BAB 23

155 11 2
                                    

Jamil terus menuju ke arah kelas tiga Amanah selepas dia selesai mengajar di kelas lima Amanah. Mulai hari ini, Jamil akan mengajar di dalam kelas tiga Amanah sebagai guru subjek Sains bagi menggantikan guru Sains yang mengambil cuti bersalin.

Jamil masuk ke dalam kelas tiga Amanah bersama-sama kertas ujian sains dan sebuah buku Biologi. Langkahnya terus ke arah meja guru sambil memberi salam kepada para pelajar di dalam kelas tersebut. Salamnya dijawab oleh mereka.

"Mulai hari ni. Saya, Cikgu Jamil akan mengajar kalian subjek Sains sementara Cikgu Mimi cuti bersalin. Test ni daripada Cikgu Mimi. Good luck." Beritahunya sebelum dia mengedar kertas-kertas ujian tersebut.

*

Jamil memerhati Aniq dan Dhiya sejak awal dia masuk ke dalam kelas tiga Amanah. Mereka berdua duduk bersebelahan dan kelihatan serius menjawab ujian tersebut. Sejam setengah berlalu dengan pantas. Namun, masa itu masih tidak mencukupi untuk Jamil memikirkan cara-cara menculik mereka berdua tanpa melibatkan Bray dan Safuan.

Loceng waktu rehat telah berbunyi. "Buat semakan terakhir sebelum hantar. Pass kertas ujian ke hadapan. Orang depan, hantar kepada saya." Arahnya kepada para pelajar.

Para pelaja menuruti arahan tersebut. Mereka melakukannya dengan pantas kerana mereka tidak sabar-sabar untuk makan. Mungkin terlalu kelaparan. Aniq dan Dhiya pula menyusun kertas ujian dengan tenang. Mereka berdua tidak terkejar-kejar seperti pelajar lain. Aniq berdiri dari kerusi dan menuju ke arah meja guru diikuti oleh Dhiya. Mereka meletakkan kertas-kertas ujian tersebut di atas meja.

"Nak saya tolong susunkan kertas-kertas lain? Kasihan, Cikgu Jamil. Deorang ni tak patut letak berselerak macam tu." Kata Dhiya ketika dia melihat Jamil sedang menyusun kertas-kertas ujian yang sudah berada di atas meja sebelum mereka berdua menghantar kertas ujian pada tangan mereka.

"Terima kasih." Ucap Jamil lalu meletakkan kertas-kertas tersebut ke atas meja. Dia berdiri dari kerusi dan berjalan ke arah papan putih untuk memadam perkataan-perkataan yang dituliskan sebagai panduan kepada para pelajar sebelum mereka menjawab ujian tadi.

Aniq dan Dhiya menyusun kertas-kertas ujian. Jamil memasang telinga untuk mendengar perbualan mereka pada masa itu. Mereka berdua sedang berbual tentang soalan-soalan ujian tadi.

"Assalammualai... kum... Eh? Sorry. Ada cikgu rupanya." Syah berasa segan apabila terlihat Jamil di dalam kelas tersebut kerana dia telah berlari dan terjun dari tangga terus ke hadapan pintu kelas tiga Amanah sambil memberi salam. Dia sempat berhenti sebelum terlanggar pintu kelas.

"Waalaikummusalam." Jawab Jamil.

Aniq dan Dhiya pula ketawa selepas menjawab salam tersebut. Mereka ketawa kerana sikap kanak-kanak riang yang berada dalam diri Syah.

Syah masuk ke dalam kelas tersebut. "Cikgu Jamil ajar kelas ni ke?" Dia duduk di atas sebuah meja bertentangan dengan Jamil berada.

"Ya. Baru hari ni mula. Ganti Cikgu Mimi. Cikgu Mimi cuti bersalin." Jawab Jamil tanpa melihat ke arah Syah. Dia memberi fokus kepada papan putih yang dipadam olehnya.

"Cikgu, minggu ni ada kelas tambahan?" Soal Syah kepada Jamil.

Jamil kembali ke arah meja guru selepas selesai memadam papan putih. "Ada. Petang ni, boleh?"

"Tak boleh. Petang ni ada kelas Sejarah. Petang Khamis tak ada kelas. Boleh la buat kelas Biologi."

"Sabtu dan Ahad ada kelas tak?" Soal Jamil pula.

"Tak ada." Jawabnya pantas.

"Hari Sabtu. Pukul 9:00 pagi sampai 4:30 petang. Pagi kita buat sesi jawab soalan exam tahun lepas. Petang pula, kita bincang pasal jawapan test." Jamil memberi cadangan sambil meletakkan kertas-kertas ujian di atas buku Biologi.

A.K.U : EAX0011Where stories live. Discover now