BAB 40

156 17 0
                                    

Hamzah masuk ke dalam bilik mesyuarat yang terletak di dalam bangunan Secret GUARD yang dimiliki oleh Bray. Sebuah fail hitam berlogo Secret GUARD diletakkan di hadapan Bray. Kemudian, Hamzah duduk di atas sebuah kerusi yang terletak di belakang Bray, tempat duduk pembantu peribadi.

Meja mesyuarat dipenuhi oleh tiga orang ahli Secret GUARD, ketua atasan GUARD, Inspektor Hafizul bersama-sama dengan dua orang anggota polis, Fazrin, Khairi, Dazrul, Nameless, Adam, Tahrik dan Aniq.

Masing-masing melihat ke arah Aniq kecuali tiga orang ahli Secret GUARD dan ketua atasan GUARD, Luqman. Mereka berasa hairan apabila melihat pelajar sekolah menengah berada dalam mesyuarat Secret GUARD, Wing Spy Agency, Justice - Personal Detective Agency dan polis.

"Terima kasih kerana sudi hadir dalam mesyuarat pada kali ini." Kata alu-aluan daripada Bray yang memakai pakaian rasmi Secret GUARD. Baju jaketnya berwarna hitam dan labuh sehingga ke peha. Pada hujung lengan jaket itu pula terdapat dua jalur berwarna perak, begitu juga pada bahunya.

*

Seusai mesyuarat, Safuan yang berpakaian seragam lengkap milik Secret GUARD rangkul leher anaknya. Pakaiannya berbeza berbanding pakaian Bray. Namun, hanya sedikit sahaja perbezaannya, iaitu jaket yang dipakainya hanya paras pinggang berbanding jaket labuh milik Bray.

"Hati-hati masa misi." Pesan Safuan kepada anaknya.

"Okay." Kata Aniq dengan gembira.

Safuan melepaskan rangkulan tersebut. "Abah berat hati nak benarkan Aniq tapi... Dhiya perlukan Aniq. Sebab tu Aniq kena tahu situasi sekarang ni."

"Aniq faham." Katanya yang masih duduk di atas kerusi.

"Mr. Clumsy. Next meeting. Jom. Bos dah gerak. Panggil semua anak-anak ikan kau." Tegur RaSIS sambil menanggalkan jaketnya yang kelihatan normal berbanding jaket dua orang rakannya itu. Jaket diletakkan di atas bahunya. Maka, terserlah baju kemeja berwarna putih yang lengkap berlogi GUARD. Baju kemeja itu memiliki leher cekak musang dan kod ahli GUARD pada kepingan berwarna perak.

Safuan melihat ke arah RaSIS. "Anak ikan kau cakap? Jaga sikit mulut tu." Ujarnya yang kelihatan bengang terhadap kata-kata RaSIS sebelum dia keluar dari bilik mesyuarat tersebut.

Mereka hanya memerhati gelagat dua orang ahli Secret GUARD. Luqman pula ketawa kecil seketika sewaktu dia berbual dengan Inspektor Hafizul, Tahrik dan Fazrin.

RaSIS menghampiri Aniq. "Nanti balik dengan Master. Abah kau ada kerja nak buat." Pesan RaSIS kepada Aniq.

"Okay." Aniq hanya akur.

RaSIS keluar dari bilik mesyuarat tersebut. Luqman pula memanggil Aniq untuk bersama-sama dengan mereka berempat. Aniq bangun dari kerusi dan menuju ke arah datuknya.

"Ada apa, atuk? Err... Tuan Luqman." Aniq berasa janggal. Dia duduk di sebelah kiri Luqman.

Luqman menepuk bahu kanan Aniq. "Apa perasaan Aniq lepas join meeting ni?"

"Perasaan?" Matanya melihat ke arah tiga orang manusia yang hebat di hadapannya itu.

"Rasa teruja dan... Tak sabar-sabar nak join SG. Tapi abah tak bagi. Tapi ni demi Dhiya. Sebab tu abah bagi join misi ni." Jawabnya.

"Dhiya kekasih kamu, kan?" Soal Inspektor Hafizul kepada Aniq.

"Eh? Macam mana inspektor boleh tahu?" Soal Aniq kembali. Dia kelihatan hairan.

"Dulu kamu pernah mengaku depan saya. Masa kes cubaan menculik Dhiya di hadapan kawasan sekolah." Jelasnya.

"Oh." Aniq tersipu-sipu malu.

A.K.U : EAX0011Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα