BAB 26

152 13 2
                                    

Syah duduk termenung di hadapan sebuah televisyen walaupun matanya sedang menonton siaran drama Melayu pada ketika ini. Namun, mindanya masih berada pada masa silam yang telah menghantui mimpinya sejak malam tadi.

"Papa tak tahu hal ni. Aku tak boleh mengadu dekat papa. Papa Garang dah pesan. Jangan beritahu papa pasal aku dah bunuh orang sebab aku terlalu takut. Aku takut mati dibunuh. Sebab tu aku bunuh mereka sebelum mereka bunuh aku. Aku tak salah, kan?" Monolognya.

Syah merapatkan kepalanya pada lutut. Dia masih berasa takut terhadap perbuatannya sebelum ini kerana itu merupakan kali pertama dia memegang pistol sebenar dan membunuh orang.

Pintu rumah dibuka selepas memberi salam. Syah melihat ke arah bapanya yang menutup dan mengunci pintu rumah tersebut. "Awalnya papa balik."

RaSIS berjalan ke arah meja ruang tamu lalu meletakkan tiga plastik berisi makanan yang dibeli dari KFC. "Aku baru je nak pergi kerja tadi. Tiba-tiba ada makhluk ni dah tak sabar nak mampus. Terpaksalah skip kerja hari ni. Lepas tu pergi KFC. Jom la makan sekali. Rasa banyak pula aku beli." Dia duduk di atas sofa di sebelah kanan Syah.

"Banyaknya. Dah lama tak makan. Terima kasih, papa." Ucap Syah kepada bapanya.

"Kau okay ke? Mata merah. Menangis?" Soal RaSIS sambil mengeluarkan kotak makanan KFC dari dalam plastik lalu diletakkan di hadapan Syah.

"Umm... Malam tadi Syah mimpi Syah bunuh orang macam hari semalam. Syah rasa takut. Tapi Syah tak salah, kan?"

RaSIS membuka kotak makanan yang berada di hadapannya. Kotak itu masih berada di dalam plastik. "Bukan salah Syah. Syah cuba pertahankan diri." Ini hanya alasan untuk tenangkan Syah walhal dia tahu tentang undang-undang negara dan hukuman membunuh.

"Betul?"

RaSIS berdiri dari sofa. "Ya. Yang penting. Jangan beritahu polis. Jadi leceh. Aku paling tak suka disoal siasat. Tapi aku suka menyoal siasat."

"Okay. Ini jadi rahsia kita, kan?" Soal Syah untuk mendapatkan kepastian.

"Ya. Jangan beritahu sesiapa. Jangan beritahu perkara kau dah buat dalam rumah tu. Safuan pun akan diam juga. Kalau hal ni terbongkar. Kau tak akan boleh lari dari laws. Lagipun, hukum bunuh ialah dibunuh. Tapi lepas berbicaraan mahkamah. Leceh. Kalau diam, lagi senang."

"Tapi kalau tak ada laws macam tu. Negera tak aman. Ada saja pembunuhan merata-rata." Kata Syah walaupun dia berasa takut terhadap hukuman kepada pembunuh.

"Betul kata kau. Tapi aku tak akan membunuh kalau tak ada orang ganggu aku, keluarga aku dan kawan-kawan aku. Untuk kau pula. Cukup sekali je. Syam akan kecewa kalau dia tahu perbuatan kau. Sebab dia lebih memikirkan laws and future berbanding membunuh orang. Dia juga pernah cuma membunuh diri untuk lari daripada realiti, dia seorang pembunuh. Tapi dia berfikir lagi. Kalau bukan dia yang jaga keluarga. Siapa nak jaga keluarga dia. Terutama musuh-musuh bapanya yang dia sendiri tidak pasti sama ada mereka wujud atau tidak." Jelas RaSIS sebelum berjalan ke arah kawasan dapur.

Syam terdiam. Dia masih memikirkan hal tersebut. Kepalanya terasa sakit kerana tertekan. "Jadi, aku akan dihukum mati?" Soalnya kepada diri sendiri.

*

Jamil bersandar pada kerusi. Dia baru sahaja selesai menanda kertas-kertas ujian Biologi tingkatan lima dan Sains tingkatan tiga. Tidak lama selepas itu, telefon pintar milik Jamil berdering menandakan ada panggilan masuk.

Jamil segera mengambil telefon tersebut di atas meja yang terletak bertentangan dengannya dan menjawab panggilan itu. "Hello?" Suaranya kedengaran dingin.

A.K.U : EAX0011Where stories live. Discover now