BAB 25

153 17 7
                                    

[IMBAS KEMBALI]

Kesuma berlari pulang ke rumahnya selepas mendapatkan sebuah teksi di pondok perhentian bas yang terletak tidak jauh dari situ. Dia segera mencari telefonnya di dalam biliknya dan membuat panggilan kepada bapa Syah.

"Hello, Pakcik Syam. Syah dan abang saya kena culik di sekolah. Tolong selamatkan mereka." Beritahu Kesuma selepas menarik nafas untuk menenangkan dirinya.

"Okay. Terima kasih." Panggilan segera ditamatkan.

Kesuma merebahkan dirinya di atas katil lalu menelefon pula Khairi untuk memberitahu hal tersebut. Abangnya itu segera menamatkan panggilan selepas mendengar nombor plat kenderaan yang diberitahu oleh Kesuma.

Dia menangis tatkala mengenangkan kejadian tersebut. Dia juga telah menelefon Aniq dan Dhiya untuk memberitahu tentang kejadian tersebut. Dia juga meminta mereka berdua berhati-hati kerana dia mengetahui kes-kes penculikan yang dilakukan kepada Dhiya selama dia mengenali mereka.

30 minit selepas itu. Kesuma mendapat panggilan daripada Safuan. Safuan memberitahu bahawa mereka berdua telah berjaya diselamatkan. Kesuma dapat menghela nafas lega selepas mendengar berita gembira tersebut.

[TAMAT IMBAS KEMBALI]

*

Khairi membuka pintu rumah selepas dia mendengar bunyi loceng pintu rumah tersebut. Khairi berada di rumah pada waktu begini kerana dia telah mendapat panggilan daripada Kesuma 20 minit yang lalu. Maka, dia terus pulang ke rumah untuk menanti mereka menghantar adiknya pulang ke rumah.

"Jamil." Dia terus menerpa ke arah Jamil dan memeriksa diri Jamil jika terdapat kecederaan.

"Macam mana boleh jadi macam ni?" Soal Khairi kepada Jamil. Jamil diam.

"Lebih baik kau suruh dia rehat. Mandi sampai bersih. Dia baru lepas kena cabul dengan orang jahat. Tak payah tanya soalan banyak-banyak. Orang tu dah dapat lari. Tapi aku tetap akan cari demi keselamatan anak aku. Kau jaga dia ni baik-baik. Jangan bagi dia keluar seorang diri. Nanti kena cabul lagi. Dah la lembik. Sepatutnya belajar jadi kuat. Syah lagi kuat dari cikgu dia ni." RaSIS berkata jujur tanpa berselindung apa-apa daripada Khairi.

Jamil pula hanya menahan geram terhadap kata-kata RaSIS itu. Dia rasa RaSIS tak patut beritahu hal itu kepada abangnya. Wajah Khairi pada masa itu pula sudah kelihatan sangat marah.

"Siapa orang tu?" Soal Khairi kepada RaSIS.

"Aku tak tahu. Aku datang. Orang tu dah tak ada." Jawabnya.

"Terima kasih sebab dah selamatkan adik saya." Ucap Khairi kepada RaSIS.

"Sama-sama. Aku balik dulu. Bye. Oh, ya. Jangan lupa letak ubat dekat buntut adik kau. Kasihan dia." Sempat lagi dia memberi ayat terakhir itu kepada Khairi sambil tersengih-sengih sebelum berlalu pergi ke arah keretanya.

Khairi melihat ke arah Jamil yang berada di hadapan pintu rumah mereka. Wajah Jamil kelihatan pucat kerana dia takut dimarahi, dihalau dari rumah dan hubungan kekeluargaan diputuskan oleh abangnya.

Khairi menarik tangan kanan Jamil sehingga masuk ke dalam rumah. Pintu rumah ditutup. Suasana di dalam rumah ini sepi kerana Kesuma tertidur di dalam bilik akibat kerisauan sebelum ini.

Khairi melepaskan tangan adiknya ketika mereka tiba di hadapan tangga. "Pergi mandi. Abang carikan pakaian dengan tuala." Dia terus menapak naik anak tangga menuju ke arah bilik Jamil.

Jamil pula terus menuju ke arah bilik mandi yang terdapat di sebelah kanan kawasan dapur. "Abang marah atau tak?"

*

A.K.U : EAX0011Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα