BAB 16

178 16 0
                                    

[IMBAS KEMBALI]

Seorang jejaka kacak melihat ke arah seorang gadis cantik yang menjadi kegilaan ramai jejaka di dalam syarikat AGENDA ini. Gadis ini merupakan pembantu peribadi pemilik syarikat tersebut. Dia bukan sahaja cantik, malah sangat bertanggungjawab dan bijak dalam menguruskan tugasannya. Dia juga menjadi contoh kepada para pekerja di dalam syarikat tersebut.

"En. Badri. Ini fail yang Tuan Ramlee minta tandatangan bagi pihaknya. Tuan Ramlee pesan, sila baca dulu sebelum membuat keputusan." Beritahu gadis tersebut kepada Bray di dalam ruangan kerja seorang CEO AGENDA.

Fail yang berada di atas meja dibuka dan dibaca. "Bila Tuan Ramlee akan balik ke pejabat?"

"Katanya, pukul 11:00 pagi kalau program habis awal." Jawabnya.

"Biasanya awak ikut sekali. Kenapa awak tak ikut?" Soalnya lagi.

"Saya tak ikut sebab Tuan Ramlee minta saya tunggu fail ni sampai ke syarikat kita. Tuan Ramlee dah buat persetujuan untuk terima kontrak ni lepas ada penambahbaikan pada kontrak. Sebab kontrak yang sebelum ni macam ada masalah. Sebab itu Tuan Ramlee minta En. Badri semak dulu isi kontrak."

Bray menandatangan kontrak tersebut selepas menbaca isi kontrak. Dia juga berpuas hati terhadap kontrak yang berada di hadapan matanya ini. Fail ditutup dan diserahkan kembali.

"Beri pada En. Faqrul. Dia akan pegang projek ni." Arah Bray kepada gadis tersebut.

Fail diambil. "Tapi... Tuan Ramlee kata, projek ni perlu beri kepada En. Raihan."

"En  Raihan? Saya tak setuju. Sebab pekerja En. Raihan tak ramai. Lagi pula, bila dia nak mulakan projek tu sedangkan dia ada projek lain sekarang ni?" Hujahnya yang berfakta.

Gadis itu terdiam seketika. Bray pula mengeluh. "Beritahu Tuan Ramlee. Pukul 2:00 petang ada meeting. Panggil En. Raihan dengan En. Faqrul sekali. Kita bincang pasal projek tu. Saya tak nak ada pihak yang tak setuju."

"Baiklah. Terima kasih."

*

"Maisarah." Panggil seorang jejaka sambil berjalan ke arah seorang gadis yang berada di hadapan mesin pencetak.

Dia melihat ke arah jejaka tersebut. "Hamzah. Kenapa?" Soalnya kepada jejaka tersebut.

"Esok boleh temankan En. Badri pergi tapak projek? Saya tak boleh pergi sebab esok saya ada temujanji dengan doktor. Ibu saya sakit." Jelasnya. Dia berdiri di hadapan Maisarah.

"Kenapa saya? Orang lain ada. Lagi pun, saya PA Tuan Ramlee."

"Err... Sebenarnya... Tuan Ramlee yang suruh awak gantikan saya. Tadi En. Badri dari bilik Tuan Ramlee. Saya cuma beritahu awak je."

"Kalau macam tu. Tak boleh membantah la." Maisarah ketawa kecil.

"Hamzah. Saya ada soalan."

"Soalan apa?"

"En. Badri tu macam mana orangnya sepanjang awak jadi PA dia?" Soal Maisarah kepada Hamzah.

"En. Badri tu baik je orangnya. Dia selalu happy dengan kawan-kawan dia kalau mereka berjumpa. Serius bila sedang bekerja. Marah bila ada pekerja yang tak bertanggungjawab. Awak baru tiga tahun kerja dekat sini. Jadi, tak hairanlah kalau awak tak tahu sangat pasal En.Badri."

"En. Badri tu garang. Betul ke?" Soal Maisarah lagi.

Hamzah berbisik pada telinga kanan gadis bertudung itu. "Garang bila dia dapat tahu ada pembelot dalam syarikat dan pekerja yang ada masalah disiplin. Dia terus pecat tanpa minta izin Tuan Ramlee sebab kuasa pemecatan 100% ada pada En. Badri. Lagipun, ketegasan En. Badri tu yang buatkan Tuan Ramlee berani serahkan 100% syarikat ni sepanjang Tuan Ramlee ada dekat luar negara. Sistem dalam syarikat ni pun da dirombak semula oleh En. Badri.  Pengawal keselamatan syarikat ni pun dia pilih sendiri dari GUARD. Kalau duduk semeja dengan En. Badri dan kawan-kawan dia. Rasa macam duduk dalam..."

A.K.U : EAX0011Where stories live. Discover now