𝓬𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 35

628 43 1
                                    


"Wei Syah, teman aku pergi kafe tau nanti. Aku nak buat kerja sikit ni, tapi tak naklah sorang." ajak Nass. Aisyah mengangguk.

"Iyelah, aku teman. Dah jom jom." balas Aisyah pula.

Tiba-tiba seseorang menghalang laluan mereka berdua. Lelaki itu kelihatan agak tercungap-cungap. Nass dan Aisyah berhenti dan memandang lelaki tersebut.

"Nass.. tu-tunggu." ujar lelaki itu.

"Apa kau nak?" tanya Nass kasar. Sudah berapa kali dah dia reject laki ni, takkanlah sampai sekarang pun dia masih takde clue kot. Kemon la.

"Saya ada hadiah untuk awak." kata Riyadh Hadiff lalu menunjukkan apa yang dipegangnya di tangan. Kelihatan satu bungkusan yang dibalut dengan agak messy, jelas sekali ni semua kerja tangan Iyad sendiri. Tanpa sedar, Aisyah kagum dengan ketekunan Iyad.

Mungkin, MUNGKIN LAH, Iyad betul-betul dah jatuh cinta?

Nass ketawa dan senyum sinis, kemudian ingin melangkah pergi. Tanpa Nass sangka, tangannya ditarik oleh seseorang lantas memberhentikan pergerakannya. Nass ingatkan Iyad yang memegangnya dan sudah bersedia untuk menampar lelaki kurang ajar itu. Namun, apabila dia menoleh, tangan Aisyah yang memegangnya erat. Ternganga mulut Nass dibuatnya.

"Aisyah?" bisik Nass kasar, rasa dikhianati pun ada tau! Aisyah menarik Nass semula ke tempat asal dan berbisik kepada Nass.

"Aku dah cakap dengan mamat ni semalam. Dia setuju untuk tak kacau kau tapi BERSYARAT. So.. tahan jelah. Tak lama lagi pun mamat ni kacau kau." jelas Aisyah seringkas mungkin.

Nass memandang Aisyah terkejut.

"Syarat apa? Kau tak bagitahu aku pun!" bisik Nass kasar. Aisyah mengangkat kedua bahunya.

Nass pula menghela nafas panjang kemudian menoleh untuk memandang Iyad yang dari tadi memberi bungkusan tersebut.

"Kali ni apa? Bunga emas? Cincin permata? Jongkong emas? Atau.. kunci kereta?" sindir Nass. Iyad tersenyum kelat namun menggeleng kepalanya.

Aisyah menampar dahinya. Memang dah tahap benci dah si Nass ni kat Iyad.

Akhirnya, Nass menyambut bungkusan itu. Dia membelek beberapa kali dan akhirnya membuat keputusan untuk membukanya. Satu persatu balutan dibuka perlahan dan cermat. Aisyah tersenyum, mungkin Nass taklah benci sangat dengan Iyad ni.

Iyad pula semakin lama, wajahnya semakin pucat, nervous lah tu.

Akhirnya, bungkusan itu dibuka habis dan menampakkan sebuah buku notal tebal berwarna hitam yang sangat cantik. Nass terkesima.

Di muka depan buku itu, kelihatan beberapa lapisan kertas yang menandakan bintang dan juga tajuk buku itu.

'My Notebook' ditulis dalam bentuk kaligrafi yang kemas dan cantik. Nass memandang Iyad.

"Saya buat sendiri. Sumpah saya tak upah orang. Semalaman saya buat tu. Buku ni, dari muka depan, kertas di tengah sampailah kulit buku dan hiasan, saya sendiri yang lakar dan buat. Tapi itulah.. saya tak pandai sangat balut barang.. maaf kalau tak kemas sangat." terang Iyad dengan wajah yang ragu-ragu.

Yelah, reaksi Nass seperti marah pun ada.

"Ni.. nama aku.. kau buat sendiri semua ni?" tanya Nass. Tangannya mengusap lembut satu tulisan yang tertulis namanya. Namanya tertera kemas di bahagian bawah buku sebelah kanan. Apabila dia membukanya pula, hampir setiap muka surat ada sticky note yang dilekat dengan glue yang kuat tertulis kata-kata semangat dan quotes.

"Ya.. tapi kalau awak tak percaya, tak apa. Tapi saya janji, kali ni saya tak bohong." kata Iyad lagi.

Nass masih mengusap namanya lembut. Aisyah sendiri turut kagum. Inilah kali pertama dia lihat notebook self-made yang kualitinya setinggi ini. Tapi Aisyah faham, kalau kita dah betul-betul sukakan seseorang tu, benda yang kita susah nak buat boleh jadi sesenang makan kacang.

"Awak suka.. ke? Kalau awak tak suka tak apa, saya bol-" belum sempat Iyad menghabiskan ayatnya, Nass memotong. Walau mulutnya membentuk garis lurus, Aisyah dapat rasa dia tersenyum di dalam mindanya.

"Aku suka. Terima kasih, Yad." ujar Nass. Buku itu dipegang kemas, dan gerangan wanita itu terus melangkah pergi dengan pantas. Aisyah tersentak. Rupanya Nass tahu nama Iyad!

Selepas sahaja Nass habis bercakap dan berlalu pergi, mulut Riyadh Hadiff langsung tak dapat ditutup. Matanya bersinar ceria. Bibirnya membentuk senyuman. Aisyah tersenyum.

Aisyah berjalan ke arah Iyad dan menepuk bahu lelaki itu lembut.

"Aku nak satu jugak." katanya lalu berlari mengikuti arah yang Nass pergi. Iyad tersenyum.

First day, CHECK!

***

Nass dan Aisyah mengambil tempat duduk. Nass terus membuka laptopnya dan fokus memandang skrin. Aisyah pula memandang Nass dengan senyuman lebar. Nass menjeling Aisyah namun tidak menghiraukannya.

Selepas beberapa minit, Nass mencapai buku nota yang dihadiahkan kepadanya tadi lalu mencatat sesuatu.

"Amboi, buku baru. Siapa bagi?" tanya Aisyah.

"Kau ni memang nak cari pasal ke?" tanya Nass garang. Aisyah ketawa.

"Tengoklah tu Nass.. dia dah berusaha semalaman buat tu untuk kau. Kau still tak nak bagi dia peluang?" tanya Aisyah. Nass menggeleng.

"Kau ni side aku ke side dia ni? Aisyah, aku takkan terima dia. AKU TAK AKAN TERIMA DIA." balas Nass tekad. Aisyah tersenyum penuh makna.

"Yelah, sukati kau lah." balas Aisyah pula. Nass roll eyes.

Buku nota itu dipandangnya lama. Aisyah bingkas bangun untuk pergi ke tandas. Nass mengusap buku itu dan melihat namanya. Tanpa dia sedari, bibirnya membentuk senyuman.

***

Mata Iyad giat mencari bayangan Nass dan Aisyah. Setelah melihat kehadiran dua gerangan itu, Iyad segera berlari ke arah mereka.

"Nass, Aisyah!" sapanya dari jauh. Nass, yang cukup mengenali suara itu mengeluh panjang. Aisyah ketawa.

"Riyadh." sapa Nass semula. Aisyah pula hanya senyum.

"Hai." ujar Iyad. Aisyah roll eyes. Macamni ke cara tackle perempuan? Ya Allah Iyad, Iyad. Nass kelihatan hairan tapi tetap melayani karenah Iyad.

"Saya ada belikan coffee. Dan.. erm.. ada buat kek." ujar Iyad serupa berbisik. Aisyah dan Nass saling berpandangan. Seperti tidak percaya.

"Kek?" tanya Nass.

"Kek coklat." jawab Iyad.

"Kau beli kan?" tanya Aisyah pula.

Iyad menggeleng kepala. "Saya tahu saya dah banyak membazir wang beli yang macam-macam atas bermacam sebab. Nak menunjuklah, nak berbanggalah.. nak menguratlah.. Tapi saya tak nak jadi macam tu lagi. Saya nak berubah. So.. semua yang saya beri, semuanya tak guna duit yang melebih lebih." jelas Iyad. Nass mengangkat keningnya.

"Saya sedar, saya belum pernah kenalkan diri secara proper kat awak. Tak sopan langsung. Maaf, Nass. Jomlah kita duduk dulu, makan minum. Saya kenalkan diri, dan saya pun nak kenal awak. Secara proper." ujar Iyad dengan muka merah padam menahan malu. Aisyah senyum, dia begitu bangga dengan Iyad.

Entah kenapa, tiap perkataan yang Iyad lontarkan pada Nass terasa bagai kebenaran.

Tiba-tiba, telefon Aisyah berbunyi. Aisyah segera mengangkat telefonnya. Nass dan Iyad diam, memandang Aisyah untuk mengelak kekok. Setelah beberapa ketika, Aisyah mematikan talian.

"Noah call. I gotta go. Have fun guys!" ujar Aisyah lalu berlari pergi dari situ. Nass tidak terkata, tidak sempat menahannya.

Akhirnya, Nass dan Iyad ditinggalkan bersendirian. Nass menghela nafas panjang.

"Let's go sit at the bench near the tree." ajak Nass. Iyad tersenyum lebar.

Second day, CHECK!

The Syed's TwinWhere stories live. Discover now