𝓬𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 25

556 42 1
                                    


Aisyah melangkah keluar dari dewan kuliah dengan agak longlai. Dia pelajar terakhir yang keluar dari situ. Tadi, pembentangan telah berlangsung, Noah dan dia sahaja yang bentang berasingan.

Kebanyakan classmate fikir yang mereka berdua sengaja untuk dapatkan point yang lebih tinggi. Namun, sebaliknya memang jauh dari yang mereka fikirkan.

Sebaik sahaja Aisyah keluar dari dewan, bahunya dilanggar kuat oleh seseorang. Habis bahan-bahan pembentangannya jatuh. Dia mengaduh kesakitan. Dahlah time-time orang tengah brokenheart, ni tak pasal-pasal boleh jadi broken arm broken leg pulak kang.

"Sorry, ci- Eh?" kata lelaki yang melanggarnya itu. Mata Aisyah membulat serta-merta. Suara itu. ALAHAI.

"Kesian kau ni. Dahlah kena langgar takde orang nak kutipkan barang. Takde orang nak tolong kau bangun. Sedih hidup sebatang kara kan." ujar Iyad berupa sindiran. Kedengaran gelak tawa dari ahli Emperiors yang lain terutama ketawa Qhai.

Aisyah menggenggam penumbuknya. Dia mengutip satu persatu bahan pembentangannya. Disebabkan Noah bentang dahulu, semua barang pembentangan telah diserahkan kat dia. So, Aisyahlah yang bawak SEMUANYA.

"Aku ada tangan, ada kaki, cukup sifat. Alhamdulillah. Tak perlu pun pertolongan orang." kata Aisyah sambil mengutip barangannya. Kemudian, satu lagi suara membalas katanya. Dan kali ini, suara itu memecahkan hatinya.

"Baguslah tu, cuma kesian, sebab takde siapa boleh back up kau skang." sindir Harith, membuatkan ahli Emperiors ketawa lagi. Aisyah menghela nafas panjang. Harith menyepak bahan pembentangan Aisyah dan senyum sinis.

"Kutiplah cepat." sindir Harith. Aisyah memandang Harith penuh marah.

"Macam ni rupanya perangai kau, Harith. Menyesal aku anggap kau sebagai sorang abang dulu." tutur Aisyah geram.

Harith mendengus sinis.

"Kitorang pun menyesal angkat kau jadi adik dulu." balas Harith.

Selesai sahaja Aisyah mengutip barang, dia menyeluk poketnya.

"Ni, kunci apartmen aku yang kau belikan untuk aku. Kau ambiklah. Aku dah kemas semua barang dan pindah rumah. Aku tak nak ada kena mengena dengan kau lagi. Dan mulai hari ini, aku HARAMKAN korang untuk sebut nama abang aku. Korang tak layak. Jangan sesekali kaitkan nama Along untuk segala prank bodoh dan buli orang korang tu. Jangan libatkan dia." arah Aisyah lalu membaling kunci itu ke arah Harith yang terdiam.

Qhai dan yang lain juga kelihatan speechless.

Aisyah berjalan pergi dari situ dengan pantas.

***

Noah memerhatikan semuanya dari jauh. Sejujurnya, dia menahan dirinya dari membantu Aisyah. Dan dia hampir membantu Aisyah apabila si bodoh Harith menyepak salah satu barang Aisyah ke tempat yang lebih jauh.

Namun egonya lebih menggunung dan membayangi cintanya.

Noah mengerutkan dahinya melihatkan kejadian itu. Adakah ini satu lagi lakonan? Kenapa mereka bergaduh pulak? Bukankah plan mereka dah berjaya? Bukankah semuanya dah settle? Tapi kenapa mereka belum barbaik? Malah jadi makin teruk adalah.

Noah dibuai rasa curiga yang mendalam. Paling dia terkejut ialah masa Aisyah baling kunci dekat si Harith. Aisyah pindah mana pulak ni?

Noah menghela nafas panjang. Perluke dia kisah? Perluke dia rasa ingin tahu? Dia tak penting pun bagi Aisyah.

Noah mengeluh panjang dan berlalu pergi.

***

"Nass, terima kasih sudi tumpangkan aku kat rumah kau ni. Hujung bulan aku bayar kat kau ek." ujar Aisyah kepada wanita di hadapannya, Nur Nassrin, kawannya yang sama course.

Dia mula rapat dengan Nass sejak dia dan Emperiors mula renggang dan sejak bermulanya plan mereka. Tapi Nass ni agak special sikit. Dia takde henfon, dia tak nak ada henfon pun. Alah, yang telefon nokia bata tu memang taste dia tu. Kalau smartphone, Nass memang tolak mentah-mentah. Katanya melalaikan dan menganggu fokus. So dia memang agak bongok sikit soal-soal IT.

Tapi, Nass ni bijak budaknya. Dah takde henfonkan, memanglah dia membaca dan menuntut ilmu je kerjanya. Cantik dan sopan tapi boleh tahan kasar. Dari keluarga sederhana je tapi sangat humble dan suka tolong orang.

Dialah peneman Aisyah selain dari Noah. Tapi Nass ni memang busy belajar je kerjanya. Dia tak berminat soal-soal couple so Aisyah memang jarang cerita dengan dia soal dia dan Noah. Tapi kalau Aisyah ada masalah, Nass memang laju je menolong.

Ha, baik kan si Nass ni!

"Esh kau ni, takkanlah tu pun aku berkira. Member kot. Takpe, kau tu bukan bekerja pun, mana kau dapat duit banyak-banyak. Tak yah risau soal sewa. Selama ni elok je aku uruskan sorang." balas Nass pula.

"Kalau aku cari kerja? Kau sudi tak terima duit sewa dari aku?" desak Aisyah. Takkanlah dia nak menumpang rumah sewa orang free je kot. Dahlah menumpang, tak bayar pulak tu. Tak manislah rasanya.

"Ish yelah. Tapi kau janganlah paksa diri kau. Kalau kau ada duit bagilah mana yang kau mampu, kalau takde takpe. Kau ni pun, sejak bila kau suka bersedekah kat aku ni." balas Nass lagi.

"Yeay! Sayang Nass muah muah! Nanti aku cari kerja aku bayar tau. Kerja cleaner pun bolehlah." kata Aisyah teruja. Alhamdulillah, beruntung dia dapat kawan sebaik Nass.

"Eee tak payah nak bersayang dengan aku. Pi tidur." kata Nass. Aisyah ketawa kecil dan mengangguk.

"Tapi for real lah Nass, terima kasih ye. InshaAllah masa depan kalau kau perlukan pertolongan aku, kau cakap je. Aku akan tolong." kata Aisyah ikhlas.

Nass senyum.

"Iye Aisyah. Sama-sama." balas Nass.

Aisyah membalas senyumannya lalu masuk ke bilik selepas mengucapkan selamat malam kepada Nass.

The Syed's TwinWhere stories live. Discover now