BAB 18

169 22 10
                                    

Seminggu telah berlalu sejak Syam Syahrul Azmi ditahan dalam wad akibat diracuni ketika berhadapan dengan musuhnya. Kini, dia dibenarkan untuk pulang ke rumah. Enes telah menjemputnya pada pagi tadi sebelum isterinya itu pergi kerja. Suami dan anaknya dihantar ke rumah Dato' Azmi demi keselamatan mereka selepas kes penculikan Syah.

Syah memerhati bapanya di ruang tamu. Bapanya itu sedang berbual dengan makciknya, Dr. Syamila. Situasi itu sudah biasa dilihatnya sejak dari kecil kerana dia tahu keadaan bapanya itu dan kepentingan Dr. Syamila kepada bapanya. Ketika ini, Syah hanya mampu memerhati dari sebuah kerusi yang berada berhampiran piano. Piano itu berada bertentangan dengan ruang tamu. Itu ialah piano milik Aron Raiz yang dibeli oleh Dato' Azmi sebagai hadiah hari lahir.

Tidak lama selepas itu, Syah melihat bapanya memejamkan mata di atas sofa yang terletak bertentangan dengan Dr. Syamila. Beberapa minit selepas itu, bapanya kembali membuka mata dan memberi pandangan yang dingin kepada Dr. Syamila. Dr. Syamila pula hanya senyum manis.

Syah terkejut melihat personaliti yang dipaparkan oleh bapanya. "Papa Garang." Ujarnya perlahan.

"Urghh! Apahal kau nak jumpa aku, Dok-tor Sya-mi-la?" Soal RaSIS yang kelihatan tidak berpuas hati selepas Syam menyeru dirinya hanya untuk berbual dengan Dr. Syamila merangkap kakak iparnya.

"Kau mesti tahu pasal soalan aku nak tanya kau. Kan?" Dr. Syamila angkat kening selepas bertanyakan soalan tersebut kepada RaSIS.

"Tch! Ya la. Ya la. Aku tak boleh berpura-pura aku tak tahu maksud kau. Aku kena serang hendap dan tak sempat mengelak."

Dr. Syamila silang kaki dan lengannya sambil bersandar. "Detail."

"Urghh! Nak juga detail." Dia mengeluh.

"Okay. Kalau tak nak. Aku booking wad khas untuk kau." Ugutnya.

"Ya la. Ya la." RaSIS terpaksa mengalah demi dirinya tidak dimasukkan ke dalam wad sakit jiwa. Tambahan pula, mindanya berkata bahawa wad sakit jiwa tu sangat teruk macam cerita-cerita barat dalam televisyen. Sehingga menyiksa pesakit tanpa kebebasan.

Syah memberi fokus 100% terhadap penjelasan bapanya kepada makciknya itu. Dia mahu tahu situasi yang dihadapi oleh bapanya pada hari kejadian walaupun dia tahu, setiap hari bapanya menjalani hidup yang sangat sukar.

"Jadi, kau tahu siapa dalang yang buru kau selama ni?" Soal Dr. Syamila seraya meleraikan silangan lengannya dan kakinya.

"Tak. Aku dengan Aron masih siasat."

"Syam macam mana? Dia mesti terkesan sebab musuh-musuh tu, kau punya."

RaSIS berdiri dari sofa. "Aku tahu. Tapi aku tak salah. Mereka yang mula cari masalah dengan Syam. Bermakna mereka musuh aku. Mereka tak puas hati dengan aku. Mereka hantar orang untuk bunuh Syam lagi. Semakin lama, semakin ramai. Aku bukan jenis lepas tangan lepas dah mula kerja. Aku akan selesaikan semuanya. Aku tak akan benarkan sesiapa sentuh keluarga aku dan kawan-kawan aku. Termasuklah kau. Walaupun aku tak suka kau tapi kau isteri Abang Raz." Ujarnya dengan pandangan yang serius sebelum dia berlalu pergi dari situ.

"RaSIS. Nak pergi mana tu?" Dr. Syamila berdiri apabila dia melihat RaSIS membuka pintu rumah.

"Ambil angin. Jangan ikut aku kalau nak selamat." Tegasnya.

Syah terus berlari ke arah bapanya. "Syah nak ikut."

RaSIS pandang dingin kepada anaknya itu. "Tak payah. Bahaya dekat luar tu. Nanti kena culik lagi."

"Kalau macam tu. Papa pun tak payah keluar. Bahaya dekat luar tu. Nanti kena serang lagi." Dia juga memberi pandangan dingin kepada bapanya tanpa rasa takut.

A.K.U : EAX0011Where stories live. Discover now