BAB 32

152 15 2
                                    

Safuan telah berjaya menjejak kereta BMW yang menjadi sasaran mereka. Kereta itu berada di sebuah rumah mewah milik orang kaya. Safuan dan ahli pasukannya hanya mampu melihat situasi rumah tersebut dari luar pagar kerana kawasan rumah tersebut di kelilingi oleh beberapa orang pengawal keselamatan. Kawalan keselamatan sangat ketat di kawasan luar pagar dan di kawasan dalam pagar.

"Tu orang-orang GUARD. Jadi, ni rumah Joker. Fazrin pernah beritahu. Joker ada upah GUARD atas nama sebenar dia." Safuan bermonolog.

Sementara itu, Joker sedang duduk di atas sebuah kerusi yang terdapat di dalam biliknya. Dia melihat ke arah Jamil yang berselimut di atas katil. Di atas meja bertentangan dengan kerusi yang didudukinya pula terdapat sebuah botol wine, segelas wine dan sebuah kotak berwarna silver. Di dalam kotak tersebut terdapat beberapa biji pil yang dikenali sebagai EAS0017. Itu merupakan dadah jenis perangsang yang telah diujinya pada hari semalam. Kesan ujian tersebut sangat memuaskan. Dia juga menggunakan pil tersebut kepada Jamil pada malam ini untuk memaksa Jamil melayaninya. Ini merupakan satu kemenangan kepada dirinya sebagai seorang pencipta dadah.

"Aku beri kau rehat sampai pagi esok. Sebab malam esok, aku ada satu lagi party." Beritahunya sebelum meneguk wine yang berada di dalam gelas. Dirinya kini hanya mengenakan robe berwarna hitam.

"Kau... Kau nak buat apa lagi?" Soal Jamil yang kedengaran lemah akibat kesan sampingan dadah EAS0017.

"Next test. EAF001"

"EAF001? Yang pertama..."

"Ya. Yang pertama. Extra Addictve - Freedom (EAF). Kalau kau cuba, aku yakin minda kau rasa tenang dan bebas. Sesuai untuk jadi ubat penenang yang baru." Katanya berdasarkan tujuan penciptaan dadah tersebut.

"Kenapa aku?"

"Sebab aku nak berkongsi kejayaan aku dengan orang yang aku sayang. Lagi pun, kau milik aku. Abang kau dah tak ada. Adik kau pun dah tak ada. Aku dah bunuh semuanya. Kau hanya ada aku." Dalihnya walhal Kesuma masih hidup sihat di rumah Bray.

"Bunuh aku! Aku lagi rela mati daripada terus hidup serumah dengan kau!" Jerit Jamil kerana terlalu tertekan.

Joker pantas berdiri seraya mencapai botol wine. Dia berjalan ke arah katil dan naik ke atas katil. Leher Jamil dipengang. Tangan kanannya pula menuang wine ke dalam mulut Jamil. Dia memaksa Jamil minum wine tersebut sehingga tersedak-sedak. Jamil meronta-ronta dan cuba untuk melawan Joker.

"Kau memang kurang ajar! Aku biarkan kau hidup. Kau patut bersyukur. Kau patut ucap terima kasih dekat aku. Kau memang sengaja buat aku marah." Joker menengking Jamil.

*

Syam membuka mata. Suasana gelap hanya diterangi oleh cahaya bulan purnama pada malam ini. Syam duduk di atas tanah. Dia melihat keadaan sekeliling. Pandangannya tertacap ke arah seseorang yang berada tidak jauh dari situ. Pada tangan kanan orang itu terdapat sejenis rifle yang dia tidak ketahui jenisnya. Syam menggelabah kerana terkejut. Dia berundur ke belakang sehingga tersandar pada sebatang pokok.

"Dia... Dia dah mati. Apa yang dah berlaku? Kenapa aku ada dekat sini?" Fikirnya yang berada dalam ketakutan.

Kedengaran bunyi ranting-ranting patah telah memeranjatkan Syam. Lantas dia berlari untuk mendapatkan pistol yang berada berhampiran dengannya. Syam berdiri pada pokok yang sama sambil melilau melihat keadaan sekeliling.

"Mr. Law!"

Syam melihat ke arah bunyi suara tersebut. "Siapa yang panggil aku? Tu bukan suara Bray dengan Safuan."

"Mr. Law!"

Kali ini dia mendengar suara yang lain memanggil nama kodnya sebagai ahli Secret GUARD. Suara itu datang dari arah yang berbeza. "Kenapa macam ramai je? Aku patut lari? Atau aku patut duduk sini?"

A.K.U : EAX0011Where stories live. Discover now