BAB 37

165 16 0
                                    

Jamil telah dihantar ke Tanjung Rambutan selepas selesai urusannya di mahkamah. Hal ini demikian kerana mentalnya yang tidak stabil secara tiba-tiba di dalam kandang tertuduh.

*

[IMBAS KEMBALI]

Mahkamah menjadi tempat penentuan masa depan Jamil. Dirinya telah dibantu oleh beberapa orang yang terlibat untuk menegakkan keadilan terhadap diri Jamil. Jamil juga telah mendapat bukti sokongan daripada beberapa buah rakaman CCTV yang telah diperoleh daripada Wing Spy Agency. CCTV tersebut disembunyikan di dalam bilik Joker. Segala perbualan dapat didengar dengan jelas. CCTV tersebut diletak oleh Dazrul yang menyamar sebagai pembantu peribadi Joker dalam misinya.

Bukan itu sahaja, beberapa dokumen juga telah menjadi bahan bukti untuk menunjukkan bahawa Jamil ialah mangsa. Laporan soal siasat terhadap Jamil daripada pihak polis dan Wing Spy Agency turut diserahkan kepada pihak mahkamah. Bukti-bukti Jamil dipukul juga masih berparut pada tubuhnya.

Jamil juga menunjukkan reaksi ketakutan ketika pihak mahkamah bertanya tentang Joker dan sebab dia melindungi Joker. Termasuklah sebab dia menghantar orang untuk membunuh Syah. Syah, Dhiya dan Aniq juga berada di dalam mahkamah tersebut untuk melihat sendiri keadilan yang bakal dihadapi oleh cikgu mereka pada ketika itu.

Jamil menjawab soalan-soalan itu dengan suara yang tergagap-gagap. Dia ketakutan. Mindanya teringatkan kejadian-kejadian masa silamnya. Dia memberitahu bahawa dia diugut oleh Joker. Joker mengarahkan untuk membunuh sesiapa sahaja yang terlibat dalam EAX0011 lepas dapat maklumat atau tak dapat maklumat. Jamil sendiri mengaku bahawa dia tidak pernah memegang sebarang senjata api kerana dia hanya ketua atas nama 'Jack'.

Selepas dia menjawab soalan-soalan tersebut. Jamil mula berhalusinasi. Dia terlihat wajah hakim seperti wajah Joker. Dia terduduk di dalam kandang tertuduh. Dia merapatkan kepala lutut dengan kepalanya lalu berkata. "Kenapa Joker hidup lagi? Aku dah bunuh dia."

Tiba-tiba, sahaja dia berdiri dari kandang tertuduh dan menjerit kepada hakim dengan air mata yang membasahi pipinya. "Jangan bunuh keluarga aku. Aku bukan hamba. Aku, Jamil Yaacob. Aku benci orang macam kau, Joker! Jack The Ripper!"

Selepas kejadian tersebut, mahkamah bersurai. Jamil dibawa kepada pakar mental yang telah dilantik oleh mahkamah. Dokumen kesihatan mental dan rawatannya juga diserahkan kepada pihak yang terlibat.

[TAMAT IMBAS KEMBALI]

*

Aron Raiz telah memperoleh maklumat tentang Arsyad Jalil daripada Fazrin walaupun Fazrin berasa berat untuk memberi maklumat peribadi tersebut kepada Aron tetapi Aron memberitahu bahawa itu ialah arahan Bray. Maka, Fazrin terpaksa memberi maklumat tersebut kepada Aron. Dia juga mempersoalkan tujuan maklumat tersebut diminta. Aron memberitahu bahawa Bray berasa curiga terhadap alamat tempat tinggal Arsyad dan Arsyad pernah melaporkan kes penculikan Dhiya kepada Bray. Walhal Bray tidak pernah memperkenalkan anaknya kepada sesiapa selain namanya. Dhiya juga berkata bahawa dia tidak memberi nombor telefon bapanya kepada sesiapa.

Fazrin cuba membela Arsyad. Katanya, Arsyad mendapat maklumat daripada pembantu peribadi Bray yang bernama Hamzah. Itu menurut laporan daripada Arsyad. Aron pula kata bahawa Hamzah baru pertama kali bertemu Arsyad ketika perjumpaan urusan kerja antara AGENDA dan IMPIAN. Hal ini membuatkan Fazrin terkejut. Aron juga telah memberitahu bahawa Hamzah telah berjanji akan setia kepada Bray untuk menyimpan segala rahsia yang sepatutnya termasuklah hal Dhiya. Kata-kata itu diberitahu sendiri oleh Hamzah lima jam yang lalu sebelum Aron berjumpa Fazrin. Soal siasat terhadap Hamzah dihadiri oleh Bray, Maisara, Syah, Dhiya, Aniq, RaSIS, Safuan dan ketua tertinggi GUARD, Luqman.

Aron juga berpesan kepada Fazrin supaya berlagak normal dan berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku sementara Secret GUARD menyiasat tentang Arsyad Jalil. Fazrin hanya menurut kerana dia berasa bahawa dia perlukan pertolongan pada kali ini. Hal ini telah menjadi rahsia Fazrin dan Secret GUARD.

A.K.U : EAX0011Where stories live. Discover now