BAB 41

157 18 4
                                    

Syah rebah di atas katil kerana kepenatan. Dia diminta untuk menjaga anak Adam yang berusia empat tahun, Idris. Ibu Idris perlu melawat datuk budak itu di hospital. Di rumah pula tiada sesiapa yang menjaga. Maka, ibu Idris mengambil keputusan untuk menghantar anaknya itu ke rumah Syam. Enes pula tiada di rumah kerana pergi kerja. Syah pula berada di rumah kerana cuti sekolah.

"Idris. Nak pergi mana tu? Sini la. Abang penat la." Kata Syah sambil melihat sepupunya berjalan ke arah pintu bilik.

"Ris nak alan. Intu (Idris nak jalan. Pintu.)" Pintu bilik ditepuk-tepuk oleh Idris. Dia suruh Syah membuka pintu bilik tersebut.

Syah tepuk tapak tangan kanannya di atas tilam. "Sini la. Kita tidur. Rehat kejap. Petang nanti kita keluar."

Idris mengembungkan pipinya lalu dia menendang pintu dengan kaki kecil sebelum dia bersandar pada pintu. "Anak awan. (Tak nak kawan.)" Dia merajuk.

"Alahai budak ni. Merajuk pula. Ya la ya la. Jom main dekat ruang tamu." Syah duduk di atas katil lalu merenggangkan otot-ototnya.

Idria segera berdiri. "Gi dai. (Pergi kedai.)" Wajahnya kelihatan gembira.

"Kedai? Kedai tutup. Tengah hari." Syah bangun dari katil.

Idris menghampiri Syah lalu memijak kaki kanan Syah. "Gi dai. Ris nak ayem. (Pergi kedai. Idris nak aiskrim.)"

"Mentang-mentang la dah pandai berjalan. Kaki abang pun Idris pihak. Tak sakit pun."

Idris memijak-mijak kanan Syah dengan penuh perasaan geram. Syah pula menahan kesakitan.

"Okay. Okay. Jom, pergi kedai." Dia terpaksa mengalah kerana Idris sangat suka memijak kaki Syah sehingga kakinya kelihatan kemerah-merahan.

Idris senyum gembira kerana kemenangan berpihak kepadanya. "Win." Ujarnya sambil melompat-lompat.

"Budak ni pandai speaking." Bicara hatinya.

*

Syah mengekori Idris berjalan-jalan sambil memilih makanan di dalam kedai runcit. Sudah 30 minit mereka berada di dalam kedai runcit tersebut. Idris masih belum selesai memilih makanan yang dia mahu.

"Done." Kata Idris selepas mengambil lolipop berperisa anggur.

"Jom pergi bayar." Ajak Syah yang membawa beberapa jenis makanan yang dipilih oleh Idris tadi.

Idris berjalan terlebih dahulu ke arah kaunter pembayaran. "Yey~"

Tiba-tiba, dua orang lelaki bertopi keledar hitam yang menutupi seluruh wajah masuk ke dalam kedai runcit tersebut. Mereka terus menuju ke arah kaunter. Pistol dihalakan ke arah pekerja yang berada di kaunter pembayaran. Seorang lagi meletakkan sebuah beg di atas meja kaunter.

"Serahkan semua wang." Arah lelaki yang memegang pistol tersebut. Pekerja kedai tersebut hanya menurut kerana dia berasa sangat takut.

Idris terpinga-pinga melihat aksi orang yang tidak dikenalinya itu. "Ehhhh? Ris apai ulu. (Idris sampai dulu.)"

Lelaki yang meletak beg tadi melihat ke arah Idris. "Anak siapa ni?"

Syah segera mendukung Idris dan menjauhkan diri daripada dua orang perompak tersebut. Lelaki itu mengeluarkan pistol dari belakang seluarkan lalu mengacukan ke arah Syah.

"Serahkan wang kau atau kau mati." Arah perompak itu kepada Syah.

Syah meletakkan Idris di atas lantai. Idris menyorok di belakang Syah. "Mati? Heh, perompak amatur."

Tembakan dilepaskan ke arah Syah. Syah sempat mengelak. "Pistol betul." Jantungnya berdegup kencang kerana terkejut.

"Akut. (Takut.)" Kata Idris yang kelihatan mahu menangis.

A.K.U : EAX0011Onde as histórias ganham vida. Descobre agora