BAB 6

176 20 0
                                    

Seorang guru lelaki yang berpakaian kemas sedang melangkah masuk ke dalam kelas tingkatan lima Amanah. Dia merupakan guru baru yang mula bertugas pada hari ini. Dilihatnya suasana di dalam kelas tersebut seraya salam diberi. Para pelajar di dalam kelas tersebut berdiri dan menjawab salam. Kemudian, mereka duduk kembali selepas menjawab salam.

"Dalam kelas ni semua pelajar perempuan?" Soalnya kepada para pelajarnya.

"Ada seorang je pelajar lelaki. Tapi dia selalu skip kelas Biologi sebab sebelum ni Cikgu Isma yang ajar. Cikgu Isma selalu tanya soalan kepada Syah." Jawab Kesuma yang berada di sebuah meja bertentangan dengan meja guru.

"Jadi, sekarang ni dia dekat mana?" Soal cikgu baru itu dengan wajah yang serius.

"Dia biasa lepak dekat bangunan lama belakang sekolah ni sampai rehat." Jawab rakan yang berada di sebelah kanan Kesuma.

"Okay. Hari ni saya tak mengajar. Kita berkenalan dan semak semula topik yang kalian dah belajar. Lepas tu, saya nak pergi cari budak tu." Katanya yang berada di meja guru.

*

Syah sedang menulis nota ringkas di dalam sebuah buku bagi subjek Biologi. Ketika ini , dia berada di dalam sebuah kelas yang menjadi tempat kegemarannya. Syah membiarkan sahaja gangguan-gangguan suara aneh dan meneruskan penulisannya. Perkara ini sudah menjadi kebiasaan kepada dirinya kerana mata dan telinganya mampu melihat serta mendengar suara bukan manusia.

Tangan kanan Syah berhenti menulis apabila dia terdengar bunyi tapak kaki seseorang berjalan di kawasan koridor bangunan ini. Semakin lama semakin dekat. Syah melihat ke arah pintu kelas tersebut.

"Manusia ke? Rare betul kalau ada manusia lain datang ke sini. Biasanya aku seorang je datang sini lepas bangunan ni jadi kawasan larangan pelajar." Fikirnya sambil melihat ke arah tersebut.

Tidak lama selepas itu, seorang lelaki muncul di hadapan pintu kelas tersebut. "Kamu dekat sini rupanya, Syah. Pelajar tingkatan lima Amanah yang selalu skip kelas Biologi." Dia melangkah masuk ke dalam kelas tersebut. Terasa seram semacam sahaja kelas itu.

Syah melihat tanda nama pada dada kiri baju kemeja orang tersebut. Tanda nama itu beserta dengan lencana sekolah. "Cikgu Jamil. Saya tak pernah dengar nama Cikgu Jamil dalam sekolah ni. Cikgu baru?"

Jamil berdiri di hadapan Syah. "Ya. Saya baru masuk hari ni. Saya mengajar kelas kamu. Saya ganti Cikgu Isma sebab kamu selalu skip kelas Biologi. Kamu patut sedar diri. Kamu tu pelajar SPM."

"Ya. Saya tahu. Sorry."

Jamil melihat ke arah sebuah buku teks Biologi dan sebuah buku nota yang telah dicatat nota ringkas pada buku tersebut. "Kamu skip kelas dan study dekat sini seorang diri?"

"Ya. Saya tak buang masa."

"Tapi kenapa kamu pilih tempat yang seram macam ni?"

"Sebab saya suka tempat ni. Lagipun, saya tak boleh fokus dalam kelas sebab semuanya perampuan. Bising." Luah hatinya kepada Jamil.

"Library kan ada."

"Bising juga. Masing-masing ada mulut." Keluhnya.

"Kamu ni." Dia sudah hilang kata-kata.

"Lepas ni masuk kelas saya. Saya segan la seorang diri je duduk dalam kelas tu. Saya ni dah la... Err... Malu sikit dengan perempuan. Saya tak sangka pula semua pelajar perempuan kecuali kamu." Dia melihat ke arah padang sekolah melalui tingkap kelas tersebut.

Syah tongkat dagunya menggunakan tangan kiri di atas meja. Tangan kananya pula masih memegang pen biru.."Okay. Saya faham. Tapi saya tak suka kelas yang bosan dan jangan tanya soalan dekat saya masa mengajar."

Jamil melihat ke arah Syah. "Kenapa? Kamu tak boleh jawab soalan Biologi ke?" Dia tersengih-sengih melihat ke arah Syah dengan tujuan memerli.

Syah bersandar pada kerusi. "Kalau saya tak boleh jawab soalan tu. Macam mana setiap kali exam Biologi dari form four sampai sekarang saya masih boleh dapat A? Saya cuma akan hilang fokus kalau tanya saya soalan. Sebab saya tengah analisis topik baru. Tiba-tiba, kena soal. Melainkan itu topik semalam punya."

"Wow. Budak yang tak masuk kelas Biologi pun boleh dapat A. Study sendiri pula tu. Lebih baik kamu tak payah datang sekolah." Perlinya.

"Kalau saya tak datang sekolah. Mama dengan papa membebel pula. Duduk rumah pun bosan juga sebab duduk seorang diri je. Lebih baik saya datang sekolah. Lepak sini."

"Tetap seorang."

Syah melihat mata Jamil dengan pandangan serius. "Siapa kata saya duduk sini seorang? Macam mana kalau saya kata ada yang lain bersama-sama kita sekarang ni?"

Jamil telah air liurnya sendiri. Dia mula kecut perut apabila mendengar kata-kata Syah tadi. "Jadi, tempat ni...."

Syah senyum. "Lebih baik cikgu jangan fikir."

Syah bangun dari kerusi. Barang-barang yang berada di atas meja dikemas sebelum dia keluar dari bilik tersebut bersama-sama dengan Jamil.

*

Kesuma menghampiri abangnya selepas selesai makan di kantin sekolah. Jamil pula asyik termenung sejak dia keluar dari kelas di bangunan lama itu. Dia juga terkejut apabila Kesuma memanggil namanya. Dia melihat ke arah Kesuma dan menarik nafas lega kerana itu ialah adiknya.

"Abang okay ke? Dah makan?" Soal Kesuma kepada Jamil.

"Abang okay. Baru lepas makan tadi. Errr... Kesuma. Abang ada soalan nak tanya pasal Syah."

"Syah? Kenapa?"

"Dia tu memang macam tu ke?"

"Macam tu? Oh, lepak dekat bangunan lama tu ke?"

"Bukan tu. Maksud abang... Menyeramkan." Dia berbisik pada telinga kanan Kesuma.

Kesuma terketawa kecil. "Eh? Orang kacak macam dia, abang boleh kata menyeramkan. Haih. Dia memang macam tu la. Syah sama macam Kesuma. Boleh nampak sesuatu yang orang lain tak nampak. Disebabkan itu juga kitaorang join Kelab Ruqyah dekat sekolah ni."

Jamil menjauhkan dirinya daripada Kesuma dan berkata. "Geng budak-budak mistik."

"Abang ni." Kesuma mengeluh.

"Abang gurau je la. Dia tu memang alone ke?"

"Tak juga. Biasanya dengan budak form three. Kawan-kawan dia sejak kecil. Budak tu namanya Aniq dengan Dhiya. Kelas tiga Amanah. Biasanya deorang lepak dekat library lepas bunyi loceng balik. Study sama-sama. Lagipun, Syah balik sekali dengan deorang. Driver Dhiya yang hantar balik." Jelasnya kepada Jamil sambil mereka berjalan menuju ke arah perpustakaan.

"Dhiya ni anak orang kaya ke?"

"Ha'ah. Ayah Dhiya CEO AGENDA Corp. Kalau Aniq pula, ayah dia jurulatih kem GUARD. Memang tak sempat ambil dia balik sekolah. Mak masing-masing pun sibuk. Mak Dhiya kerja dengan datuk dia sebagai PA. So, keluar masuk negara ikut datuk dia je la. Mak Aniq pula doktor."

"Syah pula macam mana?" Dia kelihatan ingin tahu tentang Syah lebih mendalam.

"Syah pula... Ayah dia penulis novel dan ketua editor dekat syarikat A'm St. Holding. Mak dia pula pelukis dan designer pengiklanan dekat syarikat pengiklanan."

"Ooo..."

"Kalau abang rasa kasihan. Abang borak la dengan dia. Dia tu jenis jarang rapat dengan orang. Biasanya dia dengan Ustaz Khalil je selain deorang berdua tu."

"Kesuma tak rapat dengan dia?"

"Biasa-biasa je. Sebab satu kelab."

"Ooo..."

A.K.U : EAX0011Where stories live. Discover now