𝓬𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 11

593 42 2
                                    


"Err.. dah gelap ni.. nak aku hantar balik ke?" tanya Noah seraya menghentikan perbualan kedua wanita itu. Senyuman yang terukir di bibir Aisyah perlahan-lahan pudar.

"Chik Yah." panggil Noah. Chik Yah lekas bangun dan menguntumkan senyuman manis terakhir buat Aisyah. Aisyah membalasnya dengan senyuman yang agak kelat. Chik Yah kelihatan menepuk lembut bahu Noah lembut. Noah mengangguk.

"Sedap tak bubur tu tadi?" tanya Noah sejurus sahaja Chik Yah sudah keluar dari bilik itu. Aisyah mengangguk lemah.

"Aah. Chik Yah masak, takkanlah tak sedap. Cukup perasa, cukup semuanya. Lainlah kalau lelaki yang masak." jawab Aisyah acuh tak acuh.

Noah ketawa kecil. Aisyah memandangnya dengan pandangan tidak percaya. SYED QAIRUL NOAH KETAWA?

"Bubur tu, cik adik oi, saya yang masak." kata Noah akhirnya setelah ketawa. Serentak itu, wajah Aisyah bertukar merah padam menahan malu. Noah senyum.

Terhibur Noah dibuatnya.

Noah berjalan mendekati Aisyah yang sedang duduk di katil itu. Matanya mencari mangkuk bubur tadi. Akhirnya, dia menemui mangkuk itu di rak sebelah katil.

"Waw waw waw. Kosong, suci, dah ye. Sedap giler lah ni en?" tanya Noah lalu senyum memandang ke arah Aisyah. Aisyah pula roll eyes. Kalau dia tahu Noah yang masak, jangankan makan, hidu pun dia tak ingin!

"Nak saya muntahkan balik ke?" tanya Aisyah pula. Dia dah mula rasa annoyed dengan usikan Noah tu. Noah senyum sekali lagi. Fuh, memang menghairankan betullah Noah masa tu bagi Aisyah.

Yelah, Noah yang 'normal' ialah pemarah, ego, sombong, bongkak, serius dan asyik nak cari pasal je. Noah yang sekarang ni pulak macam cool, caring, lawak. Macam seorang manusia biasa, tanpa topeng dan halangan untuk mendekatinya.

Noah yang ini, suprisingly sangat menyerupai Syed Qairil Nevin. Dengan itu, memang Aisyah tahan ayaq mata leeee.

"Kalau kau muntahkan balik, membazir au. Membazir amalan sape?" tanya Noah, mengusik Aisyah sekali lagi. Kali ini, Aisyah dah malas nak jawab. Dia memalingkan wajah ke tempat lain.

"Elehhh. Dah ah jom aku hantar kau balik. Nah baju kau tadi. Aku dah tolong keringkan. Tula, lain kali main ah hujan lagi. Kan dah demam!" tambah Noah seterusnya.

Aisyah memandang Noah dengan pandangan tidak percaya. MAIN HUJAN? GILA APA LAKI NI? DIA YANG TINGGALKAN AISYAH, SENANG-SENANG PASTU PEGI KATA AISYAH MAIN HUJAN. Pheww, nasib baik Aisyah penyabar orangnya. Aisyah berceloteh sendirian dalam hatinya.

"Erhh, awak? Pukul berapa dah ni?" tanya Aisyah. Noah yang sudah separuh jalan keluar bilik segera menoleh dan memeriksa jam telefon bimbitnya.

"10.45 malam." jawabnya ringkas, kemudian mengatur langkah keluar dari bilik. Aisyah diam.

Bukan diam apa, sebab dia rasa hampir nak pengsan. Berapa jam dah dia kat rumah ni? Takkanlah sekarang dah nak pukul 11? GILA KE?

"NOAHHH! Tu-tunggu saya!" panggil Aisyah. Noah mengeluh pendek.

"Ape?" tanyanya.

"Saya nak balik sekarang jugak!" arah Aisyah.

"Serius ni? Tak nak tukar baju ke apa ke dulu? Makan ke?" tanya Noah panjang lebar. Aisyah menggeleng pantas.

"No. Thank you by the way for everything. Maaf menyusahkan. Awak tak perlu hantar. Saya balik sendiri." ujar Aisyah lalu mencapai handbegnya dan bajunya kemudian lekas keluar dari bilik itu.

NAMUN, Noah menahan Aisyah dengan mencapai tangannya. Aisyah terhenti. Noah terhenti. Masa seperti terhenti. Perlahan-lahan, Aisyah dapat rasa wajahnya bertukar merah padam. Begitu juga Noah.

Aisyah berpusing dan memandang tangan Noah yang kini memegang tangannya. Noah juga kelihatan tidak percaya dengan perbuatannya.

Mata Aisyah dan Noah bertatapan beberapa saat. Degupan jantung Aisyah semakin pantas. SANGAT pantas. Akhirnya Noah tersentak, sedar dan terus melepaskan tangan Aisyah.

"Err- saya- aku hantar kau. Jangan degil. Malam dah ni." kata Noah akhirnya. Perlahan-lahan topengnya pula beraksi semula.

Yes, the cold, serious, egoistic, smug and heartless Noah is back.

Aisyah mengeluh panjang. Kalau dia cakap lebih lagi, tentu dia akan kalah jugak. Confirm kalah.

Akhirnya, Aisyah menyusul langkah Noah. Keluar sahaja dari bilik itu, cahaya berunsur warna gold, putih dan peach yang sangat cantik terserlah di hadapan mata Aisyah. Masa dia dan Harith ke sini masa tu, mereka berdua pandang sepintas lalu je sebab nak cepat.

Tapi kali ni, Aisyah betul-betul terpesona. Yelah, Aisy, abangnya sangat gemarkan art. Sebab tu Aisyah pandai melukis dan even sangat pandai dalam bertukang.

Langkah Aisyah terhenti. Matanya mengimbas sekeliling. Noah perasan yang Aisyah tidak mengikutinya, kemudian berpaling, sedia memarahi Aisyah.

Namun, dia juga terhenti. Mata Aisyah bersinar dengan sinaran yang tidak dapat terungkap oleh perkataan. Sepertinya Aisyah sedang memandang benda yang paling dia suka, cinta dan minat dalam hidupnya. Kata-kata Noah semuanya tersekat di kerongkong.

Noah juga terpesona, terpesona dengan wanita itu.

Namun, dia takkan pernah mengaku. Setelah mendapat kesedaran semula, Noah memanggil Aisyah.

"Kau nak ke aku bawak tour rumah ni dulu sebelum kau balik? Kau macam minat je." tanya Noah kepada Aisyah. Serentak itu, Aisyah melompat riang dan terus tersenyum selebar mungkin.

"NAK NAK NAK!" jawab Aisyah dengan nada suara seperti budak 4 tahun yang dibawa ke kedai gula-gula.

Noah tidak dapat menahan senyumannya. Perlahan-lahan perisai, tembok dan topeng Noah mula pudar dan luluh dek kerana wanita di hadapannya itu.

Dan kali ini, dia tidak kisah.

The Syed's TwinWhere stories live. Discover now