BAB 42

173 16 2
                                    

Aniq merebahkan dirinya di atas sofa. Perutnya digosok-gosok. Dia baru sahaja selesai pergi ke tandas.

Aniq mengiring ke arah meja ruang tamu. Di atas meja tersebut terdapat sejenis ubat cirit-birit berjenama Pil 'Chi-Kit' Teck Aun. Ubat dibeli di kedai runcit tadi dan segelas air masak. "Ubat biji kecil. Boleh telan kot."

Dia duduk di atas sofa lalu mencapai ubat tersebut. Ubat itu dituangnya ke dalam gelas. Kemudian, dia minum air tersebut sehingga habis.

"Cara aku makan ubat ni, betul ke? Macam betul. Biarlah. Dah telan pun. Betul la kot." Fikirnya. Aniq baring di atas sofa lalu memejamkan matanya.

Dr. Qasya lalu di kawasan rumah tamu untuk menuju ke arah tangga. Dia baru sahaja sampai di rumahnya.

Langkah Dr. Qasya terhenti tatkala dia terlihat ubat cirit-birit yang berada di atas meja ruang tamu. "Aniq makan ubat biji? Biar betul? Aku mimpi ke?" Matanya tidak berkelip melihat wajah anaknya yang berada di atas sofa itu.

"Eh? Dia cirit pula? Hari tu sembelit. Apa dia makan dekat sekolah? Pelik betul. Ada masalah usus? Ish. Budak ni. Tak beritahu aku pun." Bicara hatinya lalu menghampiri Aniq.

"Aniq. Bangun la. Tidur dalam bilik." Pipi Aniq dicubit supaya cepat sedar.

Aniq membuka matanya. Dia melihat ke arah ibunya. "Ibu dah balik. Aniq lapar." Duduk di atas sofa.

"Kasihannya anak ibu. Kejap lagi ibu masak. Abah mana?"

Aniq menguap sebelum menjawab soalan ibunya. "Abah tak balik lagi. Tadi Inspektor Hafizul yang hantar. Datuk Luqman hantar Syah sebab ada kes sikit."

"Aniq tak makan dari pagi ke?" Soal ibunya yang kerisauan.

"Pagi tadi makan. Abah masak. Apa benda entah abah masak. Semacam je. Tapi sedap. Lepas meeting tadi pun dah makan. Tapi sekarang lapar sebab dah membuang." Jelasnya.

"Aniq cirit dah berapa lama?" Soalnya sebagai seorang doktor.

"Dua hari."

"Kesan sampingan ubat sembelit ke?" Soalnya lagi.

"Tak tahu. Ubat sembelit makan tiga hari lepas." Jawabnya.

"Kalau tak okay juga lepas makan ubat tu. Nanti ibu bagi ubat cirit yang lain."

"Ubat cair. Tak nak biji." Pesan Aniq.

Dr. Qasya ketawa kecil. "Macam mana pula Aniq telan ubat biji tu tadi?"

"Aniq letak dalam air dan minum."

"Asal boleh telan je. Masuk dalam perut juga." Rambut Aniq disuap.

"Salah ke? Macam mana makan ubat tu?" Dia terpinga-pinga.

"Tak apa. Makan la macam mana pun. Kalau Aniq selesa cara tu. Boleh saja. Okay la. Ibu nak mandi kejap. Lepas tu, ibu nak masak. Aniq rehat dalam bilik."

"Okay."

*

Dr. Qasya melihat ke arah makanan yang berada di dalam tudung saji di atas meja makan. "Apa benda la yang Safuan masak ni? Tak pernah tengok pun. Haih, pelik-pelik je dia masak. Warna ungu pula tu. Guna kubis ungu. Tapi bau telur ayam. Apa benda? Hari tu masak daging hitam. Aku ingat daging rentung. Tapi rasa, sedap. Ni apa benda pula?"

Dr. Qasya mencapai sudu lalu menceduk sediri makanan pelik tersebut. Makanan disuap masuk ke dalam mulutnya. "Ada rasa mayonis, bawang merah, kacang goreng kisar, kubis ungu dan telur ayam rebus. Makan dengan roti ke? Boleh buat sandwish."

"Tapi masakan dia tak pernah nampak normal berbanding rasa yang sedap. Mana la dia dapat resepi pelik macam ni?" Dr. Qasya garu kepala. Pening memikirkan kemahiran memasak si suami yang sangat pelik ini.

A.K.U : EAX0011Where stories live. Discover now