BAB 44

158 16 4
                                    

Fazrin menyemak fail kewangan yang diserahkan oleh Arsyad. Dia cuba berlagak normal di hadapan Arsyad berdasarkan rancangan RaSIS. Arsyad juga berlagak normal di hadapan Fazrin walaupun dia sudah tahu bahawa Fazrin mengetahui identitinya. Hal ini demikian kerana dia tidak mahu Fazrin semakin mengesyaki bahawa dia telah memantau pergerakan Fazrin selama ini. Dia berlakon seperti dia tidak tahu apa-apa.

"Tak ada masalah." Fail ditutup dan diletakkan di atas meja.

Arsyad mengambil semula fail kewangan tersebut untuk dihantar kembali kepada pengurus kewangan syarikat IMPIAN. "Projek-projek terkini berjalan dengan lancar. Rasanya tak ada masalah selagi AGENDA beri bantuan kewangan kepada IMPIAN."

"Ya. Tapi IMPIAN tak boleh berharap kepada AGENDA je. Kalau suatu hari nanti AGENDA tak ada. IMPIAN boleh gulung tikar." Katanya lalu berdiri.

Bunyi kaca berderai kedengaran menghiasi ruangan ini. Fazrin terkejut kerana tubuhnya terdorong ke hadapan. Dia melihat ke arah meja yang berdarah itu. Kemudian, dia melihat ke arah Arsyad. Arsyad senyum kepadanya.

"Kau..." Fazrin rebah ke lantai sebelum dia sempat menghabiskan kata-katanya.

Arsyad berlari keluar dari bilik kerja tersebut dengan lakonannya. Wajahnya kelihatan cemas dan ketakutan. Dia berlari ke arah meja kerja berhampiran.

"Arsyad. Bunyi kaca apa tadi tu?" Soal seorang pekerja wanita.

Arsyad duduk bercangkung bersama-sama dengan fail yang masih berada pada tangan kanannya. "Tuan... Tuan Fazrin kena tembak dengan sniper. Tuan Fazrin kena tembak pada jantung. Tuan Fazrin dah mati." Jeritnya pada ayat terakhir. Lakonannya sangat sempurna.

*

Safuan terduduk di atas kerusi selepas mendapat panggilan daripada orang bawahannya. "Fazrin. Tak guna kau, Arsyad."

Bray membuka matanya perlahan-lahan. Dia melihat ke arah Safuan yang berada di sebelah kanan katil wad tersebut. Bray dibawa ke hospital atas nasihat Dr. Marc kerana kes tembakan sebelum ini.

"Safuan. Kenapa dengan Fazrin?"

Safuan melihat ke arah Bray yang baru sahaja sedarkan diri daripada pengsan. "Bray. Baguslah kau dah sedar."

"Kenapa dengan Fazrin?"

"Fazrin... Arsyad dah bunuh dia. Sniper tembak Fazrin dari luar bangunan. Orang terakhir jumpa Fazrin ialah Arsyad. Arsyad dah lari dari IMPIAN sebaik sahaja pasukan aku sampai. Dia juga dah suruh orang bawahan dia untuk bunuh ahli pasukan aku. Tapi tiada yang terkorban. Hanya cedera. Mereka hanya nak beri masa kepada Arsyad untuk melarikan diri."

Bray meletakkan tapak tangan kanannya pada dahi. "Tak guna. Kau memang dah melampau. Aku tak akan lepaskan kau, Arsyad."

"Bray. Jangan stress sangat. Nanti kepala kau sakit lagi." Dia berasa bimbang terhadap kesihatan sahabatnya itu.

"Hamzah mana?"

"Ada dengan Dr. Marc."

Bray duduk di atas katil dan bersandar. "Kenapa aku masuk hospital? Aku pengsan je, kan?"

"Ya. Tapi ini yang terbaik. Bangunan SG dah tak selamat."

"Apa maksud kau? Kau kata tak akan ada yang tahu." Dia merenung sahabatnya itu.

"Dalam meeting pagi tadi ada pembelot. Dia cuba bunuh kau masa kau pengsan. Nasib baik ada Hamzah. Hamzah dah minta bantuan kawan dia dari DALLAS untuk cari orang tu. Orang tu salah seorang anggota polis dalam meeting tu. Jangan risau. Kawan Hamzah terpaksa bunuh dia sebab dia cuba melarikan diri. RaSIS dah serahkan bahan bukti kepada pihak polis. Inspektor Hafizul juga diburu oleh White Fang. Adam lindungi dia." Beritahu Safuan kepada Bray.

A.K.U : EAX0011Where stories live. Discover now