Seorang lelaki sedang menanti seseorang di hadapan pagar sebuah sekolah menengah. Kedatangannya ini mengundang rasa curiga terhadap pengawal keselamatan sekolah ketika pengawal itu sedang memantau situasi di hadapan kawasan sekolah. Pengawal keselamatan tersebut menghampiri lelaki berkot hitam di hadapan pagar sekolah.
"Assalammualaikum. Encik buat apa dekat depan sekolah ni?" Soal pengawal keselamatan tersebut kepada lelaki misteri itu.
Dia melihat ke arah pengawal keselamatan yang berdiri di sebelah kanannya. "Waalaikummusalam. Saya tengah tunggu Cik Dhiya balik sekolah." Jawabnya.
"Cik Dhiya? Oh. So, encik kena tunggu sini dalam 10 minit lagi." Ujarnya selepas melihat jam tangan pada pergelangan tangan kanannya.
"Okay."
*
Semua pelajar keluar dari kelas untuk pulang ke rumah masing-masing selepas loceng tamat waktu sekolah berbunyi. Dhiya dan Aniq berjalan beriringan dari kelas mereka ke pagar sekolah.
"Aniq. Dhiya." Panggil pengawal keselamatan yang berada di pondok pengawal keselamatan.
Mereka berjalan ke arah pondok tersebut dengan perasaan tertanya-tanya. Jarang sekali pengawal keselamatan itu memanggil mereka pada waktu begini.
"Ada apa Abang Guard?" Soal Dhiya sebaik sahaja dia tiba di situ.
"Tadi Syah ada mesej abang. Dia ada tugasan kelas tambahan petang ni." Beritahu pengawal keselamatan tersebut kepada mereka berdua.
"Okay. Terima kasih." Ucap Aniq.
"Cik Dhiya." Tegur lelaki misteri yang baru sahaja tiba di hadapan pondok pengawal tersebut.
Masing-masing melihat ke arah lelaki itu. Aniq berdiri di hadapan Dhiya untuk melindungi gadis itu dengan wajah yang serius. "Dhiya. Hati-hati." Kata Aniq yang kedengaran seperti berbisik.
"Saya, Naqib. Pengawal peribadi baru yang bertugas mulai hari ni." Beritahu lelaki tersebut tanpa diminta penjelasannya.
"Pakcik Bray tak ada beritahu apa-apa pun pasal pengawal baru." Kata Aniq dengan penuh rasa curiga terhadap Naqib.
"Ya. Papa tak kata apa-apa pun." Sokong gadis tersebut.
"Nak saya telefon En. Badri?" Soal seseorang yang berjalan menghampiri mereka.
Masing-masing melihat ke arah pemilik suara itu kecuali Aniq yang masih bersiaga di hadapan Dhiya. "Syah." Bicara hati mereka.
Syah berdiri di sebelah kanan Aniq sambil melekapkan telefon pintar pada telinga kirinya selepas menekan nama 'Pakcik Bray' dalam senarai kenalan.
"Hello, pakcik? Pakcik ada hantar bodyguard lain untuk ambil Dhiya ke?" Soal Syah sambil melihat ke araj Naqib dengan wajah yang serius.
"Tak ada. Kenapa?"
"Ada mamat berkot hitam bernama Naqib mengakui, pakcik upah bodyguard baru mulai hari ni."
Bray terkejut. Kedengaran bunyi kaki kerusi yang bergesel dengan lantai mozek di sebalik sana. "Jaga Dhiya. Jangan beri mereka ambil Dhiya." Tegasnya.
"Okay, pakcik." Ujarnya dengan senyuman apabila dia melihat sepucuk pistol sudah dihalakan ke arahnya. Telefon kembali disimpan dalam poket seluar sisi kanan selepas panggilan ditamatkan.
Pengawal keselamatan pula segera keluar jadi pondok tersebut. Belum sempat dia melakukan tindakan lain, dada kirinya telah ditembak. Semua pelajar di kawasan tersebut terkejut melihat kejadian itu walaupun pistol tersebut dilengkapi dengan penyerap bunyi. Suasana menjadi huru-hara dengan jeritan para pelajar yang berada di kawasan itu.
YOU ARE READING
A.K.U : EAX0011
Mystery / ThrillerA.K.U : EAX0011 mengisahkan sejenis dadah terkini yang dicipta oleh Prof. Helmi Owen. Dirinya dikenali sebagai Joker. EAX0011 merupakan Extra Addictive - X ciptaan ke-11. Fungsi EAX0011 ialah untuk menguatkan fizikal tetapi kewarasan akan hilang. Te...