𝓬𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 22

507 36 0
                                    


Noah dan Aisyah berjalan keluar dari restoran dan menuju ke arah tempat letak kereta.

Noah kelihatan ragu-ragu sedikit selepas sahaja bercakap dengan Aisyah tadi. Aisyah perasan akan itu, dan akhirnya menyoalnya.

"Are you okay?" tanya Aisyah yang kehairanan. Selalunya, Noahlah yang paling ceria. Tambah-tambah dah kenyang, makin banyaklah tenaga dia nak mengacau Aisyah. Ada-ada je benda nak diusiknya.

Noah membalas pertanyaan itu dengan senyuman kelat. "Takdelah, saya risaukan awak je." jujur Noah.

Dari tadi mindanya asyik berfikir tentang Aisyah sahaja. Hutang? Tak mungkin Aisyah berhutang duit dengan bebudak tu. Lagipun, rasanya si Harith tu, gerenti akan langsaikan.

Aisyah mengeluh perlahan dan memegang erat kedua lengan Noah.

"Saya perlu bagitahu awak sesuatu. Tentang hutang tu.." bisik Aisyah tiba-tiba. Aisyah rasa lebih baik jika dia memberitahu Noah sendiri akan perkara ini berbanding Noah dengar dari mulut orang lain. Lagi-lagi ahli Emperiors.

Noah mengangkat keningnya.

"Sebenarnya, sebab kenapa saya nak kenal awak dari awal ial-" namun, kata-kata Aisyah dipotong dengan bunyi telefon bimbit Noah menandakan ada panggilan.

Mulanya Noah ingin mengabaikan panggilan itu untuk mendengar cerita Aisyah, namun Aisyah mendesak Noah supaya menjawab sahaja dulu.

Nama 'Ayah' tertera di skrin telefonnya. Noah mengerutkan wajah. Kenapa ayah tiba-tiba call dia malam-malam macam ni? Noah segera menjawab panggilan itu.

"Hello, Ayah? Waalaikumusalam. Ada apa yah?" tanya Noah. Aisyah memerhati wajah Noah yang bertukar dari keliru ke terkejut.

Meskipun ingin tahu, Aisyah tetap sabar menunggu Noah.

"Ha yelah, Noah balik sekarang." kata Noah di akhir panggilan. Dengan muka yang hampir Aisyah tidak dapat teka reaksinya, Noah masuk ke dalam kereta dan menyuruh Aisyah masuk.

"Kenapa ayah call?" tanya Aisyah lembut. Noah mengeluh panjang.

"Urgent katanya. Saya perlu balik sekarang. Saya hantar awak dulu ye." ujar Noah mendatar. Suaranya penuh ragu dan keliru. Aisyah semakin ingin tahu akan apa yang ayahnya beritahu kepada Noah.

"Awak nak saya teman? Saya-"

"Tak." jawab Noah laju, memotong kata-kata wanita di sebelahnya itu. Aisyah tersentak. Noah tidak pernah sedingin ini bersamanya sejak beberapa bulan lepas.

Aisyah berbisik 'okay' dan mendiamkan dirinya sepanjang perjalanan itu. Entah kenapa mood Noah tiba-tiba berubah 360 darjah. Aisyah beberapa kali mengerling ke arah Noah.

Serius, diam, dingin namun kekal tenang. Inilah rupa Noah 5 bulan lepas, bila Aisyah pertama kali berkenalan dengannya. Wajah Noah serius semacam, sekalipun dia tidak bercakap melainkan Aisyah mulakannya.

Namun, sepatah ditanya, sekerat dijawabnya. Aisyah hanya mampu mengeluh.

Sesampainya di rumah Aisyah, kereta Noah terus meluncur pergi.

Tiada selamat tinggal, tiada selamat malam. Tiada I love you, sayang.

Hanya deruman kereta pantas dipandu pergi keluar dari kawasan perumahan itu. Aisyah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kemudian, wanita itu berbisik sendirian.

"Haih. What's wrong with my Noah?"

***

Beberapa minit sebelum.. ( panggilan antara Noah dan Ayahnya. )

The Syed's TwinWhere stories live. Discover now