𝓬𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 13

584 39 0
                                    


"We're here." ujar Noah kepada Aisyah. Aisyah perlahan-lahan bangun apabila dapat mengesan kereta itu berhenti.

"Are we? What time is it Qhai?" tanya Aisyah tanpa berfikir lagi. Disebabkan masih mamai, Aisyah hanya dapat memproses wajah Noah kepada wajah Qairil sahaja. Noah terus diam menyepi, terkesima.

"Qhai? Nev? Nev? Aku tanya nih." panggil Aisyah lagi sambil menggosok kedua-dua matanya. Noah masih diam, riak wajahnya memandang Aisyah dengan pandangan tidak percaya.

"Qairil?" panggil Aisyah lagi, hilang sabar.

"I'm Noah." ujar Noah dengan nada mendatar.

Mata Aisyah terbuka luas, segala kemamaiannya terus putus. Dia sedar sepenuhnya. Yang disebelahnya, bukan Syed Qairil Nevin, tapi SYED QAIRUL NOAH.

"Oh my God." ujar Aisyah ringkas.

"It's okay. Kau belum biasakan diri lagi." ujar Noah selepas meraih semula ketenangannya. Dia menguntum senyuman kelat. Aisyah menggeleng kepala beberapa kali.

"I am so sorry, Noah. Both of you, you guys are identical! I was- I"

"It's alright, Aisyah. He's my identical twin brother. It's normal if we're identical. Well, physically of course." tambah Noah pula, cuba menenangkan Aisyah yang kelihatan gusar dan serba salah.

"Noah.." sambung Aisyah.

"Aisyah. Go and get more sleep, girl. I'll see you next Monday. New semester, yes? Now get out girl, you are kinda smelly." balas Noah serupa usikan. Aisyah roll eyes.

Aisyah mengangguk kalah dan akhirnya keluar dari kereta itu. Dia memandang Noah buat kali terakhir kemudian terus berlari ke arah perkarangan apartmennya.

Noah melambainya. Aisyah tersenyum pendek.

***

Esok, ialah hari pertama Aisyah akan berjumpa dengan Qhai selepas sebulan tidak bersua dan bercakap. Yelah, tiap-tiap hujung bulan kan dia mesti melapor kat Qhai. Itu sebahagian plan. Namun, Aisyah agak nervous.

Entah kenapa, dia rasa dia macam tak nak datang je ke kafe yang Qhai dah atur. Aisyah menolak ideanya yang dirasakan tidak munasabah itu dan segera bersiap. Sejak beberapa hari yang lepas, dia dan Noah makin rapat. Meskipun tak berjumpa, setiap hari mereka balas whatsapp dan telegram.

Kerap kali Aisyah dan Noah membalas status dan igstory satu sama lain. Malahan, Noah pun beberapa kali minta maaf atas perangainya dan sikapnya sebelum ni sampaikan Aisyah rasa, yang misinya memang ada potensi.

Yes, memang patut Aisyah rasa happy sebab misinya hampir berjaya. Tapi, Aisyah rasa sebaliknya pulak. Sedih, sendu, kecewa dengan diri sendiri. Aisyah tak nak kecewakan Noah. Kalaulah Noah tahu perkara sebenar..

"Haih, overthinking dah aku.." bisik Aisyah sendirian kemudian sambung bersiap. Semakin lama dia berfikir, semakin stres dia dibuatnya. Baik dia cepat-cepat siap, cepat jumpa Qhai, cepat balik, cepat tidur.

Senang.

Ke?

***

Aisyah menghela nafas panjang kemudian berjalan ke arah restoran itu. Restoran ni nak masuk kena ada booking dulu. Memang private sebab setiap diner akan ada dining room sendiri. Sebab tu agaknya Qhai pilih tempat macam ni. Dia taknak dikesan.

Aisyah sampai ke pintu utama dan pelayan tersebut membawanya ke bilik 26 setelah Aisyah memberitahu namanya.

Sesampai sahaja di hadapan bilik itu, pangkah Aisyah terhenti. Pelayan itu sudah pun membuka pintu bilik itu. Dari jauh, Aisyah dapat melihat belakang badan seorang lelaki yang menghadap ke arah lain.

Jantung Aisyah berdegup kencang. Inilah saatnya.

Aisyah memasuki bilik itu. Pintu bilik 26 itu terus tertutup rapat. Lelaki yang sibuk bermain telefon itu menyedari kehadiran Aisyah dan bangun dari tempat duduknya, dan berpaling ke arah Aisyah.

"Aisyah." sapa Syed Qairil Nevin lembut.

Sama, tapi tak serupa. Bisik Aisyah dalam hati.

"Qhai.. sihat?" tanya Aisyah lalu berjalan ke arah kerusi di hadapan Qhai dan terus duduk.

"Sihat je. Aisyah?" tanya Qhai.

"Okey je." jawab Aisyah pula.

"So Syah, let's make it quick. I have meeting later this night with the Emperiors. What's up? Tell me everything, sister." tanya Qhai berminat.

Aisyah ragu-ragu sebentar kemudian membuka bicara. Satu persatu perkataan keluar dari mulutnya. Dari hari pertama dia bertemu dan bercakap dengan Noah, sehinggalah hubungan mereka yang terkini.

Perlahan-lahan senyuman Qhai semakin melebar. Bangga, teruja dan gembira.

"Good job, little sister. It's been only a month, and you did so well!" puji Qhai lalu menepuk lembut bahu Aisyah dengan penuh bangga. Aisyah membalas dengan senyuman kelat.

"Makanlah, it's on me." ajak Qhai dengan senyuman yang masih melekat di bibir.

"I miss you all." celah Aisyah tiba-tiba. Wajahnya ditundukkan. Memori hitam mula terimbas dalam benak fikirannya. Dia benar-benar perlukan Emperiors pada sesuatu masa namun mereka tiada.

Senyuman Qhai mula pudar. Wajahnya bertukar straight dan tenang.

"We miss you so very much, Aisyah. Harith, he keeps asking me about you every single day. Everyone in our colony, they miss you a lot. Darius, he always look at the pictures you are in. Haq, he keeps reading your old conversation. Iyad, well, he had 14 girlfriend in only 4 weeks. New record heh? Faid, he always take food's photo to send to you once everything is over. Me? I am not telling." luah Qhai panjang lebar.

Air mata Aisyah yang bergenang mula mengalir perlahan. Dia rindukan Emperiors. SANGAT rindukan Emperiors.

"Once everything is over, I promise you that I will give you anything you want. Attention, handbags, cars? Tell. I'll pay. No less to my little sister." janji Qhai.

"I need you guys and that's enough. Attention would be nice, thank you." jawab Aisyah lalu mengukir senyuman di wajah Qhai.

"Good job. Excellent." puji Qhai sekali lagi lalu bangun dari tempat duduknya.

"Balik ke?" tanya Aisyah.

"Yeppie. I can't wait to tell 'em." ujar Qhao teruja. Aisyah senyum kelat. Misinya memang berjalan lancar, tapi ada sesuatu yang tak kena. Tiba-tiba telefon Aisyah berbunyi menandakan mesej masuk.

"Who?" tanya Qhai lalu mengangkat keningnya.

"Noah." jawab Aisyah ringkas.

"Brilliant! Sambung chat, sambung. Aku balik dulu. Bye! See ya next month. I hope to hear better news, yes? Goodluck sis!" ujar Qhai lalu berjalan keluar dengan pantas.

Aisyah menggenggam telefonnya erat. Serba salah. Namun, dia tetap membalas chat Noah dengan keceriaan yang sama, dengan cerita yang berbeza.

Misi, plan dan dendam, semuanya hilang dan dibuang ketepi. Sekarang, hanya Syed Qairul Noah ada dalam benak fikiran Fayyana Aisyah.

Dan keduanya tahu, ini sesuatu yang sangat buruk, buat Aisyah, buat Noah, dan buat Emperiors.

The Syed's TwinWhere stories live. Discover now