Danial as Derahim ²

106 27 0
                                    

Danial mengetap bibir geram. Dia sekejap merengus, sekejap tumbuk angin. Masih berasap kepala dia dengan apa yang berlaku tadi.

"Sikit lagi aku nak dapat gelang tadi, sibok betulla mamat tu." Omel Danial. Dia mengemas barang-barangnya. Salehuddin berkerut melihat anaknya lain dari rupa. Marah tanpa sebab.

Hari ini mereka pulang bersama, tidak dijangka hendak hujan pula. Makanya, ramai pedagang tutup gerai dan jualan meski ada yang sedang bertahan. Tetap sahaja risau ribut melanda.

Sepanjang perjalanan pulang, hujan sangat lebat. Seperti hati Danial yang dingin dan kelam. Dia inginkan gelang dari saudari itu. Meski tiada orang lain yang nampak, dia jelas melihat gelang itu bergegar memberi reaksi dengan cincin disimpannya.

Hampir sahaja dia membelinya, tapi abang kepada saudari itu pula menghalang.

"Kalau tu hadiah dia, patutnya dia pakai." Hairan Danial. Mujur sahaja tandu kuda memuatkan dia dengan bapaknya.

"Engkau sudah kenapa berkelahi dengan pembeli? Sekiranya mereka tidak jadi beli, rugila kita." Luah Salehuddin geram dengan sikap tiba-tiba anaknya.

"Bapak tidak perlu tahu, kami hanya merebut gelang. Saudari tadi hendak menjual gelangnya tapi saudaranya tidak mahu. Hanya itu saja, bapak tidak perlu runsing." Danial tutup pasal itu. Tak nak panjangkan masalah.

Salehuddin terdiam. Anaknya memang lain benar sikapnya. Selalu akan lebih diam dan tidak banyak bersuara. Seperti dihadapannya kini bukan anaknya. Namun, dia selesa situasi begini.

Rumah sudah terlihat. Melati tunggu di hadapan rumah bersama payung kertas. Meski agak kecil, cukup untuk mereka pindahkan barangan jualan dalam rumah.

.
.
.
.
.
.

"Ampunkan patik Tuan Derahim." Melati duduk melutut. Menunduk kepalanya dek kerana melakukan kesalahan.

Danial garu belakang kepala, dia tak sangka dia akan dijemput ke majlis perkahwinan abangnya Tun Isyak. Melati pulak main sebarang cakap dia free, patutlah mintak ampun sebagai.

"Bagaimana ini bapak?" Tanya Danial risau akan pekerjaan mereka.

"Pergi saja, itu Tun Isyak sendiri mengundang engkau." Salehuddin tampak tidak kisah. Kalau macam tu, bolehlah Danial pergi nanti.

"Kapan itu Melati?"

"Hujung sepurnama ini." Ujar Melati.

"Kebetulan sekali, atokmu juga akan tiba." Salehuddin tersenyum gembira. Dia menatap anaknya yang berkerut.

"Atok? Selama ini dia kemana?" Hairan Danial, jadi dia atok?

"Engkau ini buat-buat hilang ingatan apa? Atokmu kan sudah enam sepurnama berlayar di Kerajaan China, apa engkau minum banyak semut sampai atok engkau juga tidak ingat?" Bebel Salehuddin. Dia lalu meminum airnya. Makan malam itu sangat sedap, masakan Melati semakin baik hari ke hari. Tapi siapa tau yang Danial menjadi guru kepada Melati sendiri.

.
.
.
.

"........"

Melati menggetap bibir, keliru dengan sikap Derahim seperti pelupa orang.

"Tuan Derahim betul-betul tidak ingat dengan tuan besar?"

Tuan besar? Jadi atoknya tuan besar dalam rumah ni? Seriously!?

"Melati, engkau ini mahu bagitau atau tidak?" Geram pulak Danial.

"Iya, tuan besar bernama Ahsan Sadik, sudah berusia enam puluh satu tahun dan kini sedang kembali berlayar dari kerajaan China. Apakah ada yang tertinggal Tuan Derahim?" Melati menjelas sekaligus sambil menatapnya. Danial tersengih. Salah ke dia tanya? Memandangkan dia tak kenal lansung?

PERENTAS WAKTU CWhere stories live. Discover now