PROLOG

445 24 5
                                    

Seorang lelaki bersandar pada dinding bangunan di sebuah lorong yang terletak di kawasan perumahan. Dia melihat ke arah mangsanya yang berada di atas tanah. Mangsanya itu berada dalam kesakitan selepas ditembak pada  perut bahagian kanan.

"Beritahu aku. Dekat mana kau sorok benda tu?" Dia mengacukan pistol ke arah mangsanya menggunakan tangan kirinya. Manakala, tangan kanannya memegang bahu tangan kirinya yang sudah tercedera akibat ditembak oleh mangsa yang berada di hadapannya ketika mereka berlawan tadi.

"Aku tak akan beritahu kau. Kau pembelot." Ujarnya dalam kesakitan lalu terbatuk.

"Tch! Kalau macam tu. Lebih baik kau mati je." Dia kelihatan sangat marah.

Lelaki itu senyum lalu berkata. "Deorang akan tahu pasal kau tak lama lagi. Kau juga akan dihukum."

"Kau maksudkan, Najmi ke? Aku dah habiskan dia sebelum aku datang cari kau tadi. Dia dengan kereta dia dah terbakar lepas terjung gaung dalam hutan. Sekarang giliran kau pula." Tembakan dilepaskan ke arah kepala mangsanya itu.

*

Tiga orang remaja dari sekolah menengah sedang mencari kayu api dan air di dalam sebuah hutan. Hutan ini merupakan sebuah hutan yang dipilih untuk aktiviti berkhemah bagi para pengawas sekolah menengah.

"Syah, aku dah siap kumpul kayu. Kau dah siap ke?" Tanya seorang remaja berusia 15 tahun kepada rakannya yang berada di bawah pokok tualang.

Syah melihat ke arah rakannya yang berada di belakang. "Dah. Aku jumpa buah-buah sekali." Katanya sambil mengunyah buah hutan yang kelihatan agak pelik bagi rakannya itu.

Dia menghampiri Syah yang berusia 17 tahun. "Buah apa yang kau makan tu?"

"Entah. Tapi buah ni boleh makan. Sebab aku pernah makan dekat rumah nenek dulu. Pakcik aku cari dalam hutan. Sedap. Nak?" Dia menghulurkan buah tampoi kepada rakannya.

"Errr... Tak apalah. Aku risau tak sesuai dengan perut aku." Dia cuba menolak dengan cara yang baik.

"Okay. Aniq. Kau ada nampak Dhiya tak? Dari tadi lagi dia pergi cari air. Nak pergi sorang-sorang pula tu." Katanya lalu sambung makan buah tadi.

"Betul juga. Jom la kita cari dia. Risau dia sesat je nanti."

"Jom." Syah mengangkat sebatang kayu yang besar ke atas bahunya selepas dia membuang kulit buah tadi ke atas tanah.

"Wei. Apa hal besar sangat kayu api kau angkut?" Soal Aniq yang kelihatan terkejut melihat kayu tersebut.

"Aku tak cari kayu api. Aku cari kayu untuk duduk dekat tepi api nanti." Jawabnya.

Aniq mengeluh lepas dia menepuk dahinya menggunakan tangan kanan. Tangan kirinya pula sedang memegang seikat kayu api di atas bahunya. "Suka hati kau la."

Pada masa yang sama, seorang gadis terlihat ke arah asap yang terletak tidak jauh dari situ. Dia berasa ingin tahu lalu dia menuju ke arah asap tersebut bersama-sama satu baldi air pada tangan kanannya. Kemudian, dia terlihat seorang lelaki sedang baring di bawah sebatang pokok. Dia menghampiri lelaki tersebut.

"Pakcik. Pakcik okay ke?" Dia duduk melutut di sebelah kanan lelaki tersebut.

Lelaki itu batuk sambil memegang berut pada bahagian kanan. Dia senyum dan berkata. "Pakcik dah tak lama dapat lihat dunia ni lagi."

"Pakcik, bertahanlah. Saya panggilkan cikgu saya."

Lelaki itu menarik tangan gadis tersebut sebelum gadis itu sempat berdiri. "Pakcik ada permintaan."

"Permintaan apa? Saya akan tolong kalau saya boleh tolong." Katanya dengan bersungguh-sungguh.

"Dhiya!"

Gadis itu segera melihat ke arah suara dua orang remaja lelaki yang memanggil namanya. Mereka berdua berlari ke arah gadis itu bersama-sama bayu-kayan yang berada di atas bahu mereka.

"Aniq. Abang Syah."

"Dhiya tak apa-apa?" Soal Syah seraya meletakkan sebatang kayu di atas tanah. Dia melihat pula ke arah lelaki yang berada di hadapan Dhiya.

Lelaki itu mengeluarkan sesuatu dari poket kanannya lalu dia menyerahkan sesuatu itu kepada Dhiya. "Tolong serahkan benda ni kepada ... -rin."

"Rin?" Soal Dhiya yang melihat ke arah lelaki itu. Lelaki itu sudah tidak bernyawa lagi.

Aniq melihat lelaki itu dengan pandangan yang serius. "Bukan Rin tapi seseorang yang ada nama 'rin' dekat bekalang."

Dhiya melihat benda yang diserahkan kepadanya itu. "Kotak apa ni?"

A.K.U : EAX0011Where stories live. Discover now