𝓬𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 3

726 48 3
                                    


"Yes, can I help you?" tanya lelaki itu kepada Harith dan Aisyah. Harith menyangkakan Noah yang menyambut salamnya, rupanya dia ni.

"I need to meet Noah. I am a friend of his, who are you?" jawab Harith pula. Sudah beberapa kali dia ke rumah ini, tapi dia tak pernah sekalipun nampak lelaki ni. Nak kata security guard, tak mungkin, sebab pakai tie siap dengan kot lagi. Nak kata sepupu Noah, tak mungkin sebab Papa Noah anak tunggal. Takde sedara lain.

"Owh, saya Doktor Adam, Noah ada kat atas tengah rehat." jawab lelaki itu lalu mempersilakan Harith dan Aisyah masuk ke dalam banglo itu. Aisyah terpegun dengan seni hiasnya yang dipenuhi warna putih dan campuran warna gold.

"You guys boleh pergi upstairs and please remind Noah to take his medicine. I need to be going somewhere." ujar Doktor Adam lalu rush ke pintu keluar. Harith mengangguk.

"Ready?" tanya Harith.

"Yeppie." jawab Aisyah.

"Let's go upstairs." ajak Harith.

Aisyah dan Harith perlahan-lahan menaiki tangga rumah itu. Seingat Harith, Qairil pernah tunjukkan mana bilik Noah, harapnya si Noah tu tak pindah ke apa ke.

Tok Tok Tok.

"Who?" tanya suara dari dalam bilik itu. Harith memandang Aisyah. Aisyah mengeluh panjang lalu memusing tombol pintu yang tidak berkunci itu.

Noah memandang tetamu tanpa diundang itu dengan reaction serupa terkejut bercampur annoyed.

"Ape kau nak?" tanya Noah dengan nada agak kasar. Harith hampir menerkam Noah dan possibly menambah lagi lebam dan bengkak di wajah jejaka itu. Namun, Aisyah sempat menahannya.

"Noah, saya cuma nak cakap terima kasih sebab tolong saya tadi. Thank you. Saya minta maaf sebab awak dapat lebam camni. Kalau takde awak.. I don't know what will happen to me." ujar Aisyah.

Noah tunduk, diam menyepi.

"Welcome. Get out." jawab Noah selepas beberapa saat. Aisyah tersenyum.

"Can I buy you drinks sometimes?" tanya Aisyah. Mencuba.

Terbuka luas mata Harith dibuatnya. "HELL NO FAYYANA AISYAH BINTI FARID!" sampuk Harith. Aisyah menjelingnya tajam.

"No. Get. Out. Now." kata Noah lagi sambil menunjuk arah pintu keluar. Aisyah mengangguk lesu, kemudian menarik Harith bersamanya.

***

Harith menghidupkan enjin kereta itu kemudian memandang Aisyah.

"BUY DRINKS? ARE YOU CRAZY OR WHAT?" tanya Harith separa menjerit. Aisyah ketawa kecil.

"He saved my life, like, my whole future. It would not hurt me to buy him coffee." jawab Aisyah dengan tenang. Dia mula membuka handbagnya dan bermain telefon. Harith menggeleng kepalanya tanda langsung tidak setuju.

"You shouldn't. Respect lah dekat Qhai. He's our leader. Emperiors do two main things. Pranks, and hates Noah. " bebel Harith.

"Aku tahu tu." jawab Aisyah degil.

"Dah tahu, buatlah macam tahu!" sambung Harith lagi.

"Dia selamatkan aku Rith!" balas Aisyah lagi.

"Then kitorang selamatkan korang berdua. Lupa?" tanya Harith lagi lalu membelok keluar dari perkarangan rumah itu.

"ARGHHHH YOU SO ANNOYING!" kata Aisyah akhirnya.

Harith ketawa kecil. Aisyah melihatnya dengan pandangan tidak percaya.

"You.. laugh?" tanya Aisyah dengan nada separa berbisik. Harith ketawa semula lalu mengangguk.

"Apehal, dosa ke?" tanya Harith.

"You never laugh, senyum pun jarang. Mahal." kata Aisyah. Harith tersenyum.

"Emm, boleh kita singgah somewhere tak Syah? Aku ada hal sikit. Kalau kau nak ikut, boleh je." kata Harith lalu membelok ke sebuah simpang yang agak sunyi sedikit.

Aisyah hairan dan mengerutkan mukanya. Kemudian, satu memori suram datang ke mindanya.

"Aku ikut." jawab Aisyah setelah Harith usai parking.

***

Fathull Aisy bin Farid
26.09.1998
12.05.2016

Al-Fatihah

Tertulis di batu nisan itu. Harith yang sibuk membaca Yasin tidak menghiraukan tangisan sendu Aisyah di sebelahnya. Ya, beberapa tahun sudah berlalu namun memori suram itu tidak akan hilang dari ingatan Aisyah.

***

"Har, kalau aku pergi dulu, jaga adik aku ye." ujar Aisy dengan nada bergurau.

"Kau ni cakap camtu pulak. Potong stim betullah!" ujar Harith pula.

Aisy senyum lalu membelai lembut tangan Aisyah yang lena dibuai mimpi di bahunya.

"Aku sayang Aisyah ni. Walaupun dia ni degil nak mati, dia je yang aku ada. Papa aku dah takde, mama aku pun takde, kalau takde Aisyah, entah macam manalah aku agaknya." luah Aisy sedih.

"Aku kan ada." ujar Harith lalu menepuk lembut bahu Aisy.

"Janji Har, kau akan jaga Aisyah macam seorang abang. Tu je aku mintak Har." pinta Aisy lalu melihat wajah Harith lama.

Harith tersenyum. "InshaAllah Aisy." jawab Harith.

"Thanks bro. You're the best." ujar Aisy lalu menghulurkan tangannya untuk high-five.

"Of course, my brother." jawab Harith.

***

Air mata yang tidak sedari ada, mula menitis di pipi Harith. Aisyah pula usai menyedekahkan Al-Fatihah dan Yasin kepada si abang tercintanya. Harith terus mengelap laju air mata yang bercucuran di pipinya lalu menghulurkan sebungkus tisu untuk Aisyah.

"Lap muka tu. Buruk." ujar Harith.

Aisyah tersenyum. "Terima kasih, Along." ujar Aisyah tanpa berfikir.

Kemudian, Aisyah memandang Harith, mukanya terkejut.

"Sorry, Rith, aku tak sengaja, aku cuma-"

"Takpe. Aku faham." balas Harith lalu bangun dari pusara Aisy.

"Jom, aku hantar kau balik." ajak Harith. Aisyah bangun setelah memandang pusara abangnya buat terakhir kali.

The Syed's TwinWhere stories live. Discover now