Derahim | Zei Wei ¹

130 29 0
                                    

Lama matanya melihat batu cincin yang bergegar di atas tempatnya terletak. Dia berkerut hairan kenapa penjual tidak melihatnya.

"Engkau yakin tidak melihatnya bergerak?" Soal Danial entah kali keberapa kepada penjual itu.

"Ha..." Penjual itu mengeluh, penat melayan dia ke?

"Kalau ingin katakan, aku jual dalam separuh harga. Bagaimana? Ini barang terbaik dari Negeri asing."

Danial tertarik.

"Hm, baiklah. Jualkan kepadaku."

Ketika dia menerimanya, batu cincin itu merasa panas.

"Aduh, panas."

Jatuh cincin itu. Danial mencangkung, merenung cincin itu lama yang mula berhenti bergegar.
"Engkau tidak apa-apa? Cincinnya tidak hilang?" Tanya penjual itu risau. Jangan hilang cincin itu sudah.

"Ada disini." Danial Membalut dengan kain. Lantas menyimpannya ke dalam poket. Tidak terasa panasnya.

Danial sambil berjalan melihat lama cincin batu itu. Terlihat seperti batu kristal berwarna biru gelap. Batu itu hanya terdapat di negeri China.

"Cantik, tetapi kenapa aku je yang dapat tengok cincin ni bergegar tadi?" Hairan Danial. Dia menyimpan kembali cincin itu dipoketnya. Ada masa nanti dia ingin berbuat sesuatu dengan cincin pelik itu.

"Derahim, kemana saja engkau?"

Derahim menoleh, ayahnya sedang membawa segulung kain baru yang pastinya dah laris. Berpeluh dahi lelaki itu.
"Banyak tempahannya bapak." Usik Danial.

"Ini semua kerja keras engkau."

Tersengih Danial. Bukan sengaja.
"Hari ini tidak ada kapal berlabuh, engkau baliklah ke rumah."

Derahim tersenyum. Dia juga hendak berkeliling kampung. Mungkin mengajak Melati tidak terlalu bosan.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Nenek-nenek si bongkok tiga, siang mengantuk malam berjaga, cari cucu di mana ada, nenek nak kahwin dengan anak raja."

Danial meremang satu badan. Sungguh lirik lagu yang dinyanyikan oleh sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain buatkan dia trauma mengingatkan kejadian malam itu.

"Tuan Derahim, patik hendak pergi ke pasar." Suara Melati memecah kenangan pahitnya.

Danial mengangguk lesu sambil gosok badannya yang masih meremang. Matanya melihat sekeliling, kalau-kalau ada makanan yang boleh dimakan semasa bersiar-siar.

Sehingga tiba di satu gerai, dia membeli setengah lebar daun pisang untuk  kerepek pisang.

Matanya terpandang Melati sedang berborak dengan seorang gadis berpakaian labuh. Pertama kali dia melihatnya sejak terdampar disitu. Selalu dilihatnya yang mengena Jubah adalah Syeikh dan ulama.

Namun bukan itu yang menarik perhatiannya.
Ada bayang-bayang kabus hitam mengelilingi gadis itu.

'Siapa?'

.
.
.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam warahmatullahi.." Serentak kedua saudari itu menjawab.

"Siapa dia?" Danial terkebil-kebil. Bukan apa, ramai-ramai gadis yang lalu lalang sana, pakaian gadis ini sahaja berlainan malah menimbulkan aura mengesankan.

"Namanya Bunga."

Oh bunga, secantik orangnya.
"Dia anak Ustaz Abuya di kampung ini." Jelas Melati lagi. Danial mengangguk faham, memang padan keluarga yang warak dan beragama.

PERENTAS WAKTU CWhere stories live. Discover now