BAB 10

171 20 15
                                    

Bray duduk di atas sebuah sofa di ruang tamu sambil melihat ke arah 10 orang pengawal peribadi berkot hitam yang lengkap bersenjata api di sebalik kot masing-masing. Bray melemparkan pandangan serius ke arah mereka. Suasana di dalam rumah tersebut terasa bahang tatkala 'Tuan Badri' sedang marah.

Pintu rumah dibuka oleh seseorang selepas mengetuk dan memberi salam. Syam, Safuan, Syah dan Aniq masuk ke dalam rumah mewah itu. Masing-masing menuju ke arah ruang tamu dan duduk di atas sofa menghadap ke arah 10 orang pengawal peribadi yang merupakan ahli GUARD.

"Kalian tahu tujuan perjumpan ni?" Soal Bray sebagai pembuka bicara.

"Tak tahu, tuan!" Sahut mereka serentak.

Bray berdiri seraya mengeluarkan pistol dari sebalik kot hitam yang dipakainya untuk pergi ke pejabat pada pagi tadi. Breech block ditarik ke belakang dengan pandangan yang serius. "Hari ni. Satu kes penculikan mungkin akan berlaku jika Aniq dan Syah tak bertindak untuk lindungi Dhiya. Soalan pertama. Siapa beri uniform lengkap korang dekat penculik tu? Mustahil arwah Yunus sebab dia ditembak dengan kot dia. Siapa dia antara kalian 'pembelot'? Lebih balik mengaku sekarang sebelum aku selesaikan satu persatu dalam rumah ni." Tegas Bray lalu menghalakan muncung pistol ke arah mereka secara rawak."

Mereka kelihatan gemuruh kerana ketakutan. Mereka menghadapkan pengakuan seseorang demi keselamatan nyawa mereka sendiri. "Siapa pembelot?" Soal hati masing-masing.

"Korang diberi masa 10 saat untuk serah diri." Kata Safuan selaku ketua dalam pasukan tersebut.

Safuan berdiri dari sofa dan berjalan ke arah mereka. Dua pucuk pistol dikeluarkan dari sebalik jaket kulit berwarna hitam. Kedua-dua breech block ditarik ke belakang dan dipegang pada sisi. Bray menurunkan pistolnya ke sisi.

"Macam dalam drama." Syah berbisik kepada Aniq yang berada di sebelah kanannya.

"Shhhh!" Balas Aniq.

"Satu."

Syah dan Aniq melihat ke arah Syam yang pejam mata sambil bersandar pada sofa. "Siapa tu?" Fikir mereka yang melihat Syam dengan penuh curiga.

"2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9..."

Syam membuka mata dan berdiri. Sebilah pisau lipat dikeluarkan dari dalam poket seluar jean pada sisi kanan. Dia berjalan ke arah Safuan dan berdiri di sebelah kiri sahabatnya itu. "Sepuluh."

"RaSIS." Masing-masing terkejut terhadap kemunculan alter Syam yang bernama RaSIS.

"Agak-agak mata siapa yang bertuah hari ni." Kata RaSIS dengan senyuman penuh helah.

10 orang ahli GUARD yang berada di hadapannya itu masih lagi berdiam diri. "Siapa pembelot. Cepatlah mengaku. Aku tak nak mati dibunuh dengan kejam oleh Tuan RaSIS." Bicara hati masing-masing.

"Okay. Ready for punishment." Kata RaSIS dengan penuh ketegasan.

"Tanggal semua pakaian dan pergi berjemur tengah panas sampai malam. Kalau tak nak mengaku juga. Aku sunat sorang-sorang. Biar tak jadi pondan." RaSIS tersengih-sengih.

Bray tepuk dahi. Safuan mengeluh. Aniq dan Syah pula sedang menahan ketawa. 10 orang ahli GUARD di hadapan mereka pula semakin kelihatan ketakutan. Wajah mereka berpeluh-peluh.

"Aku serius." Tegas RaSIS.

*

Tiga jam kemudian. 10 orang ahli GUARD yang bekerja sebagai pengawal peribadi keluarga Bray sedang didenda oleh RaSIS di padang belakang rumah mewah tersebut. Mereka hanya memakai seluar atau boxer sahaja. Wajah masing-masing kelihatan kemerah-merahan akibat cuaca panas.

A.K.U : EAX0011Where stories live. Discover now