BAB 4

187 19 6
                                    

Dhiya masuk ke dalam bilik bapanya selepas pintu bilik tersebut diketuk. Dia menuju ke arah katil bapanya bersama-sama dengan sebuah buku Bahasa Inggeris. Bapanya pula baru sahaja selesai menjawab panggilan telefon daripada seseorang.

"Papa. Dhiya tak tahu nak buat kerja sekolah BI ni." Kata Dhiya lalu duduk di atas katil tersebut.

"Sini papa tengok soalan." Kata Bray lalu mengambil buku tersebut apabila anaknya memberikan buku itu kepadanya.

"Papa. Dhiya ada benda nak cakap."

"Cakap je la."

"Kalau Dhiya tak dapat lima A PT3 nanti macam mana? Papa marah tak?" Soalnya sambil memintal-mintal hujung bajunya.

Bray melihat ke arah anaknya dan senyum. "Buat apa papa nak marah. Dhiya dah berusaha sebaik mungkin. Kalau itu keputusan yang Dhiya dapat. Papa tak marah. Melainkan kalau Dhiya suka sangat buang masa dan main-main masa belajar."

"Kalau mama?"

"Papa rasa mama pun sama."

"Bila mama nak balik dari Korea? Dhiya rindu mama."

"Papa pun tak tahu. Mama tak call papa pun. Mama tak rindu papa. Sedihnya papa rasa."

"Mama selalu je ikut datuk pergi ke luar negara. Kasihan papa kena tinggal."

"Apa yang papa boleh buat kalau mama tu PA datuk. Nenek Dhiya pun ikut datuk juga. Dari dulu lagi. Papa memang dah biasa kena tinggal dekat rumah ni."

Dhiya memeluk leher Bray dengan penuh kasih sayang. "Tak apa. Sekarang ni Dhiya ada. Papa tak sunyi macam dulu lagi."

"Terima kasih, Dhiya."

*

Aniq bergolek-golek di atas lantai ruang tamu sambil memegang sebuah novel bertajuk SWORD LAGECY yang ditulis oleh Syam Syahrul Azmi. Novel itu ditutup dan dia duduk di atas lantai. Dia melihat ke arah bapanya.

"Abah. Aniq ada soalan."

"Soalan apa?" Soal Safuan yang makan kerepek pisang sambil menonton televisyen yang memaparkan cerita Hell Boy.

"Bila Aniq boleh join GUARD?"

"Eh?" Dia segera melihat ke arah anaknya yang berada di sebelah kanannya.

"Haih. Aniq. Berapa kali abah nak beritahu. Abah tak nak anak abah terlibat dalam dunia yang bahaya macam tu. Abang tak sanggup kehilangan sesiapa lagi." Dia mengeluh.

"Tapi abah ada dalam GUARD. Aniq pun tak sanggup kehilangan abah."

"Abah tak ambil misi. Jadi jurulatih je. Lagipun, Pakcik Bray tu selama-lamanya jadi bos abah. Sebab abah hanya pegang satu misi je. Jaga keselamatan dia."

"Tapi sekarang abah ada dekat rumah kita. Macam mana abah jaga keselamatan Pakcik Bray?" Dia mempersoalkan hal tersebut. Safuan terdiam seketika.

"Aniq. Anak Pakcik Bray tu cantik. Aniq tak cuba pikat ke?" Dia segera mengalih topik dan tersengih-sengih sambil angkat kening ke arah anaknya itu.

"Kitaorang dah couple la." Jawab Aniq lalu seluk tangannya ke dalam balang kerepek pisang yang dipegang oleh Safuan sejak dari tadi.

"Eh? Kenapa abah tak tahu pun?"

"Dah abah tak pernah tanya sebelum ni."

Safuan tertunduk lemah. "Budak zaman sekarang. Laju je pasal couple."

"Kalau abah setuju. 10 tahun lagi Aniq nak masuk meminang Dhiya." Katanya lalu dia angkat kening ke arah bapanya pula.

Safuan kelihatan sangat terkejut. "Muda-muda lagi dah fikir pasal kahwin."

"Perancangan masa depan."

"Kalau nak kahwin. Aniq kena dapat lapan A dalam PT3. Kalau tak dapat..."

"Okay, bos. Lapan A. Sekarang Aniq nak pergi study. Bye, abah. Jangan tidur lambat. Kejap lagi ibu balik. Ibu membebel. Siapa suruh abah kahwin dengan doktor?" Perlinya lalu berdiri dan berjalan ke arah tangga menuju ke biliknya.

"Kalau aku tak kahwin dengan ibu kau. Macam mana kau boleh ada dekat sini? Alahai anak aku ni." Keluh Safuan lalu makan kerepek pisang.

*

Syah membuka matanya selepas seharian berada di alam lain. Dia di hantar semula ke alamnya oleh Tok Suria selepas kepalanya tidak berasa sakit lagi. Syah duduk di atas katil di dalam biliknya. Dilihatnya pada pakaiannya. Bukan seragam sekolah yang dipakainya pada pagi tadi. Kemudian, Syah turun dari katil dan keluar dari biliknya. Dia mencari bapanya di ruang tamu dan di dalam bilik ibu bapanya. Tiada. Dia mula berasa risau.

Syah terus masuk semula ke dalam biliknya dan mencari telefon bimbit. Dia menelefon bapanya tetapi tidak dijawab. Berkali-kali dia menelefon bapanya tetapi keputusan tetap sama.

"Apa yang dah jadi dekat papa? Kenapa papa tak angkat call aku?"

Syah bergegas menapak turun tangga apabila dia terdengar bunyi kenderaan berhenti di hadapan rumahnya. Syah berdiri di hadapan pintu rumah dan menanti seseorang masuk ke dalam rumah tersebut.

Pintu rumah dibuka oleh seseorang tidak lama selepas itu. Syah melihat ke arah orang tersebut. "Mama."

"Syah? Kenapa ni?" Soal Enes apabila Syah memeluknya.

"Papa tak balik lagi. Syah telefon papa dari tadi tapi papa tak angkat. Syah risau perkara orang jahat cari papa." Syah menangis.

"La. Syah cari papa ke? Papa ada dalam kereta tu. Tadi mama call papa suruh ambil mama dekat kedai baiki kereta. Kereta mama rosak masa nak balik sini siang tadi." Jelas Enes kepada anaknya.

Syah melihat wajah ibunya. "Betul ke?"

"Ya, sayang." Jawabnya lalu mengucup dahi anaknya itu.

"Enes. Esok aku tak boleh hantar kau pergi shopping. Aku ada meeting pagi. Petang pula kena jumpa penulis baru. Tadi aku dah mesej Ayuni. Dia free esok." Beritahu si suami kepada si isteri ketika dia berjalan menuju ke arah pintu rumah.

"Okay. RaSIS. Kau nak aku belikan apa-apa untuk kau esok?" Soal Enes sambil berjalan ke arah ruang tamu selepas dirinya dilepaskan oleh Syah.

RaSIS masuk ke dalam rumah dan menutup pintu. Pintu dikunci dari dalam. "Beli gula-gula kapas yang dalam plastik dekat kedai runcit dan roti dekat Lavender. Satu lagi, beli seluar dalam. Aku tak tahu seluar dalam aku berlari ke mana. Tadi aku cari, ada dua je."

Enes mengeluh. "Siapalah yang rajin sangat sorok seluar kau? Ni mesti kerja budak tak cukup umur tu." Bicara hatinya.

Syah tiba-tiba sahaja memeluk RaSIS. RaSIS terkejut. "Syah. Kenapa ni?"

"Papa. Siang tadi Syah ternampak bayangan papa kena belasah dengan orang jahat." Beritahunya kepada bapanya.

"Ah. Memang pun. Tapi semuanya dah selamat ke neraka."

Syah melihat wajah bapanya. "Eh?"

RaSIS melabuhkan tapak tangannya di atas kepala Syah. "Selagi aku ada. Kau jangan risau. Okay?"

"Kalau Syah nak risau juga, macam mana?" Soalnya lalu menempatkan wajahnya pada dada bapanya itu.

"Suka hati kau la. Malas aku layan. Dah la. Aku nak mandi. Dari siang tadi tak sempat mandi. Dah wangi sangat badan ni." Dia meleraikan pelukan Syam.

Syah terbersin selepas pelukan dilepaskan. "Patutlah bau macam stokeng." Syah memerli.

"Ha?" RaSIS naik angin.

Syah segera melarikan diri. "Selamat malam. Syah nak tidur dulu. Esok sekolah."

"Tahu pun takut." Kata RaSIS.

Syah ketawa. Enes juga turut ketawa melihat gelagat suami dan anaknya itu.

*

Syah baring di atas katil sambil membelek-belek kotak misteri yang telah diserahkan oleh Dhiya kepadanya. Sebelum ini Dhiya yang menjaga kotak tersebut. Kotak itu diletakkan disebelah kanan bantalnya. Dia mengiring ke arah kotak tersebut dan berkata. "Selamat malam kotak." Syah memejamkan matanya.

A.K.U : EAX0011Where stories live. Discover now