BAB 46

210 21 13
                                    

Erzen merebahkan dirinya di atas katil selepas selesai solat Mahgrib. Misi untuk menangkap ahli-ahli White Fang telah berjaya dilakukan dengan kerjasama semua pihak yang terlibat. Urusan selebihnya dia serahkan kepada pihak polis. Wing Spy Agency pula perlu menghadiri kenduri arwah Fazrin. Begitu juga dengan Bray sekeluarga yang mempunyai hubungan persaudaraan dengan Fazrin. Inspektor Hafizul, Adam, Safuan dan beberapa orang ahli pasukan Safuan pula masih dalam misi untuk menguruskan saki-baki ahli White Fang. Hamzah pula setiasa bersama-sama dengan keluarga Bray untuk melindungi keluarga tersebut daripada ancaman pembunuh upahan Dato' Latif. Manakala, Izwan sedang mengemas barang-barang untuk pulang ke England pada hari esok.

"Erzen. Makan malam dah siap. Jomlah makan." Panggil Enes yang baru sahaja masuk ke dalam bilik ini.

Erzen berasa malas untuk bergerak. Dia mengabaikan Enes lalu memejamkan matanya. Enes pula menghampiri Erzen. Rambut Erzen diusap.

"Penat sangat ke? Rehatlah kalau penat sangat. Kalau nak makan. Ada makanan dalam tudung saji." Kata Enes sebelum mengalihkan tangannya dari kepala suaminya itu.

Erzen menarik tangan kanan Enes lalu menarik Enes sehingga jatuh ke atas dadanya. Enes terpinga-pinga terhadap tindakan Erzen kepada dirinya.

"Erzen. Kenapa ni?" Soal Enes kepada suaminya.

Erzen memeluk Enes. "Jangan gerak."

"Eh? Kenapa?"

Erzen membuka matanya sebelum menjawab soalan tersebut. "Sebab aku rindu kau. Dah lama tak jumpa kau. Kau tak rindu aku?"

"Umm... Rin-du la juga." Serba salah untuk dia mengungkapkan perkataan 'rindu' itu kepada Erzen.

"Teman aku sampai aku tidur."

"Eh? Teman kau? Tak pernah-pernah pula kau ajak aku teman kau. Biasanya kau..."

Tiba-tiba, bibir Enes dikucup. Enes terdiam kerana terkejut. Pelukan Erzen semakin erat.

"Erzen. Kau kenapa?" Soal Enes selepas bibirnya dilepaskan. Wajahnya berubah menjadi risau.

Erzen gelangg kepala perlahan-lahan. "Tak ada apa. Cuma terasa nak peluk kau malam ni." Dia senyum kepala Enes.

"Kau... Kau nak tinggalkan aku ke?" Soal Enes. Air matanya tiba-tiba sahaja mengalir dan menitis di atas pipi Erzen.

Erzen tidak menjawab. Dia hanya memeluk Enes dan pejamkan matanya.

"Erzen. Jawablah. Kau nak tinggalkan aku ke?"

"Kalau ya. Kenapa? Lagi pun, tugas aku dah selesai. RaSIS dan Aron masih ada untuk jaga keluarga ni. Aku dah tak ada apa-apa yang boleh aku bantu. Pedang aku pun dah tak ada. Tak ada sebab untuk aku berada di sini lagi. Kau pun dah bahagia dengan Syam. Aku tak nak ganggu. Aku selalu menyusahkan kau. Aku minta maaf." Jawabnya dengan senyuman yang dipaksa-saksa walhal dia juga berasa sedih.

Enes memeluk suaminya. "Aku maafkan kau. Aku tak boleh buat apa-apa kalau itu keputusan kau."

Erzen ketawa kecil. "Janganlah menangis. Syam hidup lagi. Kirimkan salam aku kepada Syah dan semua orang."

"Tak. Kau kena buat sendiri. Esok kita balik rumah papa." Tegas Enes.

"Esok... Sorry. Aku tak boleh. Esok mesti sibuk."

"Kalau macam tu. Kita makan sama-sama. Syah mesti marah kalau kau pergi tanpa jumpa dia." Cadang Enes sambil mengesat air mata pada dada baju suaminya.

"Haih. Ya la. Jom kita pergi makan. Kali terakhir untuk aku rasa masakan kau." Erzen duduk di atas katil setelah Enes berganjak ke tepi.

*

A.K.U : EAX0011Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin