BAB 45

164 17 6
                                    

"Izwan?"

"Kau tak boleh lari ke mana-mana lagi? Polis dah kepung kawasan ni. JPDA dah tangkap orang-orang kau. WSA pun ada di sini untuk bela kematian En. Fazrin." Kata Izwan tanpa mengalihkan pistol daripada sasarannya.

Arsyad pantas mencapai pistolnya yang disorok di belakang seluarnya. Tembakan segera dilepaskan ke arah Izwan tanpa menentukan sasaran sebenarnya. Izwan mengelak. Arsyad berjaya keluar dari rumahnya. Izwan mengejar Arsyad.

Satu das tembakan dilepaskan oleh seseorang. Langkah Arsyad terhenti tatkala melihat wajah orang tersebut. Orang itu ialah orang yang sangat digeruni dalam Wing Spy Agency cawangan Asia, Nameless.

Arsyad memegang bahu kiri yang telah ditembak itu. Kemunculan Nameles secara tiba-tiba tidak dapat dijangka olehnya. Di sebelah kanan Nameless berdirinya Khairi bersama-sama sepucuk pistol yang dihalakan ke arah Arsyad.

Arsyad melihat ke arah belakang. Izwan berada di situ. Dia sudah dikepung. Arsyad tiada pilihan lain selain daripada berlawan. Dia melepaskan tembakan ke arah mereka bertiga satu per satu. Dia cuba keluar dari bangunan rumah flat tersebut.

Arsyad mengambil jalan pintas kerana dia tidak mahu terbunuh dalam perlawanan tersebut. Dia mengambil keputusan untuk terjun dari bangunan tingkat dua itu. Dia mendarat dengan selamat.

Kedua-dua kaki Arsyad ditembak oleh seseorang dari belakang. Arsyad jatuh terduduk. Dia tergamam. Dia sangka dia boleh lari daripada masalah itu. Kedua-dua betisnya juga sudah mengeluarkan banyak darah.

"Ke mana kau nak lari, Arsyad Jalil?" Kata seseorang yang berjalan menghampiri dirinya.

Beberapa orang polis bergegas menuju ke arahnya bersama-sama dengan pistol masing-masing. Nameless, Khairi dan Izwan juga berada di situ.

Lelaki itu berdiri di hadapan Arsyad. Arsyad melihat wajah dingin seorang anggota polis yang lengkap beruniform itu. Muncung pistol diacukan ke arah kepala Arsyad.

"Kau dah merosakkan nama naik kawan-kawn aku. Kau dah libatkan kawan-kawan aku dalam kejahatan kau buat. Kau tak boleh dimaafkan." Yusuf masih lagi beremosi.

Bahu kanan Yusuf ditepuk oleh Izwan. "Biar undang-undang yang tentukan hukuman dia. Encik akan dihukum kalau salah guna kuasa." Nasihat Izwan kepadanya.

"Izwan. Kau bekerjasama dengan polis." Kata Arsyad yang kelihatan tidak berpuas hati.

"Kenapa? Aku bukan White Fang macam kau. Aku masih DALLAS."

"Kenapa DALLAS terima kerjasama dengan polis? DALLAS hanya untuk lindungi keluarga John. Kenapa kau ada dekat Malaysia?" Tegas Arsyad.

"Tak mustahil untuk DALLAS bekerjasama dengan polis sebab DALLAS hanya bodyguard. Lagi pun, ini arahan young master. Aku tak boleh tolak. Kawan lama aku pun ada dalam SG. Aku tak boleh tolak permintaan dia sebab dia dah banyak tolong aku."

"Young master? Dia dah mati, kan? Kapal terbang yang dia naik tu dah meletup, kan? Apa kau merepek ni?"

"Kau yang buat semua tu, kan?" Soal Izwan dengan wajah yang serius.

Arsyad ketawa. "Ya. Aku yang buat. Kenapa? Bayaran yang aku dapat lagi besar daripada bayaran DALLAS. Kau belum wujud dalam DALLAS waktu tu. Kau tak perlu tahu."

"Siapa kata aku tak perlu tahu? Bos suruh aku siasat kes pembunuhan adik ipar dia dan adik dia. Kyde tak terlibat dalam letupan tu sebab dia ada di rumah bos. Dia ada ujian peperiksaan yang perlu dia ambil hari tu. Mak dan ayah dia je yang naik kapal terbang tu untuk pulang ke Malaysia. Sekarang ni mak dia masih koma. Ayah dia dah meninggal. Dia pula ada di Malaysia. Ini semua salah kau. Kau pembelot DALLAS. Peraturan nombor 12 DALLAS. Pembelot akan dihukum atas undang-undang negara disusuli dengan undang-undang hukuman DALLAS. Tapi kau bukan DALLAS lagi. Kau, White Fang." Beritahunya berdasarkan maklumat yang diperolehnya. Pistol pada tangan Arsyad disepak jauh.

A.K.U : EAX0011Where stories live. Discover now