Daeng | Tun Isyak | Derahim | Zei Wei

398 49 14
                                    

Danny mencelik matanya. Pandangan kabur seketika. Setelah digosok-gosok matanya itu, boleh dilihat keadaan sekeliling bilik yang tak serupa bilik. Atau lebih tepat bukan bilik.

Disana sini, seakan dinding yang sudah rapuh. Bahkan tempatnya baring adalah alas tikar lusuh. Lantai menyerupai tanah. Dia termanggu seketika.

"Bangsal?" Pikirnya dia saat ini adalah bangsal haiwan. Kerana terlibat beberapa ekor kuda dari jauh dalam kandang masing-masing.

"Engkau sudah siuman?"

Danny menoleh, seorang lelaki berbadan tegap gelap menyapanya. Danny berkerut tidak mengerti, lelaki itu mendapatkan seekor kuda lalu diberi makan. Melihat kerutan Danny, mungkin anak itu masih keliru..

"Drahman dan temannya membuli engkau semalam, engkau lupa apa yang terjadi?"

Danny serba faham sedikit bahasa digunakan. Mungkin itu bahasa melayu klasik. Dia menggeleng akan itu. Masih ada lagi ke orang menggunakan bahasa melayu klasik zaman ini?

"Aku kat mana?" Danny cuba menginjak lantai tanah. Entah kenapa, dia menyedari sesuatu dengan kakinya terlihat berbeza. Dia mengamati lama.

"Engkau tidak tahu ini dimana? Sudah lupa aku punya kadang kuda?" Soal lelaki itu berkerut. Dia pula menyoal hairan.

"Aku.." Danny tergamam. Dia melihat telapak tangannya, penuh luka. Melihat ke seluruh badannya yang kuning langsat. Ini!

'Ini bukan tubuh aku!' Danny bangun mendadak. Membelek badannya yang terlihat kurus dan kotor. Danny mencari-cari sesuatu di kawasan itu. Terlihat perigi di luar bangsal lalu dia berlari ke arah sana.

Sebaik dia melihat ke dalam perigi. Matanya membulat. Samar-samar wajahnya sudah terlakar.

"Si-Siapa aku?" Danny terketar-ketar, menyentuh kesemua wajah barunya. Bahkan di saat ini sangat mengigil ketakutan.

"Daeng, engkau kenapa?" Lelaki itu menghampiri.

Danny menoleh, jelas matanya membutang dek tergamam. Siapa Daeng?

Danny kelu, dia tidak mampu bersuara tika itu. Wajah di dalam perigi ditenung lama. Cuba mengingati apa yang terjadi kepadanya sebelum ini.

Apa yang dia ingati kali terakhir adalah dia berada di hutan. Berkhemah atas anjuran sekolah. Jadi, bagaimana dia boleh jadi begini!?

"Aku, Daeng?" Perlahan Danny menatap lelaki dihadapannya.

"Engkau, tidak mengenal diri kau?" Lelaki itu jelas terlihat terkejut besar.

"Kau siapa?" Danny cuba beranikan diri.

"Aku Abit, engkau?"

Danny diam. Tidak mahu mendedahkan dirinya. Saat ini dia harus berfikir waras bahawa dia bukanlah Danny, buat masa sekarang dia harus menyembunyikan identitinya.

"Daeng?"

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Is merengus. Dia panas. Dia pusing kiri, bunyi nyamuk menganggu. Pusing kanan, cahaya dari tingkap menyapa. Dia terjaga.

Mendadak dia bangun dari pembaringan. Is mamai. Dia menguap selepas itu. Sambil bangkit dari baringan, bontot digaru malas.

Buk!

Dinding kayu dihadapannya dilanggar. Is gosok dahi, matanya ditenyeh kasar.. Dia lihat sekeliling yang terlalu asing baginya.

"Tun Isyak, sudah bangun? Hamba ambilkan air cuci mukanya." Seseorang di luar bilik bersuara. Is kembali ke tempat baringnya.

PERENTAS WAKTU CWhere stories live. Discover now