BAB 35

157 15 0
                                    

Aniq telah di masukkan ke hospital sejak malam tadi kerana mengalami buasir. Dia telah diberi ubat dan ditahan di dalam wad. Dr. Qasya membebel kepada anaknya kerana tidak memberitahu masalah tersebut sejak awal. Nasib Aniq baik kerana keadaan buasir itu tidak kritikal. Aniq pula tidak berkata apa-apa untuk membalas hujahan ibunya yang merupakan seorang doktor itu. Dia memilih untuk berdiam diri dan menangis sambil memegang tangan bapanya kerana perutnya berasa sakit.

Safuan terpaksa mengambil cuti untuk menjaga Aniq. Aniq tidak mahu ibunya menjaganya kerana dia tidak mahu mendengar ibunya membebel.

"Lepas ni. Kalau sakit. Terus beritahu abah kalau tak nak beritahu ibu. Jadi macam ni lagi susah. Sakit dalaman bukan boleh nampak." Nasihat Safuan dengan baik.

"Okay. Aniq tak buat lagi. Sakit." Dia mengelap air matanya dengan lengan kananya.

Safuan mengusap kepala anaknya supaya bertenang. "Rehatlah. Abah ada dekat sini."

"Okay." Aniq memejamkan matanya.

Sementara itu, Jamil pula baru sahaja sedarkan diri daripada lena yang panjang. Tangan kanannya terasa sakit. Dia memegang tangan kanannya. Terasa sesuatu yang ganjil. Dia melihat ke arah tangannya itu dan terkejut. Dia menjerit ketakutan terhadap realiti yang dihadapinya.

Jamil panik melihat suasana bilik yang serba putih itu. Dia sendirian di situ. Kemudian, dia duduk di atas katil selepas berhenti menjerit. Dilihatnya lagi tangan kanan yang telah kudung sehingga ke paras siku. Fizikalnya tidak lagi sempurna.

"Kenapa? Kenapa aku masih hidup lagi?" Soalalnya kepada diri sendiri. Tangan kiri memegang sisi kiri kepalanya.

Pintu wad persendirian dibuka. Seseorang masuk ke dalam wad tersebut. Jamil melihat ke arah orang itu. Dia kelihatan terkejut dan ketakutan. "Joker. Kau... Kau sepatutnya dah mati. Kenapa kau hidup lagi?"

Orang itu menghampirinya. "Bertenang. Saya doktor."

"Doktor? Jangan tipu. Aku tahu kau Joker." Kata Jamil kerana dia dapat melihat wajah Joker di hadapan matanya.

Seorang jururawat masuk ke dalam wad tersebut dengan sebuah dulang berisi picagari dan botol ubat. Itu merupakan sejenis ubat untuk melawan sisa-sisa dadah EAF001 jika masih ada dalam tubuh Jamil.

"En. Jamil. Saya bukab Joker. Saya..."

"Diam!" Jamil menjerit. Dia cuba melarikan diri tetapi kakinya masih berasa lemah untuk berdiri.

Doktor itu menghampiri Jamil yang sudah terduduk di atas lantai. Tetapi Jamil mengesot untuk menjauhkan diri dari doktor itu.

"Dr. Marc..."

Dr. Marc mengeluh. "Mental ke? Ah, kena panggil Dr. Syamila kalau macam ni." Dia berjalan ke arah jururawat tersebut.

Picagari dan botol ubat diambilnya. Jarum picagari dicucuk pada penutup botol ubat yang kecil itu. Cecair ditarik masuk ke dalam picagari. "Tolong saya pegang pesakit."

"Okay, doktor."

*

Bray baru sahaja menerima panggilan daripada doktor peribadinya, Dr. Marc. Dr. Marc memberitahu bahawa Jamil mengalami halusinasi visual kerana kesan sampi atau tekanan mental yang dihadapinya sebelum ini. Hal ini demikian kerana setiap wajah lelaki yang dilihatnya akan menjadi wajah Joker. Penyakit ini telah disahkan selepas Dr. Syamila membuat pemeriksaan terhadap Jamil setengah jam yang lalu.

Dr. Marc juga telah membuat keputusan untuk bertukar posisi dengan Dr. Qasya untuk merawat Jamil tetapi masih menggunakan ubat-ubatan dari Dr. Marc. Hal ini bagi mengelakkan Jamil bertindak agrasif ketika mendapatkan rawatan sama seperti sebelum ini. Tangan kanan Dr. Marc hampir sahaja digigit oleh Jamil kerana pada pandangan Jamil, Joker sedang mencucuknya dengan sejenis dadah. Namun, tindakan tersebut sempat dihalang oleh seorang jururawat wanita dengan cara menghalang wajah Jamil menggunakan dulang yang dibawanya tadi.

Bray kembali merebahkan dirinya di atas katil selepas lenanya terganggu. Dia melihat ke arah kanan. Isteri kesayangannya sedang tidur lena. Isterinya itu baru sahaja tiba di Malaysia pada malam itu. Tepat jam 10:00 malam, isterinya tiba di rumah. Dia juga tidak diberitahu tentang kepulangan isterinya. Bray dan Dhiya agak terkejut apabila mendengar bunyi loceng rumah ketika mereka sedang makan di ruang tamu.

Bray mengiring ke arah isterinya lalu memeluk isteri kesayangannya itu. "Awak pergi dan kembali tanpa khabar. Hanya tinggalkan surat di atas meja sebelum pergi. Tanpa tinggalkan seberang tanda ketika mahu kembali. Tapi sering hantar mesej bila merindui. Awak memang tak pernah berubah sejak dulu. Sejak saya jatuh cinta kepada awak." Dahi Maisara dikucup.

Maisara terjaga. Dia melihat ke arah Bray. "Awak tak tidur lagi?"

"Saya terjaga."

Maisara mengiring ke arah Bray. Dia menepuk-nepuk belakang Bray. "Sini saya dodoikan awak sampai awak tidur."

Bray ketawa kacil. "Tapi awak yang tidur lena akhirnya."

Isterinya turut ketawa kecil. "Sebab baby besar ni tak nak tidur."

Bray merapatkan mulutnya pada telinga kanan Maisara. "Awak dah sedia nak baby baru ke?"

Maisara melepaskan pelukan lalu mencubit hidung Bray. "Malam ni tak boleh. Saya penat. Esok boleh."

Bray tersengih-sengih. "Serius?"

Maisara sudah terlelap kerana kepenatan. Bray ketawa lalu menggesel-gesel pipinya pada pipi kanan isterinya.

Isterinya terjaga lagi. "Tidurlah. Esok awak kerja." Suaranya tenggelam timbul. Matanya masih dipejamkan.

Bray menekan-nekan hidung isterinya menggunakan jari telunjuk tangan kanannya. "Ya ya. Saya tidur. Hoot hoot."

Maisara memegang tangan suaminya itu. "Janganlah kacau."

"Ya, sayang." Ujarnya sebelum dia mengucup tangan isterinya itu.

*

Enes melihat suaminya sedang melakukan latihan menggunakan pedang kayu pada waktu tengah malam. Ketika ini, Enes terjaga kerana dia mahu pergi ke tandas.

"Erzen. Tidurlah." Dia bangun dari katil.

Erzen melihat ke arah Enes. "Kau tidurlah. Aku sibuk."

Enes tepuk dahi. "Haih. Malaslah aku layan kau malam-malam buta ni."

Enes berjalan ke arah bilik mandi yang terletak di sebelah kanan bilik tersebut. Di dalam bilik mandi itu terdapat sebuah tandas. Hanya bilik mereka sahaja yang memiliki bilik mandi dan tandas.

"Esok pagi Syam ada meeting. Badan tu kena rehat. Jangan berlatih sampai pagi. Penat nanti." Kata Enes sebelum membuka pintu bilik mandi.

"Aku tahu la." Erzen meletakkan pedang kayu yang digunakannya itu di atas meja berhampiran.

Kemudian, dia berjalan ke arah katil dan duduk di atas katil. Selimut diselak. Matanya terlihat ke arah sesuatu yang berada di atas katil, tempat Enes tidur.

"Enes! Darah kau bocor atas katil." Pekik Erzen.

Enes yang berada di tandas pula terkejut mendengar jeritan Erzen. "Diamlah!" Kini, Enes pula yang menjerit.

*

Suara muadzin yang melaungkan azan Subuh telah membuatkan Syam terjaga daripada lena. Dia memisat-misat matanya sebelum duduk di atas sofa. Pipinya terasa kebas ketika menguap. Dia melihat suasana di hadapannya dengan perasaan terpinga-pinga.

"Eh? Semalam aku tidur dalam bilik. Kenapa aku tidur atas sofa ni. Auch. Pipi aku sakit. Kena belasah ke? Tapi kenapa pula kena belasah? Aku tidur awal semalam." Monolognya sambil menyentuh pipi yang keperitan itu.

Syah keluar dari bilik. Dia menuju ke arah ruang tamu apabila dia terlihat bapanya. "Kenapa papa tidur sini? Papa dah solat ke?"

"Tak solat lagi. Baru bangun. Papa pun tak tahu kenapa papa tidur sini."

Syah yang berdiri di sebelah kanan Syam sedang tersengih-sengih. "Papa buat apa dekat mama malam tadi? Syah dengar mama menjerit. Papa buat adik, ya?" Dia angkat kening kepada bapanya.

Syam melenting. "Mana boleh. Mama belum habis datang bulan lagi la."

"La. Habis tu? Kenapa pipi kanan papa merah? Kena tampar dengan mama? Oh, ya. Ni mesti Papa Aron. Sebeb semalam Papa Aron muncul." Kata Syah.

Syam tepuk dahinya. "Aron ke?"

"Bukan aku la." Jerit Aron dalam mindanya.

A.K.U : EAX0011Where stories live. Discover now