BAB 43

149 14 0
                                    

Arsyad kelihatan tidak berpuas hati selepas menerima panggilan daripada orang bawahannya kerana penembak tepat yang dihantar untuk membunuh Bray telah mati dibunuh. Wallet dan ID milik penembak tepat itu juga telah dirampas. Tiada sebarang maklumat tentang si pembunuh itu.

"Tak guna. Aku baru fikir nak ambil kotak tu malam ni sebab aki baru dapat maklumat kedudukan kotak tu. Tapi... Heh, maksudnya... Aku terpaksa buru Inspetor Hafizul untuk dapatkan kotak tu." Ujarnya sambil berdiri dari kerusi.

Telefon pintar dicapai di atas meja. Dia menelefon seseorang lalu berkata. "Kotak EAX0011 ada pada Inspektor Hafizul. Buru dia dan dapatkan kotak tu. Kalau tak ada pada dia. Dapatkan maklumat. Lepas tu, bunuh dia."

"Okay."

Arsyad keluar dari bilik kerjanya bersama-sama dengan sebuah fail berwarna hitam selepas panggilan ditamatkan. Destinasinya ialah bilik kerja Fazrin di sebelah kanan bilik kerjanya.

*

"Assalammualaikum? Inspektor Hafizul mana?" Soal RaSIS kepada seorang anggota polis yang berada di meja aduan.

"Baru je keluar. Tadi Inspektor Hafizul hantar seorang budak bernama Aniq." Jelas anggota polis yanh bertugas di meja aduan tersebut.

"Aniq? Apa hal dia datang sini? Dia sepatutnya balik dengan Master." Soal RaSIS kepada polis tersebut.

"Err... Dia terlibat dalam kes rompakan. Kebetulan kes tu berlaku masa dia datang kedai tu. Jadi, dia guna pistol perompak tu untuk halang perompak satu lagi menyerang kawan dia. Tapi dia ditahan sebab tak ada lesen senjata."

"Siapa yang tahan dia?" RaSIS merenung mata polis yang berada di hadapannya itu dengan pandangan yang serius.

"En. Yusuf. Tapi Inspektor Hafizul dah lepaskan. Atas alasan untuk selamatkan nyawa dan kecemasan. Lagi pun, En. Yusuf tu masih baru dalam pasukan polis. Itu sebab dia tegas atas kesalahan guna senjata tanpa lesen." Jelasnya dengan tenang walaupun terasa mahu alihkan pandangannya ke arah lain.

"Okay. Dimaafkan." Katanya sebelum dia mencapai telefon pintar dari dalam poket seluar dan menelefon Inspektor Hafizul.

"Dia tak angkat call. Apa dah berlaku?" RaSIS terus mencuba untuk berhubung dengan Inspektor Hafizul tetapi Inspektor Hafizul tidak menjawab panggilan.

RaSIS mengalih pandangannya ke arah polis tadi. "Dekat mana rumah Inspektor Hafizul?"

"Err..."

"En. Razman ada tak?" Soalnya lagi merujuk kepada seorang lagi anggota polis yang terlibat dalam mesyuarat pada pagi tadi.

"Ada. Sekejep saya call."

*

Langkah Yusuf terhenti tatkala dia melihat wajah RaSIS berada di dalam balai polis tersebut bersama-sama dengan seorang lelaki berjaket kulit berwarna hitam. Dia memerhati lelaki tersebut. Lelaki itu tiba-tiba sahaja melihat ke arah Yusuf. Yusuf senyum janggal. Lelaki itu membalas senyumannya.

Tidak lama selepas itu, Razman berjalan berselisihan dengan Yusuf. Dia menuju ke arah meja aduan. RaSIS melihat ke arah Razman dan terlihat ke arah Yusuf. Yusuf berasa seram sejuk tatkala dia teringat kejadian pada malam tersebut.

"Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Soal Razman kepada RaSIS.

"Kotak tu ada pada siapa?" Soalan pertama daripada RaSIS kepada Razman.

"Ada ASP Salim. Inspektor Hafizul minta ASP Salim simpan kotak tu." Jawabnya.

RaSIS mengeluarkan ID polis dan wallet milik penembak tepat tersebut. Kedua-dua barang itu diserahkan kepada Razman sebelum dia mengeluarkan telefon pintar. Ikon galeri ditekan selepas menekan butang kuasa dan menyeret kekunci skrin ke kanan.

A.K.U : EAX0011Where stories live. Discover now