BAB 38

150 17 7
                                    

Dazrul menghantar Khairi dan Kesuma pulang ke rumah selepas selesai urusan mereka di hospital. Tujuan mereka ke hospital ialah untuk meneriksa kecederaan Khairi yang sebelum ini. Khairi juga dilarang untuk memandu kenderaan selagi kecederaan itu tidak sembuh kerana bimbang jika kecederaan itu terasa amat sakit sehingga mengakibatkan kemalangan jalan raya. Maka, Dazrul bertanggungjawab untuk menjadi pemandu peribadi Khairi sementara Khairi masih dalam proses penyembuhan.

Khairi dan Kesuma tidak lagi tinggal di rumah lama kerana rumah lama yang mereka duduki selama ini tidak selamat lagi, pada pandangan Khairi. Tambahan pula, Kesuma pernah terjumpa orang misteri di dalam rumah tersebut. Rumah yang mereka duduk kini merupakan rumah rahsia milik Khairi. Mereka berdua telah pindah ke rumah tersebut selepas Khairi dibenarkan keluar dari wad.

"En. Khairi. Esok ada meeting berkenaan dengan White Fang. En. Khairi nak pergi ke? Tapi kes White Fang tu misi EAGLE. Tapi White Fang pun terlibat dalam kes EAX0011." Kata Dazrul selaku ketua pasukan kecil di bawah pimpinan Khairi. Dia sedang memandu memasuki pekarangan rumah dua tingkat milik Khairi.

"Saya akan pergi. Pukul berapa?"

"Pukul 9:30 pagi. Saya dapat tahu pun sebab terdengar perbulan Tuan Fazrin dengan Nameless masa saya nak hantar laporan kepada Tuan Fazrin pagi tadi." Jelasnya lalu mematikan enjin kereta.

"Okay."

"Esok En. Khairi nak saya datang ambil atau nak drive sendiri? En. Khairi baru je keluar wad beberapa hari." Katanya yang kelihatan risau terhadap kesihatan ketua Wing Spy Agency - CROW Asia itu.

"Esok saya boleh drive sendiri. Saya dah okay. Jangan risau." Ujarnya sebelum dia keluar daripada kereta yang dinaikinya itu.

Kesuma pula terjaga daripada lena. Dia tertidur di dalam kereta kerana terlalu mengantuk. Pada malam itu, Kesuma tidak dapat memejamkan mata kerana dia terlalu risau terhadap Jamil yang telah berada di Tanjung Rambutan.

Kesuma terus keluar daripada kereta dalam keadaan mamai. Dia berjalan mengekori Khairi. Dazrul pula melihat ke arah tempat duduk belakang sekiranya mereka ada tertinggal sesuatu di dalam keretanya. Tiada apa-apa yang kelihatan. Maka, dia terus memandu keluar dari kawasan tersebut.

*

Dazrul terdengar bunyi lagu Korea yang dia sendiri tidak pasti lagu apa kerana dia bukan peminat Kpop. Dia tercari-cari punca bunyi tersebut sehinggalah dia terlihat sebuah telefon pintar yang menyala lampu skrin di bawah kerusi. Kerusi penumpang belakang itu pernah diduduki oleh Kesuma.

Dazrul mencapai telefon tersebut dan melihat nama seseorang yang terdapat pada skrin itu. "Syah?"

Dia membiarkan sahaja telefon itu berbunyi. Dia terus keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumahnya. Telefon itu pula tidak henti-henti berbunyi melebihi lima kali sejak dia berada di dalam kereta tadi sehingga dia masuk ke dalam rumah. Telefon tersebut ditinggalkan di atas meja ruang tamu.

30 minit telah berlalu. Namun, telefon pintar milik Kesuma masih lagi berdering. Dazrul mula berasa rimas kerana bunyi telefon tersebut. Tambahan pula, 'silent mode' tidak dapat digunakan kerana telefon tersebut memiliki nombor pin kekunci skrin

Dazrul menghampiri meja ruang tamu selepas dia selesai mandi. Dirinya hanya bertuala biru pada pinggang. Dia mengambil tempat di atas sebuah sofa dan mencapai telefon pintar tersebut. Tiba-tiba sahaja telefon itu berdering lagi. Dazrul segera menjawab panggilan daripada telefon tersebut.

"Hello, Kesuma? Kenapa kau tak angkat call aku? Kau okay ke? Hello? Kesuma? Aku kena culik ke? Hei, cakap la." Kedengaran suara cemas seorang remaja lelaki dalam talian.

A.K.U : EAX0011Where stories live. Discover now