BAB 29

154 15 2
                                    

Dua hari telah berlalu selepas kejadian di hadapan rumah Khairi. Khairi juga sudah sedarkan diri pada hari kedua selepas pembedahan untuk mengeluarkan peluru pada dada kanannya. Di bernasib baik kerana peluru tersebut tidak terkena pada organ dalamannya. Kesuma pula tinggal di rumah Dhiya dengan kawalan keselamatan yang diuruskan oleh Bray selepas Fazrin memberitahu hal tersebut. Fazrin tidak membenarkan Kesuma tinggal di rumah itu kerana bimbang musuh mereka datang ke rumah itu lagi. Aniq dan Syah juga ada melawat Kesuma di rumah Dhiya.

Kesuma sering meluangkan masa di hospital untuk menjaga abang sulungnya sejak hari kejadian itu. Dia sering berdoa supaya abang-abangnya selamat walaupun dia tidak tahu keadaan Jamil.

Khairi memegang tangan Kesuma yang berada di sisi kanannya. "Jamil mana?"

"Abang Jamil belum ditemui. Bos abang dengan polis masih mencari Abang Jamil. Secret GUARD dan Justice- Personal Detective Agency pun tolong cari sekali." Beritahunya kepada abangnya.

"Kalaulah abang sempat mengelak masa tu. Joker mesti tak bawa lari Jamil. Semua ni salah abang." Khairi kelihatan tertekan.

"Abang. Jangan stress. Nanti luka tu sakit pula." Kesuma memberi nasihat lalu cuba menenangkan abangnya itu.

"Abang. Betul ke Abang Jamil bersekongkol dengan orang yang dah culik Syah dan Abang Jamil hari tu?" Soalnya yang kelihatan sedih.

"Apa maksud Kesuma?" Dia sebenarnya cuba merahsiakan hal ini daripada adiknya.

"Ada orang beritahu Kesuma. Kesuma tak kenal. Tapi orang kata dia kenal abang. Dia beritahu Kesuma masa Kesuma balik rumah untuk ambil barang hari tu. Dia ada dalam bilik Kesuma. Masa tu Pakcik Syam dan Syah ada dekat luar rumah. Sekarang ni, Kesuma tinggal di rumah Pakcik Badri. Sebilik dengan Dhiya. Rumah tu ada bodyguard. Abang jangan risau." Jelasnya.

"Bukan Tuan Fazrin yang beritahu?"

"Bukan. Kesuma kenal En. Fazrin. Sebab dia jumpa Kesuma dengan Inspektor Hafizul hari tu. En. Fazrin yang selesaikan pembayaran kos perubatan abang."

Wajah Khairi mula kehairanan. "Macam mana maklumat tu boleh lepas kepada orang lain? Tak ada orang yang tahu pasal Jamil selain aku. Laporan tu hanya ada pada Tuan Fazrin." Fikirnya.

"Nanti Abang Jamil kena tangkap dengan polis ke?"

"Umm... Ya. Sebab bersubahat. Tapi Jamil kata dia terpaksa sebab Joker ugut dia. Kalau dia tak ikut. Joker akan hancurkan keluarga kita. Tapi Jamil tak patut diam diri macam tu je. Kalau abang tak siasat kes ni. Abang tak akan tahu siapa musuh sebenar abang." Tegasnya dalam pertuturannya.

"Jadi, apa hukuman Abang Jamil akan terima nanti?" Kesuma sudah mula menangis.

Dia melihat adiknya itu dengan perasaan sedih. "Biar mahkamah yang tentukan hukumannya. Undang-undang tetap undang-undang."

*

Jamil berbaring lemah di atas katil selepas Joker memaksanya memuaskan nafsu songsang selama hampir sejam dalam keadaan kaki dan tangannya diikat. Ini menandakan Joker tidak mahu lagi melepaskan Jamil keluar dari bilik tersebut. Luka-luka sebatan dua hari lepas pada tubuh jamil kelihatan masih merah.

"Hari ni aku ada kerja. Kau jangan cuba lari dari rumah aku. Kalau kau lari. Aku bunuh adik kau." Joker masih lagi menggunakan cara ugutan untuk membuatkan Jamil setia dengannya.

"Abang kau tu mesti dah mati. Kau tak payah takut lagi dengand dia. Aku ada untuk jaga kau." Ujarnya sebelum masuk ke dalam bilik mandi.

Jamil menangis. Namun, tiada apa-apa masalah dapat diselesaikan dengan cara menangis. "Abang. Maafkan Jamil."

A.K.U : EAX0011Where stories live. Discover now