dengan air sejuk, hati Aisyah terus lega. Kalau Noah yang salinkan bajunya, memang penampar jugak hinggap dekat wajah lelaki itu.

"Oh.." jawab Aisyah. Itu sahaja yang mampu keluar tika itu. Kepalanya pening, seperti diketuk dengan tukul. Yelah, dah sah-sah kena hujan kan?

"Nah, bubur ngan ubat. Kau makanlah. Rehat la dulu. Kang aku lawat kau balik." ujar Noah lalu bersedia berlalu keluar dari bilik itu. Aisyah diam setelah menyambut tray itu.

Kemudian, tanpa disangka, guruh berdentum kuat. Aisyah secara refleksnya terus menjerit dan meletak tray itu ketepi dan memeluk tubuhnya. Noah yang terkejut terus berpusing semula dan duduk di kerusi sebelah katil, memandang Aisyah dengan riak wajah risau.

"Kau okey?" tanya Noah.

Tiada jawapan.

Guruh berdentum sekali lagi, kali ini, Aisyah terus menerus memeluk dirinya. Matanya dipejam rapat. Noah tidak mampu bertahan lagi. Dia berjalan ke arah Aisyah dan duduk di sebelah Aisyah.

Kali ini, bunyi guruh semakin kuat dan lama. Aisyah yang masih lagi mengikut tabiat lama, terus memeluk Noah erat.

"Abang.. tolong Yana bang.. Yana rindu abang. Yana rindu Aisy.." bisik Aisyah sendirian. Air matanya bercucuran. Pelukannya erat dan lembut. Aisyah tidak mampu membezakan realiti dan fantasi buat kali ini.

Noah diam menyepi, tidak bergerak. Namun, tangannya mengusap belakang Aisyah lembut. Itu sahaja perbuatan yang dia mampu lakukan dalam keadaan seperti ini.

Setelah beberapa saat, guruh mula reda dan hujan pun sudah berhenti. Perlahan-lahan, Aisyah bangun dari dakapan Noah. Mindanya yang baru bangun tidur masih belum dapat memproses semua yang berlaku tadi.

Apatah lagi Noah.

Wajah Aisyah merah, matanya bengkak kerana menangis dan riak wajahnya sedih. Dia sangat mengharapkan Aisy ada, memberi pelukan dan kata-kata semangat buat terakhir kali. Sekali sahaja lagi pun dah cukup.

Namun, ia mustahil.

"Err.. kau makan dulu ye." ujar Noah kemudian bangun dari katil itu. Aisyah masih berdiam diri, mengelap bekas air matanya. Noah pula terus berjalan keluar, tidak menoleh lagi. Dia pun masih memproses semua yang berlaku tadi.

Selepas sahaja pintu ditutup, Noah bersandar pada pintu. Matanya terbuka luas. Tangannya menggeletar. Nafasnya tidak stabil. Mukanya dirasakan semakin panas minit ke minit.

***

Aisyah termenung, melihat bubur yang dihantar oleh Noah tadi. Ikutkan hati, dia nak quit mission ni. Dia rindu Harith, Qhai, Darius, Iyad, Haq, Faid.

Dia rindu Emperiors. Aisyah rindukan abang-abangnya. Sangat rindu.

Muka Noah memang sebijik muka Qhai, tapi perangai, sikap, cara layanan, cara bercakap, even gaya rambut pun berbeza! Kembar seiras, tetapi jauh bezanya.

Aisyah mengacau bubur itu. Dia langsung takde selera makan. Tiba-tiba, pintu bilik itu terbuka dan menampakkan seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 50-an. Wajahnya tersenyum manis, penuh aura keibuan gituuu.

Kalau Aisyah taktahu yang Noah dan Qhai dan kematian ibu sejak kecil, tentu Aisyah syak perempuan tu sebagai ibu diorang. Yelah, mukanya manis dan beraura keibuan.

"Tak makan ke? Tak sedap ye?" tanya wanita itu. Aisyah terus menggeleng laju.

"Takde selera, makcik." jawab Aisyah, sekadar untuk menjawab soalan. Yelah, takkan dia nak kurang ajar pula.

"Yeke? Biar makcik temankan nak?" tanya wanita itu lagi. Aisyah tersenyum dan mengangguk lembut. Suara wanita itu, riak wajahnya yang lembut dan penuh kasih, Aisyah tak mampu menolaknya.

"Anak ni dari mana? Ayah ibu mana?" tanya wanita itu. Aisyah tersenyum kelat.

"Saya asal Sabah, tinggal kat KL dari umur 5 tahun dah. Ibu ayah meninggal dari saya kecil gi. Abang meninggal 3 tahun lepas. Saya sebatang kara je, makcik." jawab Aisyah. Terasa satu bebanan berat terlepas dari dadanya.

"Oh yeke? Maaf ye cik tak tau. Anak tinggal sorang ke?" tanya wanita itu lagi.

Aisyah seorang yang becok mulutnya, tentunya dia suka berbual. Dan wanita ini seperti booster moodnya. Yelah, takde kawan nak berbual kan. Emperiors dan takde. Noah pun macam wujud macam tak je.

"A'ah, sorang. Nama saya Aisyah, cik." ujar Aisyah.

"Cantiknya nama, secantik rupa parasnya." puji wanita itu lalu tersenyum lebar. Aisyah ketawa kecil.

"Eh biasa je. Makcik duk sini ye?" tanya Aisyah pula.

"Iye. Makcik kerja bibik dekat sini. Nama makcik Zakiah. Panggil Chik Yah je. Kalau panggil Zaki, macam nama laki. Kalau panggil Kiah macam oldskool sangat." sempat pula Chik Yah bergurau.

Aisyah apa lagi, ketawa besarlah jawabnya.

"Ish, Chik Yah ni!" ujar Aisyah.

Petang itu, Aisyah dan Chik Yah berbual panjang sampaikan 2 jam berlalu seperti 2 minit. Tanpa mereka berdua sedari, si jejaka di sebelah pintu mendengar setiap bait perkataan yang dibicarakan. Dia mengkaji, meneliti dan memproses malahan mengingati semuanya.

Syed Qairul Noah sangat kagum dengan Aisyah. Seorang wanita yang gagah dan tabah yang berjaya merintangi dugaan hidup di usia yang sangat muda. Rasa kasihan mula menapak di sudut hati Noah.

"Allahu, kuatnya perempuan ni. Aku pun tak sekuat dia." bisik Noah sendirian.

Kemudian, lelaki itu menjejakkan kakinya ke dalam bilik itu. Memberhentikan perbualan rancak kedua wanita itu.

The Syed's TwinWhere stories live. Discover now