BAB 39

168 17 3
                                    

Dato' Latif melihat suasana di halaman rumahnya melalui tingkap biliknya. Dua orang bodyguard sedang berbual-bual di hadapan pagar rumahnya. Tiba-tiba, mereka melihat ke arah Dato' Latif dan senyum. Dato' Latif mengangkat tangan kanannya sebagai tanda membalas sapaan tersebut sebelum langsir bilik ditutup.

Dato' Latif berjalan ke arah meja yang terletak tidak jauh dari tingkap tersebut. Dia mengambil tempat disebuah kerusi.

"White Fang. Aku tak boleh tarik diri dari White Fang. Kalau aku tarik diri. Aku akan mati. Tapi dalam berita tadi. Pihak polis sedang memburu White Fang. Aku akan ditangkap sekali." Monolognya sambil bersandar pada kerusi.

"Aku perlu keluar dari Malaysia. Hal syarikat dan projek tu beri Elisya. Elisya tak tahu apa-apa dan tak ada kaitan dalam White Fang. Rasanya, projek tu akan selamat." Katanya sambil melihat gambar keluarga yang berada di atas meja tersebut.

Telefon pintar berdering. Dato' Latif segera mengambil telefon pintar yang berada di atas meja tersebut. Panggilan dijawab selepas melihat nombor yang tidak bernama. "Hello?"

"Hello, Dato' Latif."

Dato' Latif terkejut tatkala mendengar suara robot tersebut. Dia sangat mengenali suara itu. "Kau lagi. Apa tujuan kau call aku?"

"Tujuan aku call dato' ialah untuk beri peringatan kepada dato'. Dato' Latif tak akan dibenarkan keluar dari negara ni selagi segalanya belum selesai."

Dato' Latif terkejut. "Macam mana dia boleh tahu niat aku?" Fikirnya.

Dato' Latif segera berdiri dari kerusi dan berjalan ke arah tingkap bilik. Langsir ditarik. Dia melihat ke arah luar tingkap. Tiada kereta sesiapa dia luar rumahnya.

"Kenapa? Dato' risau kalau saya ada depan rumah dato'?" Soalnya kepada Dato' Latif.

"Macam mana kau tahu apa yang aku buat sekarang ni?" Soalnya tanpa menjawab soalan tersebut.

"Aku dengar bunyi langsir." Jawabnya.

Tiba-tiba, lelaki misteri itu ketawa. "Tak lama lagi rahsia dato' akan terbongkar. En. Badri akan tangkap dato'. Oh, ya. Bukan En. Badri je yang akan tangkap dato'. Polis pun akan tangkap dato' sebab Dato' Latif sebahagian daripada White Fang. Orang yang salurkan dana kepada White Fang. Tapi sekarang dato' terpaksa kurangkan saluran dana sebab BERSATU Corp pun ada masalah dana. Jadi, White Fang perlu cari orang lain untuk salurkan dana."

"Macam mana kau tahu?" Tengking Dato' Latif kepada orang tersebut.

"Macam mana aku tahu? Kawan aku beritahu. Tapi jangan risau. Dia dah ada di neraka sekarang ni."

"Siapa kau? Apa yang kau nak daripada aku?" Dato' Latif kelihatan sangat marah.

"Aku? Dato' tak perlu tahu siapa aku. Perkara yang aku nak ialah berhenti menyusahkan En. Badri dan AGENDA."

"Kau orang bawahan Badri ke?"

"Tak."

"Habis tu? Apa hubungan kau dengan dia?"

"Hubungan? Umm... Bodyguard."

"Bodyguard? Heh..."

"Sia-sia je kalau Dato' Latif nak bunuh semua bodyguard dia. Dato' tak akan jumpa aku sebab aku tak ada dalam senarai."

"Apa maksud kau?"

"Aku halimunan." Panggilan segera ditamatkan.

"Hello! Hello!"

*

Novel bertajuk Mawar Berduri karya Syam Syahrul Azmi ditutup dan diletakkan di atas meja sebelum dia merenggangkan otot-ototnya. Kemudian, dia melihat ke arah seorang lelaki yang baru sahaja selesai menelefon seseorang.

A.K.U : EAX0011Where stories live. Discover now