BAB 20

156 15 0
                                    

Kesuma menyediakan makan malam untuk abang-abangnya pada hari ini semperna menyambut hari lahir abang keduanya, Jamil. Kesuma telah menelefon abang sulungnya supaya membelikan kek untuk Jamil tetapi dia tidak menelefon Jamil kerana dia mahu membuat kejutan apabila abangnya itu tiba di rumah.

"Assalammualaikum." Salam diberi seraya pintu rumah dibuka.

"Waalaikummusalam." Kesuma berlari ke arah pintu rumah dari kawasan dapur.

"Kek ni nak letak mana?"

Kesuma mengambil plastik kek tanpa dihulur oleh Khairi. "Kesuma simpan dalam peti sejuk sementara Abang Jamil balik."

"Okay. Abang nak mandi dulu." Ujarnya sebelum menapak naik anak tangga menuju ke biliknya.

Kesuma pula berjalan kembali ke kawasan dapur. "Tak sabar-sabar nak tunggu Abang Jamil balik."

*

"Happy birthday, Jack." Kata seorang lelaki yang tidak berpakaian di atas katil. Lelaki itu duduk di sebelah Jack sambil memegang sebuah kotak hadiah berwarna merah.

Jack berpaling ke arah lelaki itu lalu duduk di atas katil. Wajahnya kelihatan teruja melihat hadiah daripada manusia yang berada di hadapannya ini. "Thanks, Joker. Aku pun dah terlupa hari ni birthday aku. Patutlah kau beria-ria ajak aku datang sini." Hadiah diterima apabila dihulurkan kepadanya.

Joker senyum. "Entah-entah, birthday aku pun kau lupa." Dia kelihatan merajuk.

"Tak tak tak. Aku ingat. Birthday kau, bulan depan."

"Okay. Aku tunggu hadiah kau bulan depan."

"Hehe... Hadiah apa kau bagi dekat aku?" Dia membelek-belek kotak tersebut.

"Bukalah kalau nak tengok."

"Okay. Aku buka." Jack membuka hadiah tersebut dan terdiam. Matanya tidak berkelip tatkala melihat isi di dalam kotak tersebut.

Joker mengambil isi kotak tersebut lalu dia memegang tanga kiri Jack. Sebentuk cincin silver disarungkan pada jari Jack lalu berkata. "Will you marry me?" Tangan itu dikucup oleh Joker.

Wajah Jack pula sudah berona merah. "Err... Kau... Kau... Kau serius ke? Aku... Aku tak terfikir pun..." Dia tiba-tiba sahaja menjadi gagap.

Joker menunjukkan cincin yang sama pada jari tangan kirinya sambil menyuntunkan senyumannya. "Kau rasa?"

"Aku rasa nak pengsan." Jack tumbang di atas katil.

Joker pula ketawa kecil. "Jom kita mandi. Kejap lagi kita pergi makan dekat restauran. Aku dah sediakan candle light dinner untuk kita berdua."

Jack segera duduk di atas katil semula. "Candle light dinner?"

"Ya."

"Err... Lepas makan. Aku nak balik." Dia tiba-tiba sahaja berasa segan terhadap Joker.

Wajah Joker berubah serius. "Kenapa? Aku ada banyak lagi rancangan malam ni."

"Lepas habis rancangan. Aku nak balik. Sebab setiap kali birthday aku, abang dengan adik aku akan sambut birthday aku dekat rumah. Deorang mesti pelik sebab aku tak balik sampai esok."

Joker menolak dada Jack yang tidak berpakaian itu. "Boleh. Tapi masa birthday aku. Kau kena teman aku sampai aku puas."

"Tapi... Esoknya tu, aku kerja. Budak SPM ada test. Aku kena datang sekolah. Tapi kalau dah sakit satu badan. Macam mana..."

Joker menutup mulut Jack menggunakan jari telunjuk tangan kanannya. "Tak ada 'tapi tapi'."

Jack mengeluh. "Okay."

A.K.U : EAX0011Where stories live. Discover now