EXTRA

221 22 8
                                    

[IMBAS KEMBALI]

Syah memberi fokus ke arah seorang gadis yang berada di hadapannya di dalam makmal Kimia pada ketika ini. Dia tidak memberi fokus kepada tajuk yang dipelajarinya pada ketika ini. Mindanya juga sudah berada di awang-awangan. Hanya ada wajah gadis itu sahaja di dalam mindanya sejak akhir-akhir ini walaupun cintanya telah ditolak secara langsung dua minggu yang lalu. Tetapi gadis itu pula merasakan bahawa Syah hanya bergurau sahaja. Namun, bukan sekali malah lebih daripada lima kali.

Jam menunjukkan detik 10:30 pagi. Loceng waktu rehat juga sudah berbunyi. Para pelajar di dalam makmal Kimia segera mengemaskan barang-barang mereka selepas mengucapkan terima kasih kepada guru mereka.

"Kesuma."

Kesuma melihat ke arah Syah apabila namanya dipanggil. "Ya. Ada apa?"

"Jom pergi makan sama-sama. Aniq dengan Dhiya pun ada sekali. Selalu tengok kau makan seorang diri kalau kawan-kawan kau sibuk jaga koperasi sekolah." Kata Syah kepada Kesuma.

Kesuma pula baru sahaja selesai mengemas barang-barangnya. "Ummm... Nantilah. Aku nak pergi jumpa cikgu kejap. Nah, hantar barang-barang aku dalam kelas. Bye." Diletaknya buku dan kotak pensel di atas buku Syah sebelum pergi dari situ.

"Bye..."

*

Syah mengemas buku-bukunya ke dalam beg sandang perlahan-lahan sambil menunggu Kesuma pulang dari tandas.

Tidak lama selepas itu, Kesuma kembali ke kelas. Dia melihat ke arah Syah yang masih berada di dalam kelas tersebut. "Kenapa tak balik lagi? Orang lain dah balik." Kesuma menegur Syah sambil berjalan ke arah mejanya.

"Aku tunggu kau. Kau balik jalan kaki, kan?"

"Eh? Tunggu aku? Kenapa?"

"Aku nak balik dengan kau, boleh? Err... Aniq dengan Dhiya ada kelas tambahan. Bosanlah kalau balik seorang diri." Kata Syah sambil menggalas beg sandang miliknya.

Kesuma turut menggalas beg sandang. "Macam ada udang di sebalik batu." Fikirnya.

"Boleh ke?"

"Boleh. Tapi rumah kau dengan rumah aku tak sama laluan. Macam mana nak balik sama-sama?" Kesuma mempersoalkan hal tersebut kerana rumah Kesuma menuju ke arah kanan sekolah. Manakala, rumah Syah pula menuju ke arah kiri sekolah.

"Hihihi... Terlupa pula." Syah menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Kau nak apa sebenarnya?" Soal Kesuma dengan pandangan yang serius.

"Tak ada apa-apa." Pantas dia menjawab sambil melihat ke arah pintu kelas yang berada di sebelah kirinya. "Aku balik dulu. Bye."

"Kalau aku cakap lagi. Mesti dia rejek lagi. Ayat apa yang patut aku susun supaya dia terima aku?" Monolog Syah sambil berjalan ke arah pintu kelas.

*

"Syah."

"Ha?" Syah menggelabah membasuh pinggan di dalam singki kerana terkejut apabila bapanya memanggil namanya dari belakang.

"Mengelamun ke?" Soal RaSIS sambil berjalan ke arah peti sejuk. Pintu peti sejuk dibuka dan sekotak susu diambil dari tepi pintu peti sejuk.

"Errr... Tak adalah. Mengantuk je. Semalam tak cukup tidur sebab hari ni ada ujian subjek Sejarah." Dia berdalih.

"Tak payah tipulah. Aku tahu. Syah ada masalah, kan?" Dia duduk di atas kerusi bertentangan dengan tempat Syah berada sekarang ini. Penutup kotak susu dibuka lalu dia menguk minuman tersebut.

A.K.U : EAX0011Where stories live. Discover now