Danial as Derahim

134 30 0
                                    

Danial melihat keramaian dihadapannya, ramai rakyat-rakyat sedang berkumpul di balairung. Melati yang sedikit jauhnya ditarik.

Hilang anak orang nanti, dia jugak yang susah. Melati terkejut dengan tindakan Danial a.k.a Derahim menariknya dan merapat.

Adakah Derahim risau kalau dia hilang?
"Tuan, hamba rasa kita berdiri di sana. Di sini terlalu ramai." Cadang Melati sambil tunjuk di bawah pokok. Ada beberapa orang melihat jauh. Danial mengangguk dan ikut sahaja. Lagipun, dia terasa panas bersesak dengan orang ramai.

"Melati, mereka siapa?"

Melati terkebil-kebil dengan soalan yang ditanya kepadanya? Lupa atau buat-buat lupa? Atau sekadar mengujinya?

"Mereka bangsawan menteri besar, di hadapan Bendahara Tun Salleh. Manakala disisinya Bendahari Temenggong. Laksamana.."

"Aku macam kenal laksamana hang Tuah tu, pendekar melayu lama. Tokoh terkenal! Shit! Aku kena mintak singnature dia."

"Itu bukan Laksamana hang Tuah." Pantas Melati membetulkan.

"Eh, bukan zaman ni ke?" Gumam Danial sendiri. Melati yang tidak faham apa yang Danial merapu, mendiamkan diri saat sultan mula memberi ucapan. Kesemua rakyat diam mendengar.

Selepas itu, pemberian ufti dari kalangan kerabat menteri dan para pembesar pula diteruskan.
"Tun Isyak, anak Bendahari tu macam pelik." Danial berkata. Wajah itu jelas menunjukkan teruja berbanding cemas atau gelabah. Boleh dilihat Tun Isyak sangat mengkagumi Sultan. Mungkin orang lain tak perasan, tapi sampai majlis sehingga akhir majlis. Mata Tun Isyak seperti tak lepas memandang Sultan tersebut.

"Idola?" Danial tertawa kecil. Suka melihat kepribadian Tun Isyak yang setia.

Mereka kembali ke penginapan. Danial menyedari dia adalah anak kepada seorang pedagang terkaya. Salehuddin ayahnya kini sedang berada di pelabuhan.

Cakap pasal pelabuhan, memang benar Melaka mempunyai pelabuhan terbesar yang memasukkan ramai pedagang asing.

Tetapi, sejarah Melaka agak berbeza. Nama pembesar lain daripada yang lain. Sepatutnya, bendahara Tun Perak dan laksamana hang tuah. Bahkan, kewujudan Tun Isyak membuatnya tertanya-tanya.

"Aku kena banyak baca buku Sejarah selepas ni." Keluh Danial kesal.

Danial mengurut dahinya. Pening. Anggap jela cerita ni dikarang sahaja. Bukan fakta sejarah sebenar. Tapi dia akui Sultan Mansur Syah memang nyata.

Danial menoleh pandang ke arah Melati yang sedang menggelap air tumpah di lantai. Dihadapan Melati, terlihat satu entiti yang sedang mencangkung di hadapan Melati.

Danial menggeleng kepala. Matanya masih berfungsi. Hantu zaman lama agak menyeramkan dari hantu moden. Danial tak nak cari masalah. Sudahlah masalah dia tercampak disitu belum selesai, inikan pulak masalah hantu. Surah kursi dibaca diam-diam.

Hantu itu kemudiannya hilang selepas itu. Danial kebosanan. Menjadi anak pedagang dan mengira jumlah perbelanjaan bukanlah perkara susah baginya yang hebat dalam add math dan account.

"Tuan Derahim tidak ke pelabuhan?"

"Ha? Perlu ke?" Derahim terkejut. Sangkanya dia sekadar duduk goyang kaki kira-kira buku kewangan. Wah kalau macam ni pun dia lagi setujulah. Sape tak nak tengok kegemilangan Melaka saat ini! Masa keemasan!

PERENTAS WAKTU CWhere stories live. Discover now