The reunion, the last hope

158 28 1
                                    


Stanby your time, check your situation. Author buat chapter ni panjang. Jadi makan masa lama. Make sure anda baca dalam keadaan selesa. 7000+pp

Author Kyya

_________________________________________

Kapal berlabuh, Khairy yang paling teruja. Kaki dia laju bersiar sekeliling jeti selepas turun dari perahu dari kapal.

Sungguh takjub dia melihat persekitaran pelabuhan yang pesat tika itu. Sungguh dia merasa sangat bertuah melihat keadaan tersebut. Zaman kegemilangan Melaka weh!

Suasana agak meriah. Banyak jugak kapal berlabuh hari ni. Angin serta panasnya tidak menganggu Khairy.

"Engkau seperti tidak kisah saja dengan panas disini." Hairan Ahsan. Mereka sudah mula bergerak keluar dari kapal. Khairy sudah pun berpisah awal-awal dengan abangnya. Masing-masing mengikut rencana.

"Aku rindu udara di kepulauan ini." Jujur Khairy, rindu iklim khatulistiwa.

Tercengang Ahsan, kata tidak pernah ke Melaka? Tapi memandai rindu pula?

"Kita akan singgah di lapak geraiku. Disana nanti engkau bersua dengan anak serta cucuku."

Khairy akur. Dia ikut belakang pak cik Ahsan. Gitar disarung kain disandang ke belakang. Tampak seperti membawa senjata, tapi ianya hanya sebuah alat muzik.

Selama perjalanan, Ahsan banyak disapa peniaga-peniaga disana, membuatkan perjalanan mereka sedikit sangkut. Namun Khairy menunggu sabar, sempat melihat-lihat keadaan sekitar pelabuhan. Ekonominya agak rancak, beza benar di kerajaan Cina.

Abangnya pasti terkedu melihat suasana begini, disangka keramaian rupanya peniaga dan pembeli.

"Assalamualaikum bapak." Tegur satu suara. Khairy toleh, ada seseorang menyelami Ahsan. Tubuh berotot sasa buat Khairy kecut perut. Ini anaknya Pak cik Ahsan? Biar betik? Dah serupa orang dalam WWE!

"Waalaikumussalam Salehuddin, engkau sihat?" Ahsan menaya khabar, Salehuddin mengangkat barangan bapaknya.

"Sihat saja, jadi siapakah ini? Mukanya itu mirip orang cina."

Ahsan tersenyum.

"Zei Wei, kenalkan dirimu."

Salehuddin berkerut, fahamkah?

"Namaku Zei Wei, melihat aku seperti ini, sebenarnya aku muslim. Aku masuk Islam tempoh hari. Keluargaku ada disini, agak sukar aku hendak solat kerna aku harus merahsiakan tentang ini." Jelas Khairy tertib. Mengharapkan lelaki itu faham.

"Wah, bahasa melayu engkau juga sangat fasih. Zei Wei? Nama Islam engkau apa?"

Khary terkejut, tidak disangka dia akan disoal begitu. Ahsan mengangkat kening, dia juga ikut lupa menanyakan nama Islam Khairy.

"Nama Islamku.." Lama Khairy berfikir. Dia tidak tahu hendak mengguna nama sebenar atau tidak. Tapi, bukankah lebih baik tidak perlu. Risau jugak abangnya tiba-tiba terdengar nama lainnya.

"Muhammad Khairy. Tapi aku berharap engkau tidak memanggil namaku disekitar pelabuhan, risau didengar dek abangku."

"Sudah tentu, usah risau ya nak.". Bahunya ditepuk. Lega Khairy akhirnya. Sekurangnya ada orang panggil dia dengan nama itu, masih membawa jati dirinya sebenar.

PERENTAS WAKTU CWhere stories live. Discover now