𝓬𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 31

618 40 0
                                    


"Do I look okay?" tanya Aisyah kepada Noah yang sedang sibuk bermain telefon. Tanpa melihatnya, Noah mengangguk. Aisyah yang geram mencubit lelaki itu.

"AGAIN, DO I LOOK OKAY?" tanya Aisyah kali kedua. Usai mengaduh, Noah melihat Aisyah. Mulutnya terlopong luas, terkejut dengan transformasi gadis itu. 15 minit yang dia bazirkan untuk menunggu Aisyah rasanya berbaloi.

"Hei, tak payah terbukak sangat mulut tu. Ni saya tanya, okay ke tak?" ulang Aisyah lagi.

"Kalau dah orang tu speechless, okay lah tu Syah oi!" jerit Nass dari dalam rumah. Noah tersedar dan mengangguk laju.

"You look radiant. The stars are nothing compared to y-" belum sempat Noah menghabiskan ayatnya, Aisyah mencelah.

"Thank you. Jom, lambat kang." kata Aisyah lalu memasuki kereta Noah. Noah hanya tersenyum dan rolls eyes

Malulah tu si Nass dengar.

Noah masuk ke dalam kereta semula dan menghidupkan enjin, sedia untuk ke temat yang mereka ingin tuju.

"Dah ready nak jumpa ayah?" tanya Noah membuka perbualan. Aisyah hanya senyum.

"Ready. Doakan saya tau." kata Aisyah. Noah gelak.

"Alah, macamlah tak biasa jumpa ayah pulak awak ni." gurau Noah.

"Iye, tapi kali ni jumpa untuk lain acara pulak. Selalu jalan-jalan lepak je. Sekarang.. upgrade sikit." balas Aisyah.

"Aisyah, dah hampir setahun kita berdua kenal. Dah berapa lama dah awak kenal ayah. Kan kan." kata Noah lagi.

"10 bulan. Sukati dia je cakap setahun. Anniversary bila? Kalau salah siap ea." ugut Aisyah. Noah menelan air liur. Bencanalah jawabnya kalau salah ni.

"2 Jun." jawab Noah yakin.

"Pasti? Tak nak tukar jawapan?" ugut Aisyah dengan wajah garang mengalahkan mak kucing.

"Err.. ta-tak?" jawab Noah agak gentar.

"BETUL! Congrats sayang." kata Aisyah dengan senyuman lebar. Tanpa Aisyah sedar, Noah menghembus nafas paling lega seumur hidupnya.

Phew.

***

Aisyah dan Noah keluar dari kereta. Walaupun tidak begitu ketara, Noah perasan tangan Aisyah agak lemah dan dia juga kelihatan gementar.

Noah menarik lengan baju Aisyah lembut.

"You are a pretty, sweet, golden, strong and lovely young woman. All the characteristics that no one can say no to. So as my Ayah. Sayang, be real. Be you." ujar Noah sebagai kata-kata semangat. Aisyah memandang Noah penuh bangga, seperti melting pun ada.

"I am so in love with you. God damn it, you are more-ish eh?" kata Aisyah. Noah senyum lebar dan menjemput Aisyah masuk.

Selepas memberi salam dan disambut oleh Chik Yah, mereka berdua ke ruang tamu sementara Chik Yah memanggil Syed Nash di bilik bacaannya. Aisyah duduk dengan sopan dan sabar menunggu.

"Hey, if it isn't my son and his beautiful lady!" sapa Syed Nash dengan ramah. Noah menyalam ayahnya dan berpelukan sebentar. Kemudian, Aisyah turut menyalam Syed Nash. Setelah semua duduk, Chik Yah menghidangkan teh dan dijemput duduk bersama.

"Saya tahu saya belum lagi kenalkan Aisyah secara proper kat Ayah and Chik. So saya nak kenalkan dengan betullah. Ini, teman wanita saya, Fayyana Aisyah binti Farid. Kitorang dua dah berkawan sejak 10 bulan lepas, Yah, Chik." mula Noah.

"Chik tak sangka korang berdua ni berjodoh. Yelah, perempuan secantik Aisyah takkanlah takde boifren kan." ujar Chik Yah pula.

"Ish takdelah Chik. Chik lagi comel." kata Aisyah pula. Chik Yah ketawa.

"Ayah memang berkenan dengan Aisyah sejak hari pertama kamu bawa dia jumpa Ayah. Jadi, ayah takkan halang hubungan kamu berdua asalkan kamu berdua ada niat yang betul. Chik Yah pula?" ujar Syed Nash lalu menghirup tehnya.

"Chik memang setuju. Aisyah cantik orangnya, dan kuat emosi. Itu Chik puji." puji Chik Yah lagi. Noah memandang Aisyah penuh bangga.

"Chik, Uncle, saya tahu walaupun di mata Chik dan Uncle saya macam baik dan sempurna, saya sendiri ada kekurangan. Saya pernah sakitkan hati Noah dan tipu dia. Saya harap benda macam tu tak terjadi lagi. Saya minta maaf kalau saya ada sakitkan hati Chik dan Uncle pada masa yang sama." ujar Aisyah. Noah memandang wanita itu. Dia cukup bangga dengan Aisyah yang berani mempamerkan kekurangannya.

"Aisyah, yang lepas biarlah lepas. Tapi, ambiklah pengajaran yang baik untuk tak diulangi lagi ye nak." ujar Syed Nash.

"Betul tu Aisyah." setuju Chik Yah.

"Sebenarnya Noah bawak Aisyah kesini bukan untuk tu je." ujar Noah tiba-tiba. Aisyah memandang Noah keliru. Huh?

"Aisyah, saya tahu mereka macam keluarga awak dan awak rindukan mereka. Saya tahu mungkin sekarang bagi awak, bukan masa yang betul. Tapi bagi saya, kalau bukan sekarang, takde lagi masa yang paling tepat. Mereka layak untuk masuk campur hal tentang orang yang bakal ada dalam masa depan awak. So.. emm, come in guys." kata Noah panjang lebar.

Aisyah memandang ke arah ruang utama yang menampakkan gerangan Harith Zaeem dan Farhan Haqimie yang berjalan masuk. Chik Yah dan Syed Nash tersenyum sambil saling berpandangan. Kemudian, mereka berdua berlalu keluar. Memberi ruang untuk Aisyah dan yang lain berbincang. Ni mesti bersubahat dengan si Noah ni.

Aisyah yang kebingungan terus berdiri. Matanya memandang Noah dengan amarah.

"Aisyah, mereka minta maaf kat saya pagi tadi. Mereka quit dari Emperiors. Mereka dah sedar, dan dah taknak terlibat lagi dengan Qhai." cerita Noah.

Haq dan Harith masuk dan dijemput duduk. Aisyah yang maish berdiri memndang tajam kedua lelaki itu.

"Kenapa awak rasa saya boleh percayakan mereka Noah? Awak tahu apa yang mereka buat pada saya kan?" marah Aisyah.

"Saya percaya mereka. Saya rasa awak lebih kenal mereka dan boleh nilai sendiri mereka. Sayang, let it go." pujuk Noah. Harith dan Haq terus diam, mendengar backup Noah tentang mereka.

Aisyah menghela nafas panjang.

"Apa korang dua nak? Nak menipu lagi? Ni plan baru korang ke? Kalini korang nak buat apa ha? Nak runtuhkan AKU pulak?" sindir Aisyah.

"Aisyah, aku minta maaf. Aku bodoh, tapi aku dah sedar salah aku, Syah. Aku jahat kat kau, aku butakan mata dan khianati Aisy. Aku minta maaf Aisyah." ujar Harith.

"Aku pun. Aku tak patut buat camtu kat kau. Aku nak backup kau, tapi aku terlalu takut, yelah, kang takde siapa nak backup aku. Kau tahu kan aku macam mana. Aku sentiasa nakkan yang terbaik untuk kau." tambah Haq pula.

Aisyah mengeluh panjang dan menyeka air matanya. Mereka berdualah ahli Emperiors yang paling Aisyah percaya. Keduanya saling menjaga Aisyah tanpa fikir dua tiga kali. Aisyah tahu dia patut percayakan mereka.

"Apa bukti yang korang dah betul-betul keluar dari Emperiors?" tanya Aisyah.

"Aku takde bukti. Haq pun takde. Tapi terpulang untuk kau percaya. Aku sayang kau, Haq sayang kau. Kami cuma terpesong sebab kesetiaan melampau. Group yang dulunya dicipta untuk mengenng arwah Aisy dan berubah jadi Group yang ada prinsip tak berasas dan membuli orang tak bersalah. Aku sedar tu. Haq dah lama sedar tapi dia cuma takut untuk stand up je. Oh our little sister, we miss you so much." kata Harith panjang lebar.

Aisyah menyeka air matanya sekali lagi.

"I miss you guys too so much. WHY IS IT YOU GUYS TOOK SO LONG TO FIGURE IT OUT YOU BLANK HEAD!" ujar Aisyah sayu kemudian memukul kasar kedua lelaki bagai abangnya itu.

Noah tersenyum.

Haq dan Harith saling mengaduh kesakitan.

The Syed's TwinWhere stories live. Discover now