BAB 19

149 20 7
                                    

Jack masih gagal menangkap Syah untuk mendapatkan kotak EAX0011. Dia juga telah dimaklumkan oleh Spade tentang kematian lima orang bawahan yang dihantar untuk mencari Syah. Spade juga telah memberitahu bahawa kotak itu tiada bersama-sama dengan Syah berdasarkan kata-kata RaSIS yang didengarinya di sebalik pohon berhampiran kawasan kejadian. Jack mengeluarkan arahan untuk menangkap Syah lagi. Dia mahu tahu tentang kotak itu berada pada tangan siapa.

Jack bersandar pada kerusi sambil menelefon seseorang selepas menamatkan panggilannya sebelum ini. "Heart. Tangkap Dhiya dengan Aniq. Kejap lagi aku send gambar dengan alamat rumah deorang." Arahnya.

"Okay, boss."

"Jack."

Jack melihat ke arah seorang lelaki yang memakai robe. Dia baru sahaja selesai mandi. Jack berjalan menjauhi tingkap bilik hotel tersebut dan menuju ke arah katil. Lelaki itu pula duduk di atas katil tersebut.

"Ada apa-apa perkembangan?" Soal Joker kepada Jack.

Dia duduk di sebelah kanan Joker. "Spade kata kotak tu ada dekat orang lain. Aku akan cuba cari clue untuk dapatkan orang tu."

"Tak akan budak-budak tu tak ada mention nama sesiapa masa deorang borak hari tu?" Soalnya dengan serius.

Jack berfikir sejenak sebelum berkata. "Rin. Deorang kata kena serahkan kepada Rin."

"Rin? Siapa Rin?"

"Tak tahu. Oh, ya. Satu hal lagi. Aniq tu anak ahli GUARD. Hebat juga la budak tu. Seorang dia je boleh lawan orang dewasa. Dia peka terhadap situasi dan kedudukan musuh." Jelas Jack kepada Joker.

"Eagle's Eyes. Budak ni bukan calang-calang orang. Siapa nama bapa dia?" Joker mula rasa tertarik terhadap maklumat tersebut.

"Safuan."

"Safuan?" Dia kelihatan terkejut mendengar nama tersebut.

Jack memberi pandangan yang serius kepada Joker. Dia mudah cemburu jika Joker tertarik terhadap lelaki lain. "Kau kenal dia?"

"Tak sangat. Aku dapat maklumat dari ahli GUARD sendiri. Aku ada upah GUARD sebagai bodyguard aku atas nama sebenar aku. So, deorang tak tahu siapa aku selain daripada kerjaya asal aku. Deorang kata, Safuan tu anak arwah ketua GUARD sebelum ni. Dia keluar dari GUARD lepas mak ayah dia meninggal. Masa tu dia masih sekolah. Tapi... Budak sekolah tu S class. Tak hairanlah kalau dapat anak Eagle's Eyes."

Jack tergamam. "S class dalam usia budak sekolah lagi? Maksudnya, Aniq pun..."

"Tak mustahil. Lagi pun, ketua GUARD tu secara warisan. Satu lagi, Safuan kembali sebagai GUARD dan uruskan bodyguard Badri Ramlee, CEO AGENDA. Sebab AGENDA ada musuh. So, kau jangan risau selagi kau tak masuk campur dalam AGENDA." Beritahu Jack.

"Joker. Kau ni bodoh ke? Aniq tu anak Safuan - GUARD. Dhiya tu pula anak Badri - CEO AGENDA. Syah tu anak Syam - Penulis novel. Tapi ayah Syah tu boleh tahan hebat juga sebab dah bunuh lima orang. Siapa dia sebenarnya?"

Joker yang baru sahaja sedar terhadap kesilapannya telah menepuk dahinya sendiri. "Budak berdua tu... Anak GUARD dengan CEO AGENDA."

"Eh? Kau baru sedar ke? Aku dah lama sedar. Sebab tu aku teragak-agak nak cari deorang awal-awal." Jack memerli Joker.

Joker mencubit pinggang kiri Jack sehingga Jack mengerang kesakitan. "Aku baru ingat sesuatu nak beritahu kau."

"Pasal apa?"

"Kau ada dengar pasal Reaper?"

"Jack The Reaper?" Soalnya acuh tak acuh.

Joker memberi jelingan maut. "Bukan la. Aku serius. Kau main-main pula."

A.K.U : EAX0011Where stories live. Discover now