BAB 22

165 15 2
                                    

Spade memberhentikan keretanya sebaik sahaja lampu isyarat bertukar menjadi merah. Pintu kereta pada bahagian penumpang belakang tiba-tiba sahaja dibuka oleh seseorang yang berbaju jaket dan berhud hitam di atas kepala. Orang itu masuk ke dalam kereta tersebut dan terus menutup pintu kereta itu.

Pada masa yang sama tiga orang lelaki sedang melihat kejadian tersebut dari dalam sebuah kereta yang terletak di belakang kereta Spade. Mereka ialah orang-orang bawahan Jack yang dibawa oleh Spade untuk menjalankan misi menculik Syah sekali lagi.

"Siapa tu?" Soal pemandu kereta tersebut.

"Tak tahu. Suka hati dia je masuk dalam kereta Spade. Setahu aku, Spade tak suka orang naik kereta dia selain daripada Joker. Kalau bos... Bos ke tu? Aku tak pernah pun tengok muka bos." Kata rakan yang berada di sebelah kiri si pemandu.

"Eh? Bos ada dekat KL. Bila masa pula bos datang sini? Kalau datang sini pun. Tak akan bos naik pengangkutan awam?" Sampuk rakan yang berada di tempat duduk belakang.

"Siapa orang tu?" Soal hati mereka.

Kereta Spade mula bergerak apabila lampu isyarat bertukar kepada hijau. Ketika ini, seseorang berada di tempat duduk penumpang belakang sedang membaca laporan yang sudah diletakkan di tempat duduk tersebut. Laporan dibaca dengan teliti. Spade pula hanya mendiamkan dirinya dan memberi fokus kepada pemanduannya.

"Nampaknya, mereka dah mula bertindak untuk culik Dhiya dengan Aniq. Tapi sebelum ni... Jack dah hantar orang untuk culik Dhiya, kan?" Soal orang tersebut kepada Spade.

"Sebelum ni? Saya tak pernah pula dengar arahan penculikan Dhiya sebelum ni. Hanya arahan penculikan Syah. Tapi tak mustahil kalau dia tak beritahu saya. Sebab kes penculikan Syah pun dia tak beritahu saya. Dia terus beritahu kepada orang yang patut selesaikan misi tu." Jawab Spade sambil memandu.

"Jadi, semua tu tak mustahil. Sekarang korang nak tangkap Syah lagi lepas sehari yang lalu misi dah gagal? Khairi. Hati-hati. Jangan sampai Mr. Laws dapat tangkap kau. Ini peringatan demi masa depan kau." Nasihatnya.

"Ya. Saya tahu. Saya pun dah tengok sendiri cara dia berlawan. Tak ada seorang pun yang berjaya sentuh dia. Semuanya mati di tangan masing-masing. Dia... Siapa dia sebenarnya?"

"Dia hanya penulis novel. Tapi dia unik. Mr. Brilliant minta aku cari orang yang buru Mr. Laws. Dah lama dia diburu tapi masih belum jumpa dalang. Aku tak tahu. Aku patut terima atau tak?" Katanya lalu membuka zip baju jaket. Laporan tadi dimasukkan ke dalam baju jaket dan dizip semula.

"Ada apa-apa masalah ke?" Soal Spade kepada orang tersebut.

"Masalah peribadi." Jawabnya.

Spade berhentikan kenderaan di tepi jalan yang legang. Kawasan itu dikelilingi dengan bangunan yang masih dalam pembinaan. Orang itu membuka pintu kereta dan keluar dari perut kereta. Pintu kereta ditutup kembali. Orang itu terus berlalu pergi dari situ tanpa menoleh ke belakang. Spade pula melihat ke arah cermin pandang belakang. Sebuah kereta masih mengekorinya sejak awal lagi.

Spade meneruskan pemanduannya sambil menghubungi seseorang melalui alat penghubung. "Sedia."

"Ya." Sahut seseorang di sebalik talian tersebut.

Satu letupan kedengaran di belakang kereta Spade. Spade pula hanya senyum kemenangan kerana misinya telah berjaya. Misinya ialah untuk menghalang penculikan Syah pada kali ini dengan bantuan rakannya dari Wing Spy Agency, ketua pasukan EAGLE yang bernama Nameless.

"Nanti aku belanja kau makan." Tawar Spade kepada Nameless.

"Tak payah. Aku nak info pasal White Fang. Email dekat aku malam ni." Kata Nameless dengan ketegasannya sebagai seorang ketua.

A.K.U : EAX0011Where stories live. Discover now