BAB 21

167 16 2
                                    

Bray menerima maklumat yang diminta kepada Hamzah selepas dua hari. Maklumat tersebut berkaitan dengan David John dan Arsyad. Bray membaca semua maklumat tersebut di dalam kereta. Ketika ini, Bray dan Hamzah dalam perjalanan ke pengkalan utama GUARD di Terengganu selepas masalah mereka di Kuala Lumpur telah selesai.

Isu rancangan pembangunan di kawasan berhampiran GUARD telah diselesaikan oleh Bray sehari sebelum mereka bertolak ke Terengganu. CEO BERSATU Corp terpaksa menerima penolakkan rancangan tersebut atas nasihat Bray yang penuh rasional itu. Tambahan pula, surat sokongan daripada orang atasan GUARD juga telah ditunjukkan kepada CEO BERSATU Corp. Surat tersebut diterima oleh Bray melalui email pada hari yang sama selepas dia berhubung dengan orang atasan GUARD.

"Ni je maklumat pasal Arsyad yang kau dapat?" Soal Bray kepada Hamzah ketika dia meletakkan fail maklumat Arsyad di atas kerusi penumpang belakang.

"Ya. Buat masa sekarang ni. Hanya itu je yang saya dapat kumpulkan." Jawab Hamzah sambil memandu.

Bray menghela nafas keluhan pada kerusi penumpang belakang yang didudukinya. "Tak banyak sangat maklumat pasal dia. Arsyad Jalil. Single. Anak yatim piatu dari rumah anak yatim. Belajar sampai ijazah dalam bidang perakaunan. Pernah bekerja sebagai jurujual di mall dan pelayan pelanggan di kedai makan sebelum join IMPIAN. Salah seorang ahli WSA. Alamat kediaman pula... Kenapa tak ada alamat kediaman dia?"

"Itu... Saya pun tak tahu. Mungkin dia tinggal dengan En. Fazrin."

"Mustahillah. Fazrin tu bukan jenis suka tinggal serumah dengan orang lain, selain family dia. Tinggal sebilik dengan kawan sendiri pun... Dia lagi rela tidur di ruang tamu."

"Eh? Kenapa pula?"

"Entah. Tabiat dia macam tu. Dari dulu lagi."

"Arsyad ni, misteri. Saya tak pernah pernah jumpa orang misteri selain ahli SG."

Bray ketawa seketika selepas mendengar kata-kata Hamzah tadi. Kemudian, dia kembali serius. "Ya. Masalahnya sekarang ni ialah macam mana dia boleh selamatkan Dhiya sedangkan aku tak pernah perkenalkan Dhiya kepada sesiapa selain namanya. Dia boleh selamatkan Dhiya tanpa teragak-agak dan call aku untuk beritahu pasal tu."

Hamzah melihat ke arah cermin pandang belakang tatkala kereta dihentikan kerana lampu isyarat merah. "En. Badri rasa, Arsyad pun ada terlibat dalam kes penculikan tu ke? Setahu saya, Cik Dhiya tak dibenarkan letak nama asal pada akaun sosial. Setakat ni pun saya belum pernah jumpa mana-mana gambar Cik Dhiya sendiri dalam semua akaun yang dia ada. Banyak gambar pasal game online. Akaun Syah dan Aniq pun tak ada gambar Cik Dhiya."

"Ya. Aku perasan tu. Tapi macam mana Arsyad cam Dhiya. Orang-orang yang cam Dhiya mesti terlibat sebagai musuh AGENDA. Sama macam kes cubaan menculik dekat sekolah hari tu." Ujarnya dengan wajah serius.

Hamzah kembali memberi fokus kepada pemanduannya. "Ya. Saya pun rasa macam tu. Walaupun pertama kali saya jumpa Arsyad dalam meeting tu. Saya rasa Arsyad ni sangat misteri. Walaupun nampak muka macam orang baik."

"Yang penting sekarang ni ialah Arsyad tinggal di mana? Aku masih curiga dengan dia. Dia kenal muka Dhiya tanpa teragak-agak untuk bawa balik ke IMPIAN."

"En. Badri. Macam mana kalau dalam AGENDA pun ada pembelot? Tapi pekerja tak pernah jumpa Cik Dhiya, selain saya. Eh eh... Bukan saya. Saya setia. Saya sanggup mati berbanding beri musuh maklumat." Dia mula menggelabah.

Bray ketawa. "Kau ni sama je macam Safuan."

"Eh?"

*

Dato' Latif menjawab panggilan telefon daripada seseorang dengan wajah yang serius. "Hello?"

"Hello, Dato' Latif. Pembunuh David John." Kata suara orang lelaki yang kedengaran seperti robot akibat menggunakan alat pengubah suara.

A.K.U : EAX0011Where stories live. Discover now