Daeng | Tun Isyak ²

132 29 2
                                    

Boleh tengok contoh silat dulu kat atas.
Segala seni silat sekadar ditokok-tambah oleh author kat bawah.

Tapi teknik lumpuh sendi pernah wujud tapi author tak berapa ingat namanya.
Teknik harimau sendi adalah hampir sama yang author baca dalam kajian. Semoga readers tak take serius sangat.

Kalau dah habis tengok, boleh pause.
________________________________________

Danny membuat gerak geri silat. Dia merenung Drahman. Berbekalkan ilmu di dada, dia pertahankan diri menunggu serangan Drahman.

"Bismillahirrahmanirrahim..."

Drahman mula menyerang dengan melibas tangannya ke hadapan, Danny menoleh ke sisi, serangan Drahman ditolak ke sisi kiri lantas dia menghentak dada Drahman menggunakan tangan kirinya.

Namun Drahman yang menyedari serangan Danny menahan dengan kedua-dua belah tangannya. Danny mengambil kesempatan itu lantas menumbuk perut dengan tangan kanan.

Pergerakan Danny yang terlalu laju buatkan Drahman tidak sempat perasan, dia terbatuk dan berundur. Walaupun serangan nampak halus, tetapi tumbukan Danny nampak kuat.

Tanpa Drahman sedari, Danny tidak memberinya rehat terus melakukan serangan mematikan. Tanpa sadar, dia tiba-tiba tidak bergerak saat Danny menekan-nekan sesuatu di setiap inci tubuhnya dari paha hingga ke ke belakang tubuhnya.

'Ke-Kenapa aku tidak dapat bergerak?' Drahman berpeluh dingin, hanya matanya sahaja boleh bergerak, melihat Danny sudah berdiri santai dan menatapnya tajam.

"Kau bukan lawanku." Ungkapnya buatkan Drahman mengigil takut. Pandangan itu penuh tersembunyi dan tajam itu menjelaskan bahawa dia sudah meremehkan kekuatan tersembunyi Daeng selama ini!

Danny menghadap Tun Isyak. Kesemua orang terkejut dengan kepantasan luar biasa Danny yang disangkakan lemah selama ini.

"Patik sudah mengalahkannya Tun Isyak." Danny mencantumkan kedua-dua telapak tangannya seraya menunduk.

"Apa tujuan kau melumpuhkan segala pergerakannya?" Tanya Tun Isyak kali ini dingin. Hanya beberapa serangan sahaja.

"Anggota tubuh patik sedang dalam pulih, patik tidak mahu dicederakan. Maka patik selesaikannya segera." Jawab Danny.

"Lebih baik kau buka kembali kunci sendi itu, bahaya jika terlalu lama, dia akan mati." Tun Isyak mengerling kebelakang Danny, Drahman masih dalam posisi bertahan.

Mendengar kata-kata Isyak, semua orang berpandangan dan berbisik. Sungguh tidak sangka serangan Danny boleh mematikan.

"Patik yakin dia kuat untuk menahannya." Danny kembali mendapatkan Drahman. Dia terus melakukan jurus membuka kunci sendi di tubuh Drahman.

Drahman terus terjelepok ke lantai tanah. Dia bernafas termengah-mengah. Segala urat saraf di tubuhnya terasa panas dan kesakitan. Tidak terdaya untuk bangkit lagi.

"Dimana engkau mempelajari teknik sendi harimau gelap?" Tanya Isyak ingin tahu. Ia bukan sebarang teknik. Sangat diharamkan diguna kalau dizamannya. Malah ia harus dirahsiakan.

Paling penting, hanya orang tertentu mempelajarinya dan mewarisi teknik tersebut.

Danny terkedu. Siapa sangka ada juga yang mengenali tekniknya tadi.

"Engkau tidak mahu mengatakannya?" Tun Isyak bangkit dari duduknya. Dia merenung Danny. Sangkanya dia terlalu meremehkan kekuatan Danny. Pemula? Dia juga tertipu.

"Tidak mungkin tiada orang yang mengajar engkau." Tun Isyak berdiri di hadapan Danny. Dia merenung anak muda di depannya. Mereka tidak jauh beza.

Danny masih mendiamkan diri.

PERENTAS WAKTU CWhere stories live. Discover now